You are here
Home > Travel Blog > Menginap di Sunway Lost World Hotel Tambun, Perak

17,430,756 total views, 4,600 views today

Menginap di Sunway Lost World Hotel Tambun, Perak

Sunway Lost World Hotel Tambun, Perak
Minggu ini, Bro menginap di Sunway Lost World Hotel Tambun, Perak sempena pengambaran rancangan TV – Ikon Siber.

Lokasinya lebih kurang sejam lebih (laju la pula drive baru nie) pemanduan dari Kuala Lumpur dan tidak jauh dari Bandaraya Ipoh.

Jadual pengambaran agak ketat hingga ke malam, buat Bro kurang masa untuk berjalan-jalan keliling Ipoh (Dulu pernah duduk di ipoh selama 7 tahun, rindu)



Pengambaran 100% diadakan dalam kawasan Lost World of Tambun.

Maka, pergerakan Bro hanya dari hotel ke taman tema air sahaja. Malam masuk bilik, tidur… Penat…!! Bro tak nak cerita panjang, Korang usha je gambar bilik yang kami sekeluarga diami.
Sunway Lost World Hotel Tambun, Perak

Sunway Lost World Hotel Tambun, Perak

Sunway Lost World Hotel Tambun, Perak
Penginapan kali ini diuruskan oleh pihak produksi. Maka Bro tidak boleh nak memilih he…23x

Bagi Bro, bilik yang kami dapati kurang selesa untuk seisi keluarga lebih-lebih lagi Bro yang memerlukan ruang untuk buat beberapa kerja & berehat diwaktu lapang.

Lain kali, maybe Bro boleh pilih bilik yang lain pula 😉

Sunway Lost World Hotel
Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia

Tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899

Email: lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : https://sunwaylostworldoftambun.com/lost-world-hotel/



Booking.com

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

2 thoughts on “Menginap di Sunway Lost World Hotel Tambun, Perak

  1. Hmm nampak macam best je bilik ni, hari tu ada gak usyar kat Traveloka. Tapi pelik la pulak nak tempah hotel kat Ipoh sbb sedara mara ramai, pastu lak .. dekat beno ngan kampung .. kang kena sumpah lak .. hahaa

Leave a Reply

Top