You are here
Home > Travel Blog > Menginap di Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

17,457,338 total views, 505 views today

Menginap di Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre
Dalam tempoh kurang 24jam, Bro terus plan untuk bawa family bermalam di Kuala Lumpur sebab tak larat hujung minggu ini berulang alik dari rumah ke KL.

Disebabkan, malamnya Bro ada aktiviti teater di Taman Budaya Kuala Lumpur, maka terbooking Hotel Istana Kuala Lumpur sebagai lokasi kami sekeluarga menginap.

Harganya lebih kurang RM280++ bila booking menggunakan aplikasi GT Dollar (Korang dah download ke belum dekat telefon pintar korang?).

Tengok di website mereka lebih kurang RM300++ termasuk GST.
Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

Walaupun bilik Deluxe,

Ruang didalamnya agak luas, maka pergerakan si anak tidak terbatas dan mereka selesa untuk lakukan aktivti yang biasa mereka lakukan.

(Jangan ditanya apa aktivitinya he…23x)

Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre
Lokasi yang bakal menjadi workstation – tempat Bro bekerja.

Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre
Dan ini pula, lokasi yang bakal menjadi tempat Bro termenung dan tertido jika gagal menguasai katil pada sebelah malamnya.

Tapi mungkin tidak, sebab pihak hotel telah menyediakan baby cot untuk anak Bro yang bongsu dan diletak disebelah katil.

Nampak dia lebih selesa meluangkan masa di dalam baby cot sahaja.

Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

Ini pula toilet dalam bilik Bro. Macam selesa je toilet mereka,

Bila tengok bathtubnya mampu menggugat iman kedua-dua anak Bro. So, tak perlu pening nak bawa mereka mandi di kolam, sewaktu kita nak berehat atas katil yang empuk.
Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre
So, bagi sesiapa yang teringin meluangkan masa di Kuala Lumpur dan menginap di hotel ini, Boleh rujuk maklumat dibawah.

Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre
73, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 3-2141 9988
Website : www.hotelistana.com.my

Selain aplikasi GT Dollar, anda juga boleh membuat tempahan melalui aplikasi Booking di bawah.



Booking.com

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Menginap di Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

Leave a Reply

Top