Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Sasar Setengah Juta Pengunjung

17,016,887 total views, 537 views today

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Sasar Setengah Juta Pengunjung

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 bakal berlangsung pada 28 September sehingga 1 Oktober 2017.

Bertemakan ‘Our Food Our Culture’ (Makanan Kita, Budaya Kita), sambutan HPPNK 2017 buat pertama kalinya akan diadakan di Tapak MAEPS Serdang.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek – Kementerian beliau mensasarkan setengah juta pengunjung bagi HPPNK 2017 kali ini.

Sasaran boleh dicapai memandangkan sambutan ini diadakan di MAEPS Serdang serta dengan kemudahan serta pengisian program yang akan menarik minat pengunjung.

BACA : MAHA 2016 Berjaya Tarik 3.7 Juta Pengunjung
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Festival Makanan Malaysia 2017

Sambutan kali ini bakal menampilkan Festival Makanan Malaysia 2017 (MFF 2017), salah satu daripada tiga acara utama yang akan diketengahkan tahun ini.

Ia merupakan satu ekspo hidangan dari seluruh negara dan kepelbagaian produk makanan serta untuk menghargai usaha seluruh komuniti di sebalik industri makanan di Malaysia.

Melalui MyFF ini, para pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia (Farm-to- Fork).

Sebanyak 850 gerai pameran dan jualan akan dibuka sepanjang sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 berlangsung yang turut menggabungkan dua lagi acara secara serentak iaitu Livestock Malaysia dan Pameran Agropelancongan Antarabangsa Malaysia.
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Melalui HPPNK, peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani akan terus meningkatkan hasil kualiti dan tambah nilai melalui pertandingan yang diadakan dan dipamerkan. Oleh itu, satu anugerah khas akan disampaikan semasa Majlis Perasmian nanti

Pengiktirafan akan turut diberikan kepada peladang, penternak dan nelayan yang mencapai kejayaan dalam menghasilkan produk serta inovasi pertanian dalam membantu menjamin sekuriti dan kedaulatan makanan negara

Untuk maklumat lanjut dan terkini, ikuti @HPPNK2017 & #HPPNK2017 di Facebook, Twitter dan Instagram.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *