You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > F&N Teh Tarik Mega 2017 Perkenalkan Hang Tarik – Mahaguru Lagenda Teh Tarik

17,457,350 total views, 517 views today

F&N Teh Tarik Mega 2017 Perkenalkan Hang Tarik – Mahaguru Lagenda Teh Tarik

F&N Teh Tarik Mega 2017
F&N telah memperkenalkan Piawai Emas dan Mahaguru Teh Tarik, “Hang Tarik” sewaktu majlis pelancaran F&N Teh Tarik Mega 2017 yang diadakan di Mydin USJ.

Hang Tarik?

Siapa itu? Adakah salah seorang adik-beradik Lagenda Melaka Bersaudara?

Hang Tarik F&N
Ini la dia Hang Tarik.

Awat muka macam kenal je? Hahahah Korang kenal x siapa Hang Tarik nie?

Hang Tarik merupakan ikon kepada F&N dalam menjayakan kempen mengekalkan warisan Teh Tarik yang asli sambil menambah baik citarasa hebat sebenar yang memenuhi selera segenap lapisan masyarakat sejak turun-temurun.



Menerusi kempen Hang Tarik F&N ini, F&N sekali lagi menggembirakan rakyat Malaysia dengan berkongsi cara terbaik membuat Teh Tarik Ori sempurna bagi keluarga, sahabat-handai dan pelanggan.

Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N merupakan pelengkap rasa yang lazat lagi sempurna yang membantu rakyat Malaysia mencapai piawai emas dalam penyediaan Teh Tarik Ori.” – Pengurus Pemasaran Kanan F&N Beverages Marketing, Cik Eileen Chan

Pengunjung Mydin Berpeluang Membuat Teh Tarik Ori

Buat julung kalinya, para pengunjung Mydin berpeluang belajar cara membuat Teh Tarik Ori.

Yang pasti, ianya bukan sesuatu yang mudah dimana mereka perlu sempurnakan ia menerusi siri permainan berhalangan simulasi yang perlu ditamatkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

jom tengok beberapa aksi mereka yang sempat Bro rakamkan.
F&N Teh Tarik Mega 2017

F&N Teh Tarik Mega 2017

F&N Teh Tarik Mega 2017

F&N Teh Tarik Mega 2017

F&N Teh Tarik Mega 2017

Bukan calang-calang mereka ini bila tahu bahawa pemenang bakal membawa pulang wang tunai. Memasing terus tunjuk kemahiran tersembunyi mereka dalam seni Teh Tarik dan turut mengagumkan orang ramai yang berada di Mydin.

Tip : Cara membuat Teh Tarik sempurna dengan kemanisan “secukup rasa” yang lemak berkrim dan berbuih cantik; hanya perlu “kahwinkan” Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N.

Selamat mencuba!

Di majlis pelancaran tersebut, F&N turut memperkenalkan video F&N Raya Dengan Hang Tarik.

Video tersebut memaparkan bagaimana Hang Tarik F&N menyelamatkan sebuah keluarga yang sedang kecoh membuat persiapan menyambut tetamu pada Hari Raya dengan berkongsi rahsia menyediakan Teh Tarik yang lazat.

Jika tadi, Bro sajikan dengan aksi dari pengunjung Mydin. Ini pula aksi Hang Tarik F&N, bersama Pakar Teh Tarik F&N, berganding bahu untuk mengagumkan penonton.
F&N Teh Tarik Mega 2017
Phakir, Naib Juara Raja Teh Tarik tahun 2013 dan 2014, memaparkan kekayaan budaya tradisional Kedah melalui persembahannya di F&N Teh Tarik Mega 2017.

F&N Teh Tarik Mega 2017
Orang ramai tertarik dengan persembahan Raja Teh Tarik 2001 dan 2005 Raja Elias, yang mempamerkan keharmonian 3 kumpulan etnik terbesar di Malaysia.

F&N Teh Tarik Mega 2017
Naib Juara Raja Teh Tarik 2005, 2006 & 2007 Chef Matt, juga dikenali sebagai Flying Chef, mempamerkan semangat pahlawan sebenar dengan persembahanya yang bertajuk Citarasa Pahlawan Berdansa.

Dengan aksi Teh Tarik yang menerapkan keunikan dan kepelbagaian budaya Malaysia, pakar-pakar ini menunjukkan bagaimana Teh Tarik dinikmati konteks keaslian dan kekayaan warisan budaya negara kita.

F&N Teh Tarik Mega 2017
Dari Kiri: Encik Jauhar Munir (Naib Presiden Pertama, Pemasaran Jenama, F&N Beverages Marketing), Cik Eileen Chan (Pengurus Kanan Pemasaran, F&N Beverages Marketing), Hang Tarik F&N, Encik Joe Yap (Eksekutif Kanan, Penjenamaan), dan Cik Nizfaraz Noor (Ketua Unit Bisnes MullenLowe).

Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N sentiasa menjadi produk kegemaran dalam gaya hidup rakyat Malaysia dan menjadi campuran tenusu pilihan untuk menghasilkan Teh Tarik yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N, sila layari www.fn.com.my.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top