Drypers Lancarkan Lampin Edisi Terhad Bertemakan Robocar Poli

17,016,886 total views, 536 views today

Drypers Lancarkan Lampin Edisi Terhad Bertemakan Robocar Poli

Drypers Robocar Poli
Drypers telah melancarkan lampin edisi terhad baharu yang menampilkan rekaan animasi televisyen kanak-kanak popular Korea Selatan, Robocar Poli.

Kolaborasi itu diumumkan oleh Drypers – peneraju utama lampin pakai buang Malaysia milik SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd (Vinda Group) dalam satu acara khas yang diadakan di Club @ Bukit Utama.

Balik Kampung bersama Drypers & Robocar Poli

Drypers Robocar Poli
Kolaborasi yang bertemakan ‘Balik Kampung bersama Drypers & Robocar Poli’ itu dilancarkan bersempena musim Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk maklumat anda,

Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kadar maut dan kemalangan jalan raya tertinggi di dunia.

Menurut statistik, 19 kematian berlaku di jalan raya setiap hari. Sepanjang dua minggu pertama Aidilfitri 2016, pihak polis merekodkan lebih 20,294 kemalangan seluruh negara dengan 273 kematian.



Menurut Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd (Vinda Group) – Evelyn Chan,

Angka dicatatkan itu seakan memberikan kita amaran supaya melakukan sesuatu untuk mendidik pemandu tentang keselamatan jalan raya.

Mesej keselamatan jalan raya Drypers telah dipaparkan di lebih 750 kedai seluruh negara, termasuklah hentian Rehat dan Rawat (R&R) terpilih. Malah, mesej keselamatan jalan raya turut disertakan pada pek produk Drypers.
Drypers Robocar Poli
Lagipun Robocar Poli ialah antara siri animasi kegemaran si kecil. Selain mempunyai karakter yang comel dan menarik, siri tersebut juga memberikan inspirasi kepada anak-anak supaya mementingkan keselamatan dalam pelbagai situasi, terutama keselamatan jalan raya.

Inilah yang memberi ilham kepada kami kerana Drypers sentiasa mengutamakan keselesaan – kualiti yang seiring dengan keselamatan,”

Drypers Rekaan Robocar Poli Edisi Terhad

Rekaan Robocar Poli edisi terhad boleh didapati pada jenama lampin terlaris Drypers Wee Wee Dry.

Sebagai tambahan, setiap pembelian Drypers Wee Wee Dry (Edisi Terhad) Mega Pek Kembar, pembeli akan diberikan koleksi penuh warna-warni mainan rasmi Robocar Poli.

Manakala pembelian Drypers Drypantz Mega Pek Kembar pula akan menerima kemeja-t kanak-kanak Robocar Poli.

Malah, kedua-dua jenis lampin berjenama sama itu didatangkan dengan tambahan 12 keping lampin percuma (6 keping untuk setiap Mega pek), sekali gus memberikan nilai hebat untuk pek lampin paling laris itu.

Lampin edisi terhad dengan rekaan Robocar Poli ialah Drypers Wee Wee Dry yang dihasilkan dengan keselesaan dan teras ThinDry TM yang diperbaharui. Produk ini direka khas untuk penyerapan sekata dan kekeringan sehingga 30 peratus supaya si kecil anda dapat bergerak dengan lebih selesa.

Drypers Robocar Poli

Bagi ahli Drypers Baby Club, anda berpeluang memenangi hadiah istimewa Robocar Poli sekiranya menjadi salah seorang daripada 500 ahli terawal yang membeli pek Drypers Wee Wee Dry dan mendaftar kod unik di laman web Drypers Baby Club.

Ahli Drypers Baby Club juga boleh mendapat maklumat terkini tentang pengumuman hadiah mingguan di laman web tersebut.

Jom Sertai Drypers Baby Club

Drypers Robocar Poli
Drypers Baby Club ialah komuniti online yang terdiri daripada 250,000 ibu bapa di Malaysia di mana ahli Drypers Baby Club boleh berkongsi tip dan nasihat pada pelbagai peringkat keibubapaan.

Menerusi platform online, ibu bapa boleh mengumpul mata ganjaran melalui pembelian produk Drypers dan menebus hadiah menarik di Drypers Point Shop dengan cara lebih mudah.

Bagi maklumat lanjut mengenai peraduan dan hadiah, sila layari laman Facebook, Drypers Malaysia atau mahu mengetahui lebih banyak tentang jenama ini dan menjadi ahli Drypers Baby Club, sila layari www.drypers.com.my .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *