You are here
Home > Bersama BroFramestone > Wan Nong Muzafar Bakal Anjurkan Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBPP) 2017

17,411,839 total views, 234 views today

Wan Nong Muzafar Bakal Anjurkan Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBPP) 2017

Wan Nong Muzafar
Bro berkesempatan untuk berbual dengan Tuan Wan Nong Muzafar, seorang figura berpengaruh dalam dunia usahawan di Malaysia.

Dengan pengalaman lebih 16 tahun bidang keusahawanan dan koporat, beliau banyak memberikan konsultansi, ceramah dan merangka strategi untuk membangunkan sesuatu perniagaan.

Beliau dulu bermula dari sektor pembankan, kemudian mengusahakan pelbagai perniagaa disamping merangkap jawatan sebagai pengurus perancangan strategik di Kumpulan Media Karangkraf.

Berbekalkan pengalaman ini, beliau telah membantu ramai usahawan-usahawan untuk merealisasikan impian untuk menjana pendapatan yang bernilai jutaan ringgit.

Disamping itu beliau telah membantu ramai usahawan untuk menstrukturkan perniagaan untuk bersifat organik untuk dilegasikan untuk generasi seterusnya.
ILM Legacy Sdn Bhd
Kini, beliau membuka syarikatnya sendiri – ILM Legacy Sdn Bhd pada tahun 2015 telah melatih lebih 2,000 usahawan baru.

Melalui ILM Legacy, beliau memberi pendekatan dalam mencari penyelesaian secara praktikal dalam dunia peniagaan online mahupun offline yang nyata telah membuktikan ia amat berguna bagi usahawan baru dalam mengembangkan lagi peniagaan mereka ke satu tahap yang lebih baik.

Dalam masa yang sama, beliau turut menghasilkan 3 buku ‘bestseller’, antaranya ;-

  1. Kuasai Formula Perniagaan
  2. Kuasai Formula Perniagaan Internet Siri 1
  3. Kuasai Formula Perniagaan Internet Siri 2

Wan Nong Muzafar - ILM Legacy Sdn Bhd
Ketika sesi berbual dengan Tuan Wan Nong Muzafar,

Beliau banyak berkongsikan beberapa pengalaman beliau ketika belajar di negara orang (Beliau pemegang ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kewangan dari Massey University, New Zealand pada 1997).

Beliau juga turut berkongsi beberapa pengalaman suka dukanya sehingga satu ketika beliau diistiharkan bankrap akibat berbisnes.

Waktu itu, dia bersyukur sangat punyai isteri yang masih setia disininya walaupun ketika itu mereka bakal menyambut cahaya mata pertama.

Kisah beliau, ada dikongsikan di Laman The Vocket.

Seminar Ini Bisnes Bukan Propa – 13 & 14 Mei 2017

Seminar Ini Bisnes Bukan Propa
ILM Legacy Sdn Bhd bakal menganjurkan Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) pada 13 & 14 Mei 2017 bertempat di Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)

Ia akan memberi penekanan kepada kandungan yang realistik dan praktikal dimana dibahagikan kepada beberapa elemen strategi dan aplikasi ‘real life’ oleh beberapa ahli panel jemputan.

Kebanyakan mereka meruakan pengamal perniagaan yang pernah melalui pelbagai liku jatuh bangunnya perniagaan mereka. Antaranya ;-

  1. Tuan Wan Zaki, CEO Jelitasara
  2. Tuan Noorizam, CEO Emorra & GGL
  3. Faizal Badry, Pengarah Pemasaran Vidmiil
  4. Tuan Fazrul Ismail, CEO Akademik Sinergi
  5. Puan Fynn Jamal
  6. Tuan Fizo Omar
  7. Tuan Wan Nong Muzafar

Dalam bengkel ini, Tuan Wan Nong Muzafar sendiri akan membentangkan strategi-strategi perniagaan bagi setiap komponen yang disampaikan dalam seminar ini.

Siapa yang patut hadir ke Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017?

  • Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
  • Berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju.
  • Usahawan yang ‘STUCK’ atau berniaga cukup-cukup makan.
  • Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan.
  • Usahawan yang ingin ‘UPGRADE’ perniagaan ketahap yang lebih besar.

Untuk maklumat lanjut mengenai seminar dan juga Tuan Wan Nong Muzafar, anda boleh layari www.wannongmuzafar.com atau emailkan ke admin@wannongmuzafar.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top