AWAS!! Panggilan 03-9206 8118 Teknik Penipuan Scammer Mengaku Dari RHB Bank

16,900,193 total views, 2,181 views today

AWAS!! Panggilan 03-9206 8118 Teknik Penipuan Scammer Mengaku Dari RHB Bank

Scammer Dasar Penipu Duit Orang
Bro jarang angkat panggilan dari no. yang tidak dikenali, terutama dari no. talian tetap. Cuma lately agak rajin Bank & Klient hubungi, maka terpaksa rajinkan diri juga angkat setiap panggilan yang diterima.

Hari ini, Bro terangkat panggilan dari no. 03-9201 8118 terus terdengar suara dari mesin yang menyatakan ia panggilan dibuat dari RHB Bank.

Dalam hati dah fikir benda lain dah, “Sejak bila aku ada hubungan dengan RHB Bank?”

Kemudian ia menyatakan Bro ada tunggakkan bernilai RM3,972 (sama macam kes mamat ini kena) – Tak sangka kami punyai nilai tunggakan yang sama he…23x

Bila dengar baris ayat itu, terus Bro letak panggilan dan sambung main game di handphone (salah satu punca kenapa Bro xpernah miss angkat panggilan he…23x)

So, bro google benda ini dah terjumpa perkongsian dari facebook RHB Group, dan Bro olah untuk dikongsikan dalam artikle ini.

Bila baca komen pada post itu, rupanya bukan Bro seorang sahaja yang terima panggilan yang sama pada hari ini. Terdapat beberapa lagi hadapi serangan scammer kali ini.

Penipuan Scammer Guna No. Telefon RHB Bank

Sila ambil perhatian bahawa penipuan melalui telefon menggunakan nombor telefon RHB sedang berlaku. Pelanggan diingatkan bahawa RHB Banking Group tidak pernah dan tidak akan meminta pemindahan dana ke dalam mana-mana akaun pihak ketiga.

Pelanggan perlu menolak mana-mana permintaan tersebut dan segera melaporkan kejadian itu kepada RHB Banking Group di +603-9206 8118 (Tetapi, no ini pula digunakan oleh Scammer untuk Scam orang lain).

Jangan sesekali menjadi mangsa kepada mana-mana penipuan melalui telefon atau e-mel perbankan.

Selain itu, pelanggan juga perlu beringat dan berhati-hati dengan pemberitahuan yang dikeluarkan oleh:

1) Polis Diraja Malaysia (PDRM):

  • JANGAN layan sebarang panggilan telefon / SMS / e-mel yang meminta butiran akaun bank anda
  • JANGAN dedahkan maklumat akaun / nombor PIN ATM / kata laluan perbankan Internet kepada sesiapa
  • JANGAN ikut arahan dari pihak yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi atau perubahan kepada butiran akaun bank anda
  • JANGAN menjadi mangsa skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu baik untuk menjadi kenyataan

2) Bank Negara Malaysia:
Orang ramai yang mempunyai akaun bank adalah dinasihati supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan kepada pihak ketiga. Bank atau pihak berkuasa yang berkenaan TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi melalui panggilan telefon.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti penipuan kewangan, lawati laman financial fraud alert di http://fraudalert.bnm.gov.my (Laman Web agak ketinggalan zaman).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

  1. jenis aku….. nampak je no dari KL atau no panjang start dari 03.. takkan angkat haha… memang takkan angkat huhu.. dah banyak kali terkena agen insurans dulu.. so takmau angkat dah huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *