April 26, 2024

Pengalaman Menyediakan Pizza Sebagai Krew di Pizza Hut

Bro Framestone Pizza HutBila kali terakhir anda datang dan makan di Pizza Hut?

Pernah tak anda tertanya-tanya bagaimana Pizza di Pizza Hut disediakan.

Kadangkala terasa tempahan kita terlalu lambat dihidangkan sedangkan ianya hanya pizza, bukan susah pun nak sediakan.

Banyak rupanya yang bermain di minda anda, bukan?

Maka, hari ini. Bro akan cuba kongsikan sedikit pengalaman bagaimana Pizza disediakan secara segar dari dapur Pizza Hut.

Diharap, ianya dapat menjawab segala persoalan yang berlegar-legar didalam fikiran anda.

Terima kasih kepada pihak Pizza Hut Malaysia kerana sudi memberi peluang dan ruang untuk Bro dan beberapa orang rakan merasai sendiri pengalaman menyediakan Pizza dari Pizza Hut.

Pengalaman Menyediakan Pizza Hut
Jika selama ini, Bro hanya tahu makan & komplen jika tempahan lambat / salah.

Tetapi kali ini, baru Bro nampak apa sebenarnya yang terjadi disebalik tabir “pembikinan” pizza dari A – Z. Dan ianya bukan melalui proses yang mudah.

Ini kerana, pizza hanya akan mula disediakan selepas ianya ditempah oleh pelanggan dan bukannya dibuat sebelum pelanggan menempahnya.

Bro diberi tunjuk ajar dari uli doh, penyediaan topping hingga ke proses pembakaran kemudian dihidangkan.

Apa yang Bro pelajari di sini akan dipraktikkan (bukan sekadar belajar teori sahaja). Semuanya dinilai dan diperhatikan atas tunjuk ajar Mr. Eric Leong, General Manager Pizza Hut.

Paling mendebarkan, bila pizza yang kami sediakan, akan dirasai dan dinilai sendiri olehnya.
Pengalaman menyediakan pizza di Pizza HutSebelum memulakan segalanya,

Kami diberi tunjuk ajar cara untuk mencuci dan membersihkan tangan supaya ia kekal bersih sebelum menyediakan pizza kami sendiri.

Ini kerana, penyediakan pizza banyak melibatkan tangan.

Maka, tangan perlu sentiasa dalam keadaan bersih dan bebas kuman sebelum menyediakan hidangan di dapur.

Fasa 1 – Penyediaan Doh

Pengalaman Menyediakan Pizza di Pizza HutAdunan doh telah disediakan,

Maka, ianya perlu dipotong mengikut berat yang dikehendaki, (untuk menyediakan Regular Pizza, perlukan doh seberat 250gram).

Nampak macam tidak sesukar mana, hanya potong dan timbang.

Tetapi jika terlalu banyak adunan yang dipotong untuk mendapatkan 250gram doh. Takut ianya memberi kesan untuk proses seterusnya. Seeloknya minimumkan jumlah doh yang dipotong.
Pengalaman menyediakan pizza di Pizza HutDoh yang dah siap ditimbang tadi akan diuli menjadi bulat kemudian dibiarkan selama 30 minit untuk yis mengambil alih tugas seterusnya.

Selepas 30 minit, doh tadi akan dileperkan dengan tangan sebelum dimasukan ke dalam mesin khas untuk meleperkannya lagi.

Kemudian ia akan dimasukan dalam pan yang disediakan.

Pan tadi telah disapukan rata dengan minyak soya sebelum diletakan doh yang telah dileperkan. Kemudian, minyak soya turut disapukan pada bahagian atas dohnya.

Pan tadi ditutup dan dibiarkan dalam suhu bilik, sebelum pergi ke proses yang seterusnya.

Fasa 2- Penyediaan Topping Pada Pizza

Pengalaman menyediakan pizza di Pizza Hut
Antara topping yang disediakan untuk di’taburkan’ diatas roti pizza.

Malangnya, ada sukatan perlu diikuti bagi setiap topping supaya ianya seimbang dan tidak terlalu ‘berat’ pada pizza.

Risau ada yang tidak beberapa masak dalam tempoh 7 minit yang diperuntukan diatas pemangang. Waktu itu, dah patah niat hati Bro nak buat topping setinggi gunung kinabalu dari pelbagai topping.

Pengalaman menyediakan pizza di Pizza HutPizza yang telah siap bertopping dari Bro.

Ia kini telah bersedia untuk masuk dalam mesin pemangang selama 7 minit dan keluar dalam keadaan masak dan sedia untuk dihidangkan.

Kenapa 7 minit?

Itulah tempoh masa yang diperlukan untuk sesuatu pizza siap dimasak dengan sempurna. Ia tidak boleh terlalu kurang atau terlebih masa. Nanti, kurang sedap.

Maka jangan bising-bising jika order anda lambat siap (Tapi kenyataan, orang lapar rasa 7 minit tue macam 30 minit masa menunggu).
*** Sedang Dikemaskinikan ****

Giveaway Bro Framestone + Pizza Hut = #BroXPizzaHut

Giveaway Bro Framestone Pizza Hut#Giveaway Buat pembaca Blog Bro Framestone di Instagram. Voucher Pizza Hut RM200 untuk dimenangi.

Apa anda perlu buat?

  • Repost gambar ini beserta kapsyennya.
  • Kemudian upload gambar anda menikmati Pizza Hut paling kreatif di laman Instagram.
  • Sertakan Hashtag #BroXPizzaHut #PizzaHutMY #ContestBRO & @pizzahutmalaysia @broframestone
  • Tarikh tutup : 21 April 2017
  • Pastikan profile anda dibuka kepada public.

Pemenang akan terima voucher bernilai
1st – RM80
2nd ~ 4th – RM40 seorang.

Maka, apa anda tunggu lagi, jom sertainya sekarang.

Pemenang akan diumumkan di laman Instagram BroFramestone pada 23 April 2017.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Pengalaman Menyediakan Pizza Sebagai Krew di Pizza Hut

  1. last makan bulan lepas..selalu take away je kat cawangan seri alam. memang nampak krew dia kat dapur tapi tak nampak cara penyediaan sepenuhnya.

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *