You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Kisah Kali Pertama Bertentangan Mata Dengan ‘Bakal Isteri’

17,411,835 total views, 230 views today

Kisah Kali Pertama Bertentangan Mata Dengan ‘Bakal Isteri’

Gambar Kahwin Kali Kedua
Gambar Perkahwin ‘Kali Kedua’

Tanggal 12 April 2010,

Merupakan kali pertama Bro bertentangan mata dengan bakal isteri (kini sudah jadi isteri).

Itu pun sebab dia nak tuntut KFC dari Bro.

Waktu itu, Bro ada di KL sempena tournament Bowling antara Jabatan (waktu Bro kerja gomen dulu).

Dia pula masih student, baru sem ke-2 ketika itu. Datang jumpa Bro siap bawa boyfriend lagi (Bro pula yang risau).

Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi jaga jodoh gua selama ini he…23x

Sekarang kami berdua dah berkahwin, anak pun dah masuk 2. Bila nak tambah lagi sorang? Slow-slow dulu, sebab anak Bro yang jaga (househusband).

Kredit Gambar : Memorable Photography Services.

BACA : Pengalaman ‘Kahwin Lagi’ Dengan Orang yang Sama.

Kini, dia dah muak makan ayam KFC.

Dia nak makan Ayam Goreng McD pula sekarang ini he…23x Nampak sangat sepanjang tempoh perkahwinan kami, dia asik dapat Ayam KFC je kan.



Malangnya, tiada gambar kenangan kali pertama kali bertemu untuk diabadikan (tayang pada cucu cicit kelak), waktu itu handphone pun cikai je lagi.

Pengantin Beraksi

Kredit Gambar Di Atas.

Kisah Selanjutnya Selepas Satu Tahun Dari Tarikh Pertemuan Kali Pertama

Setahun kemudian,

Kalau tak salah, tarikhnya 17 April 2011 merupakan kali ke-2 kami bertentangan mata. Waktu ini, baru ‘cinta’ berputik.

Itu pun tanpa disengajakan, kami duduk makan sewaktu sertai Gathering Blogger di Putrajaya. Dia duduk di depan Bro.

Then pandangan mata Bro bertentangan dengan pandangan matanya. Dalam hati cakap, macam ada can je.

Gambar Kahwin Kali Pertama Bro Framestone & Iera KanHe…23x Then jangan ditanya apa yang telah terjadi.

Kami banyak berhubung dalam telefon hingga dia habis belajar (Kami juga jarang berjumpa).

Hingga ada satu ketika, dia minta tolong Bro ‘Uberkan’ dia dan kawan-kawannya (dapat la duit poket sikit he..23x) ke Majlis Konvokesyen.

Iklan : Rahsia Buat DUIT dengan UBER!.

Tapi Bro kena tunggu dia sampai habis sesi konvokesyen dia, sebab dia nak Bro mengUBER dia balik ke rumah sewanya. So waktu menunggu, dapat la berkenalan dengan ibubapa dan adik-beradik dia.

He..23x Dalam hati dok cakap, ‘Apa kau dah buat nie Bro!’

Lepas beberapa bulan. Mak dia ada tanya, Bila Bro nak masuk meminang dia (Tapi benda ini dia tak bagitau Bro pun)

Waktu itu juga, keluarga Bro nak sangat Bro tamatkan zaman bujang. Malangnya, Bro ada terlalu banyak calon pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana satu (tipu je).

Tapi Bro offer juga dekat beberapa orang yang nampak macam ada hati dengan Bro. Cuma respon dari mereka agak mengecewakan (belum bersedia, nak habiskan study, nak kerja dulu, nak itu, nak ini ~ Ok ini betul, tak tipu)

Kredit Gambar Disebelah

Bila Bro tanya pada si dia.

Dia punya respon agak memeranjatkan Bro (waktu itu, dia sudah berkerja) dimana dia setuju. Terus Bro call keluarga cakap yang Bro dah jumpa calon menantu (nampak sangat dah malas nak fikir).

Esoknya terus ajak dia pergi cari cincin (tapi cakap suruh teman cari cincin untuk member).

Lusanya, terus keluarga Bro turun ke Johor meminangnya. Waktu itu, kami ingatkan nak buat kejutan. Rupanya kami yang terkejut bila tengok ramai gila orang dekat rumah dia.

Rupa-rupanya, sedara mara tok nenek dia duduk rumah sebelah sebelah. Ada la dalam 4-5 rumah. Kau rasa?

Ok, itu sahaja kisah yang dapat Bro throwbackkan ketika ini.

Mas Kahwin Bro Framestone Iera Kan

Dari pengalaman dikejutkan itu,

Bro dah sedia awal-awal teknik menghadapi Budaya Perkahwinan di Johor – Bayar Tol. Berjaya juga lepas 3-4 tol tanpa dikesan (pengantin lelaki je yang terlepas, yang lain sangkut di tol pertama).

Bicara Bro : Ramai juga yang terkejut bila Bro umumkan siapa bakal isteri Bro beberapa bulan sebelum majlis pernikahan.

Maaf, saya hanya mampu menjaga awak-awak semua sebagaimana saya menjaga jodoh orang lain. Moga awak-awak semua bahagia dengan jodoh masing-masing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Kisah Kali Pertama Bertentangan Mata Dengan ‘Bakal Isteri’

Leave a Reply

Top