Huawei P10 Plus akan dijual di Malaysia mulai 8 April 2017 (yakni esok) pada harga RM3,099 menjadikan Malaysia, negara terawal menjualnya.
Kalau ikut plan asal, P10 Plus akan dijual sekitar pertengahan bulan April. Ia dinyatakan sewaktu mereka memperkenalkan Keluarga P10 di Malaysia tempoh hari.
Huawei P10 Plus hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 960 Octa-Core 2.4Ghz, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB.
Kamera belakang Leica Pro mengabungkan lensa 12MP+20MP F1.8, kamera hadapan 8MP berteknologi Leica, dan bateri berkapasiti 3750mAh.
P10 Plus ditawarkan dengan 2 varisi warna; Dazzling Gold (emas) dan Graphite Black (hitam).
Selain Huawei P10 Plus, Anda juga boleh dapatkan Huawei P10 (RM2,499) dan juga Huawei P10 Lite (RM1,299).
harga dah cecah RM3K..
ada siapa berani kecuali dah ada income RM100K permonth
Smartphone berkongsep kamera. Kualiti gambar pun gempak juga.