Filem Hospital Tampil Kelainan Dengan Elemen Seram Psiko Arahan Azaromi Ghozali

16,900,170 total views, 2,158 views today

Filem Hospital Tampil Kelainan Dengan Elemen Seram Psiko Arahan Azaromi Ghozali

Filem Hospital 13 April 2017Hospital, filem genre seram psiko yang merupakan arahan Azaromi Ghozali dan diterbitan oleh Metrowealth (MiG Pictures) bakal menghantui seluruh pawagam di Malaysia pada 13 April 2017.

Berbeza dengan beberapa filem terdahulu (kebanyakan berdasarkan kisah sebenar),

Kali ini, ia hadir konsep garapan yang unik dan berbeza mampu membuat penonton teruja untuk tahu kisah sebenar yang terjadi pada watak utama yang sendiri macam ‘lost’ atau ‘blur’ dengan apa yang terjadi pada dirinya.

Filem Hospital 13 April 2017
Pengarah Filem Hospital – Azaromi Ghozali

Nampak macam lawak serius je kan.

Tapi itu sebenarnya yang disampaikan dalam filem seram ini yang diselitkan element psiko yang mampu buat penonton berfikir dan tertanya-tanya pada setiap babak seram yang ditampilkan.

Maka, penonton bukan sahaja menunggu babak seram muncul, tetapi babak-babak psiko yang ditampilkan oleh setiap pelakon juga mampu membuat penonton rasa macam….. Menyampah, seram, sakit hati & ketawa (walaupun babak itu memang seram).

Wah…!! Panjang lebar Bro menceritakan keunikan pada filem ini.

Bagaimanapun, Bro masih kategorikan filem ini sesuatu yang ringan, dan tidak terlalu berat untuk dihadamkan (kecuali part psiko).

Filem Hospital 13 April 2017
Barisan Pelakon Filem Hospital Pada Malam Pra-Tonton

Filem Hospital ini, menampilkan barisan pelakon berpengalaman seperti Fizz Fairuz, Rashidah Jaafar, Serina Redzuan serta Lan Zailan bersama bakat-bakat baru seperti Fatin Afeefa, Shima Anuar, Nina Iskandar, Julia Marin dan juga Amreen Shukry.

Sinopsis Filem Hospital

Filem Hospital 13 April 2017
Filem ini mengisahkan seorang gadis Amira (Fatin Afeefa) berasal dari kampung (kiranya gadis kampung) turun ke ibu kota untuk menghadiri temuduga sebagai jururawat di sebuah hospital.

Malangnya, Amira tidak berjumpa hospital tersebut dan hampir berputus asa.

Filem Hospital 13 April 2017
Watak Dhalia yang banyak menghidupkan jalan cerita seram & psiko

Sewaktu menunggu teksi di hentian bas terpencil, muncul Dahlia (Nina Iskandar) yang kebetulan berkerja di hospital yang dicari oleh Amira dan memberikan pertolongan.

Setelah diterima berkerja di hospital tersebut, Dahlia turut mempelawa Amira tinggal bersama di rumah sewanya memandangkan rakan serumah yang lama telah meninggalkan rumah.

Filem Hospital 13 April 2017Amira bersetuju, dan semenjak itu bermulalah episod ngeri dalam hidup Amira yang sering diganggu dengan kejadian seram dan penampakan lembaga ngeri.

Perkenalan dengan doktor muda bernama Farid (Fizz Fairuz), menambahkan lagi kekalutan sedia ada yang berlaku kepada diri Amira.

Dahlia juga seperti kurang selesa dengan perhubungan antara Amira dan Dr. Farid.

Jiwa Amira semakin hari semakin tertekan dengan gangguan-gangguan yang semakin menjadi-jadi.

Ia bukan sekadar berlaku di hospital tempat Amira berkerja, malah juga di rumah Dahlia tempat Amira menumpang.

Membuatkan Amira tidak pasti, sama ada di berada di alam realiti ataupun dia masih lagi bermimpi.
Filem Hospital 13 April 2017
Bukan itu sahaja. Malah sahabat baik Amira iaitu Farah (Julia Marin) dan tunangnya Fahmi (Amreen Syukry) turut diganggu dalam usaha membantu beliau.

Sejauh mana gangguan ini menghantui Amira? Apa kisah disebalik kewujudan lembaga ngeri itu? Semuanya akan terjawab di pawagam bermula 13 April 2017 ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

  1. Haaaii bro.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *