OPPO R9s Plus Dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM2,498

OPPO R9s Plus Dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM2,498

OPPO R9s Plus Dilancarkan Di Malaysia
Seperti yang Bro nyatakan tempoh hari, OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO R9s Plus pada harga RM2,498 untuk pasaran Malaysia.

R9s Plus yang telah lama dinanti-nantikan, selepas kejayaan yang dibawa oleh OPPO R9s yang dilancarkan awal tahun ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran Malaysia.

Begitu juga dengan jualan pra-tempahan dan jualan kedai yang memberangsangkan dan melebihi jualan OPPO F1s sebelum ini.

Baca : Review OPPO R9s
OPPO R9s Plus Dilancarkan Di Malaysia
OPPO R9s Plus ini dikuasakan dengan kamera belakang 16MP IMX398 yang dibangun bersama oleh OPPO dan SONY, f1.7 apertur dengan teknologi fokus dwi-PDAF.

Bagaimanapun, pakar telefon pintar kamera tersebut kini memperkenalkan beberapa fungsi yang baru, iaitu Penstabilan Imej Optik (OIS) dengan kawasan anti-ketar yang lebih luas berbanding dengan OIS yang biasa terdapat di pasaran.

Ia dikuasakan oleh prosesor Qualcomm Snapdragon 653 yang baru dilancarkan, di samping kapasiti bateri yang dinaiktarafkan, membolehkan pengguna menikmati pengalaman fotografi bertaraf profesional sepanjang hari.

OPPO R9s Plus Dilancarkan Di Malaysia

OPPO R9s Plus Dilancarkan Di Malaysia
Fakta Menarik Mengenai OPPO R9s Plus :

  • Paparan skrin sebesar 6 inci dengan resolusi HD penuh.
  • Masih mengekalkan kamera belakang 16MP, dilengkapi sensor 1./2.8inci SONY IMX398 yang disesuaikan dan dibangunkan bersama oleh SONY dan OPPO.
  • Kamera hadir dengan apertur f/1.7 ekstra-lebar yang berkebolehan memerangkap 40% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya.
  • Miliki ciri OIS yang direka dengan kawasan anti-gegaran yang lebih besar sebanyak 40%.
  • Kamera belakang R9s Plus menggunakan teknologi Dwi-PDAF (Sama seperti R9s).
  • Dikuasakan dengan pemproses 1.95GHz Snapdragon 653, dan dilengkapi RAM 6GB dan 64 GB ROM.
  • Menggunakan Color OS 3.0 daripada OPPO (Dibangun berdasarkan Android 6.0.1)
  • Bateri berkapasiti 4,000mAh.
  • OPPO turut menawarkan insuran OPPO CARE untuk OPPO R9s Plus

OPPO R9s Plus Dilancarkan Di Malaysia
OPPO R9s Plus kini dijual secara rasmi di atas talian dan kedai OPPO, serta laman web e-dagang dan syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan OPPO bermula 1 Mac 2017.

Apa Kata Ayda Jebat Mengenai OPPO R9s Plus

Ayda Jebat OPPO R9s PlusRAM yang telah dinaiktarafkan dalam OPPO R9s Plus ini amat berguna pada saya kerana saya sering melakukan pelbagai tugas menggunakan telefon pintar saya.

Oleh itu, adalah amat penting pada saya untuk menggunakan telefon pintar yang tidak akan lag.

Saya kini boleh melakukan sebanyak tugas yang diingini.

Paparan 6 inci OPPO R9s Plus juga memastikan saya boleh bekerja daripada telefon pintar saya dengan selesa!

Ayda Jabat ditemui sewaktu Majlis Pelancaran OPPO R9s Plus yang juga merupakan duta dan selebriti OPPO bersamam Min Chen.

Sebelum ini, OPPO berjaya melonjakkan reputasi syarikat tersebut melalui telefon pintar OPPO edisi selebriti – F1s edisi Ayda Jebat dan R9s edisi Min Chen habis dijual dalam hanya masa beberapa hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *