April 25, 2024

Sedap Makan di Pickle & Fig, TTDI & Jimat Bayar Menggunakan Mobile Wallet Kiple

Dinner di Pickle & Fig, TTDI
Hai semua, hari ini Bro ingin kongsikan satu tempat makan yang agak menarik dan sedap untuk anda cuba sekiranya datang atau berada berdekatan dengan Taman Tun Dr Ismail.

Bukan setakat menarik dan sedap, bahkan boleh dapat lebih penjimatan jika pembelian anda dibayar menggunakan mobile wallet – Kiple.

Sebelum anda terliur membaca dan melihat gambar pada artikle ini. Ada baiknya anda memuat turun aplikasi Kiple pada telefon pintar anda.

Jangan download dulu, baca artikle ini hingga habis. Kalau tidak, anda akan menyesal nanti.

Makan di Pickle & Fig, Taman Tun Dr Ismail

Kalau ikutkan, bukan dalam perancangan untuk datang ke sini. Cuma teringin nak belanja Puan Isteri makan sesuatu yang sedap dan nampak istimewa di mata beliau.

Lagipun, sewaktu masuk ke kedai ini, terpapar sticker Kiple – ini menyatakan ia menerima pembayaran melalui aplikasi Kiple.

Tengok dalam mobile wallet – Kiple, ada KipleKash yang masih belum digunakan.

Macam mana nak dapat KipleKash ini? Boleh baca artikle ini hingga habis. Mana tahu, anda berpeluang berbelanja menggunakan Kiple tanpa mengeluarkan satu sen duit poket anda sendiri.
Pickle & Fig, Taman Tun Dr. Ismail

Pickle & Fig, Taman Tun Dr. Ismail

Pickle & Fig, Taman Tun Dr. Ismail

Pickle & Fig, Taman Tun Dr. Ismail
Apa hidangan yang kami order kali ini?

  • Rotkraut Pastrami – RM19.81
  • Carbonara Smoked Salmon – RM23.59
  • Ice Lemon Tea – RM6.60
  • Ice Chocolate – RM13.21

Puan Isteri ajak datang ke sini lagi, tapi nak try menu yang lain pula.

Bagi Bro tiada masalah, berbaloi jika berbelanja di kedai yang sama sambil bayar menggunakan aplikasi Kiple. Sekaligus, nilai dalam StoreValue yang terkumpul dari pembayaran terdahulu boleh digunakan untuk membayar bil kemudiannya.

Nampak tak, lebih penjimatan disitu?

Cara Pembayaran Menggunakan Aplikasi Kiple

Sebelum membuat pembayaran menggunakan aplikasi Kiple, pastikan tempat yang anda perlu mempamerkan sticker Kiple untuk menyatakan mereka menerima pembayaran melalui aplikasi Kiple.

Anda perlu order seperti biasa.
Pembayaran Melalui Mobile Wallet - Kiple
Pastikan dalam akaun Kiple anda mempunyai baki mencukupi untuk membuat bayaran apa yang telah anda order.

Sama ada dalam akaun Cash, KipleKash atau StoreValue (part ini hanya boleh digunakan di kedai yang pernah anda datang dan bayar menggunakan aplikasi Kiple).

Then, pekerja kedai akan masukan jumlah yang perlu anda bayar pada mesin pengimbasnya.
Pembayaran Melalui Mobile Wallet - Kiple
Pada mesin tadi, akan terpapar kod QR.

Anda hanya perlu tekan button ‘PAY NOW’ kemudian scan kod QR yang dipamerkan. Untuk meneruskan urusan pembayaran, anda perlu buat pengesahan.

Sama ada melalui pin password telefon pintar anda atau melalui pengimbas cap jari.

Ia merupakan langkah keselamatan untuk mengelakkan orang lain menggunakan aplikasi Kiple pada telefon pintar anda tanpa kebenaran.
Pembayaran Melalui Mobile Wallet - Kiple
Selepas membuat pembayaran, anda akan menerima penyata pembayaran anda yang terpapar jumlah rebat yakni penjimatan yang anda perolehi.

Dalam kes Bro, 10% rebat diperolehi dan boleh digunakan untuk pembayaran akan datang menggunakan aplikasi ini.

Lagi kerap anda guna, lebih banyak penjimatan anda mampu perolehi.

Selepas ini, tidak perlu bawa lebih wang dalam dompet atau buat pembayaran menggunakan kad tetapi tiada dapat apa-apa pulangan. Tak salah mempelbagaikan cara pembayaran untuk nikmati lebih penjimatan.
Pickle & Fig, Taman Tun Dr. Ismail

Disini Bro kongsikan lokasi untuk memudahkan anda, sekiranya ingin datang ke sini.

Pickle & Fig TTDI
26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Taman Tun Dr. Ismail, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 9AM – 11PM
No Telefon : +603 2858 9960

Perihal Kiple – Mobile Wallet Masakini

Kiple diasaskan pada September 2016, bekerjasama dengan WebOnline Dot Com Sdn Bhd, pembekal e-pembayaran yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia bagi menyediakan mobile wallet (dompet mudah alih) yang boleh dipercayai dan selamat pada platform teknologi.

Pembayaran melalui Kiple membolehkan anda mendapat 10% rebat tunai.

Pembayaran boleh dibuat menggunakan :-

  • ‘Cash’  – duit yang telah anda topup masuk ke akaun Kiple
  • ‘StoreValue’ – rebat duit yang diperolehi sekiranya pernah berbelanja dan membuat pembayaran menggunakan aplikasi Kiple di kedai yang sama.
  • ‘KipleKash’ – rebat duit yang anda perolehi sekiranya membuat pembayaran menggunakan aplikasi Kiple.

Lagi kerap anda membuat pembayaran menggunakan aplikasi Kiple, lebih banyak pejimatan boleh anda perolehi. Lebih-lebih lagi jika anda punyai port makan yang selalu anda kunjungi.

Macam Bro, ini kali ke-2 datang ke Pickle & Fig, TTDI. Mungkin dalam masa terdekat nak repeat lagi sekali.

RM10 PERCUMA Daftar Kiple Sekarang

Percuma RM10 Daftar Kiple

Ada sebab kenapa Bro tak benarkan anda memuat turun aplikasi Kiple sebentar tadi.

Sebabnya, Korang tak akan dapat RM10 PERCUMA. Kalau nak, anda hanya perlu scan kod QR pada gambar diatas (pastikan anda belum memuat turun aplikasi Kiple pada telefon pintar anda).

Kemudian anda akan dibawa ke laman memuat turun aplikasi Kiple.

Muat turun aplikasi Kiple dan daftar akaun anda dan sertakan sekali referal kod : BroKiple untuk membuktikan anda memuat turun aplikasi ini selepas baca Blog Bro dan Bro sebagai referal anda.

Topup akaun Kiple anda, dan mula membuat pembayaran menggunakan aplikasi ini. RM10 akan dikreditkan dalam akaun anda (KipleKash) bila pertama kali transaksi berjaya dilakukan.

Macam mana Bro dapat RM200 dalam akaun Kiple?

Ada yang bertanya macam mana Bro dapat RM200 dalam akaun Kiple. Mudah sahaja, bila Bro berjaya mengajak 20 rakan-rakan mendaftaran akaun Kiple under referal Bro.

Bukan mereka sahaja yang akan menikmati RM10 PERCUMA, bahkan Bro selaku referal juga akan akan dapat RM10 sekiranya mereka berjaya membuat pembayaran melalui aplikasi ini.

20 orang X RM10 = RM200 hahaha senangnya Bro buat duit.

Penafian : Tawaran RM10 PERCUMA ini hanya untuk TEMPOH MASA TERHAD (masih sah pada tarikh 28 Mac 2017). Maka elok jangan lepaskan peluang ini.

Bro akan cube kongsikan dengan lebih mendalam cara aplikasi Kiple ini berfungsi dilain masa. Untuk maklumat lanjut mengenai Kiple, anda boleh layari :-

Laman Web : www.kiplepay.com
Facebook : Kiple
Senarai Peniaga Yang Menerima Pembayaran Melalui Kiple – http://kiplepay.com/merchant-locator

Penafian : Kiple baru 3 bulan beroperasi, buat masakini banyak menumpukan pada peniaga yang berada di sekitar Lembah Klang & bakal berkembang di masa hadapan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Sedap Makan di Pickle & Fig, TTDI & Jimat Bayar Menggunakan Mobile Wallet Kiple

Leave a Reply to huda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *