March 28, 2024

Huawei P10 Diperkenalkan di Malaysia, Pra-Tempahan Dibuka Mulai 23 Mac 2017

Huawei memperkenalkan siri P10 di Malaysia – Negara pertama yang memperkenalkan siri terkini ini dimana pra-tempahan dibuka bermula 23 mac 2017.

Pelancaran Huawei P10 di Malaysia

Huawei telah melancarkan siri telefon pintar terkini mereka, yakni P10 dan P10 Plus di Malaysia, sekaligus memberi peluang kepada pengguna tempatan menjadi yang terawal menggunakannya selepas ia dilancarkan di Barcelona beberapa minggu lepas.

Inovatif dan rekaan pada kedua-dua HUAWEI P10 dan P10 Plus yang dibangunkan dengan kejuruteraan bersama Leica, meningkatkan kesan profesional pada potret fotografi yang diambil.

Pelancaran Huawei P10 di Malaysia

Dengan kerjasama bersama Pantone Color Institute, beberapa ciri dari teknologi teknologi terkini disertakan bersama peranti ini termasuk ciri Huawei SuperCharge.

Sekaligus, menjadikan HUAWEI P10 dan P10 Plus peranti pintar fotografi yang paling maju yang ada dalam pasaran kini.

Pelancaran Huawei P10 di Malaysia
Buat pertama kali,

Huawei memperkenalkan kamera hadapan dengan Leica pada P10 and P10 Plus (Selalunya pada kamera belakang), bagi melengkapkan kamera belakang Leica Dual mereka.

Ia mampu memberikan pengguna pengalaman fotografi terbaik untuk menghasilkan imej gred profesional dengan gaya sentuhan kekemasan Leica.

Kamera hadapannya (8MP AF F1.9) membolehkan anda menangkap gambar potret sempurna dalam gaya imej Leica, manakala kamera belakang (12MP + 20MP) menangkap ciri-ciri pada wajah dengan lebih terperinci dan luar biasa, menjadikan gambar anda jelas.

Pelancaran Huawei P10 di Malaysia

Pelancaran Huawei P10 di Malaysia
Dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 960 Octa-Core 2.4Ghz dengan RAM dipertingkatkan kepada 6GB (P10 Plus)

Digandingkan bersama fungsi berprestasi tinggi, termasuk Huawei SuperCharge dan Machine Learning Algorithm, menjadikan Huawei P10 and P10 Plus telefon pintar termaju untuk fotografi yang ada dipasaran kini.

Harga ditawarkan :

Wowwww harganya…!! Eh, mana datangnya Huawei P10 Lite?

Huawei P10 Lite Pada Harga Mampu Milik – RM1,299

With customer centricity as its core philosophy, Huawei has also introduced the P10 Lite to those who desire for luxury at an affordable price point.

Pelancaran Huawei P10 di Malaysia
Terkedu anda seketika bila ternampak harga yang dipaparkan untuk Huawei P10 dan P10 Plus.

Huawei turut memperkenalkan telefon pintar pada harga mampu milik – P10 Lite, sesuai untuk anak-anak muda yang ingin bergaya dan sentiasa mengikut perkembangan trend terkini terutama gaya hidup yang sentiasa berubah secara pantas.

Berbeza dengan P10 & P10 Plus, Ia dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 655 Octa-Core 2.1Ghz dengan kapisiti RAM 4GB dan ROM 32GB (Berbeza dengan P9 Lite – 16GB sahaja)

P10 Lite menggunakan skrin 5.2-inci dengan kamera belakang 12MP serta kamera hadapan 8MP.

IKLAN : Beli Telefon Pintar Huawei di Lazada.

Pra-Tempahan Bagi Huawei P10, P10 Plus dan P10 Lite akan dibuka mulai 23 Mac di Huawei Experience Store, Lazada dan Vmall. Ia secara rasminya akan boleh didapati dipasaran bermula 31 Mac 2017.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Huawei P10 Diperkenalkan di Malaysia, Pra-Tempahan Dibuka Mulai 23 Mac 2017

  1. warghhhhh..dia kluaq pula P10!! Fuh! Fuh! Merecik bro nengoknya..adeh! kejam. kejam sungguh huawei ni. hehehe. nak beli kamera leica macam mahal, jadi kita simpan duit beli yang ini sahajalah. hehehe

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *