March 29, 2024

Coway Run 2017 Bakal Diadakan Pada 7 Mei Bertempat di Starling Mall

Coway Run 2017
Coway (M) Sdn Bhd buat pertama kalinya, bakal menganjurkan Coway Run pada 7 Mei 2017 bertempat di Starling Mall, Damansara Uptown.

Ianya diadakan bertujuan untuk mengajak masyarakat berlari bersama mengejar matlamat gaya hidup yang lebih sihat. Dalam masa yang sama, memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta.

Menurut Mr Kyle Choi Ki Ryong – Pengarah Urusan Coway,

Coway Run diadakan dengan matlamat menjadikan ia sebagai medium buat rakyat Malaysia untuk menapak keluar dari zon selesa dan mula menjalani kehidupan dengan lebih sihat.

5KM & 10KM Ditemani Jordan Yeoh dan Carey Ng

Coway Run 2017
Dengan jarak larian 5KM & 10KM di kawasan sekitar Starling Mall, terbahagi kepada beberapa bahagian :-

  • Terbuka Lelaki (18 – 39 Tahun)
  • Wanita Open (18 – 34 Tahun)
  • Lelaki Veteren (40 Tahun ke atas)
  • Wanita Veteren (35 Tahun ke atas )
  • Fun Run (18 Tahun ke atas)

Penyertaan hanya dibuka buat warga Malaysia SAHAJA.

Sepanjang larian, peserta mungkin berpeluang temui Model Fitness Malaysia Terkenal – Jordan Yeoh dan bekas Miss Universe Malaysia – Carey Ng yang turut serta dalam larian ini.

Mereka datang untuk memberi sokongan dan galakkan kepada semua peserta agar dapat menamatkan larian tanpa mengaku kalah atau putus asa.

Sebagai “Pakar Air Ultimate”, Coway bertekat untuk mempromosikan gaya hidup sihat buat semua, dan berharap semua peserta menjaga kesihatan serta berlatih sebelum bermulanya acara ini kelak.

Untuk mengelakkan peserta semasa larian mengalami dehidrasi akibat kekurangan air dalam badan. Maka pihak Coway turut menyediakan 3 Penulen Air Gergasi di 3 stesen air untuk memastikan pelari hidrasi menikmati air terbarik dari Pakar Air (Water Specialist)

Setiap pemenang bagi kategori yang dipertandingkan akan membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000, RM800 (tempat kedua) dan RM500 bagi tempat ketiga.

Coway Run 2017 ini turut ditaja oleh Starling Mall dan 100Plus.

Sekiranya anda berminat untuk menyertainya, anda hanya perlu mendapat penyertaan secara online di www.myraceonline.com.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari fb.com/CowayMalaysia

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Coway Run 2017 Bakal Diadakan Pada 7 Mei Bertempat di Starling Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *