April 19, 2024

Apple iPhone 7 & iPhone 7 Plus Edisi Khas Berwarna Merah Serendah RM3,699

Apple iPhone 7 & iPhone 7 Plus Berwarna Merah
Apple telah memperkenal edisi khas iPhone 7 dan 7 Plus berwarna merah yang akan mula dijual 24 Mac ini.

Hasil dari jualan iPhone edisi khas ini, akan didermakan kepada beberapa agensi berkaitan kempen kesedaran HIV terpilih.

Kedua-dua peranti ini mengekalkan pelbagai spesifikasi yang lebih kurang sama, termasuk sokongan kalis percikkan air, penggunaan dwi-kamera pada iPhone 7 Plus.

Ia hanya ditawarkan dalam pilihan storan 128GB dan 256GB sahaja.

Bagi pasaran Malaysia, iPhone merah ini boleh didapati pada harga RM3,699 untuk iPhone 7, dan bermula RM4,299 untuk iPhone 7 Plus.

Sekiranya anda berminat, anda boleh buat tempahan sekarang di Laman Apple Malaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Apple iPhone 7 & iPhone 7 Plus Edisi Khas Berwarna Merah Serendah RM3,699

Leave a Reply to MalangSpot.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *