Penumpang Uber Bakal Terima “Pulangan Tunai” Dari Aplikasi ShopBack

17,017,014 total views, 664 views today

Penumpang Uber Bakal Terima “Pulangan Tunai” Dari Aplikasi ShopBack

UBER X Shopback
Uber bakal menjadi salah satu daripada lebih 500 kedai online yang telah pun menyertai rangkaian peniaganya seperti Lazada, ZALORA, Expedia, Booking.com dan Foodpanda.

Perkara ini telah diumumkan sewaktu ulang tahun yang ke-2, ShopBack Malaysia.

UBER X ShopbackKerjasama strategik ini bakal menyaksikan penumpang Uber menerima Pulangan Tunai setiap kali mereka membuat pesanan untuk menggunakan perkhidmatan itu melalui aplikasi mudah alih ShopBack.

Baca : Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER.

Sebagai tambahan, kini pengguna juga boleh menerima Pulangan Tunai setiap kali anda membeli isian semula daripada syarikat telekomunikasi utama (Hotlink, Digi, U Mobile, Celcom dan Tune Talk).

Begitu juga, apabila anda membeli tiket bas serta keretapi melalui Easybook, CatchThatBus dan Bus Online Ticket.

Pengguna bukan sahaja boleh mendapat Pulangan Tunai apabila menggunakan perkhidmatan Uber, malah mereka juga akan menerima ganjaran setiap kali membeli-belah melalui ShopBack.

Sebagai sebuah “startup?, kami berjaya bertahan dalam persekitaran yang penuh dengan persaingan selama 2 tahun. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi pasukan ShopBack.

Kami mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada pelanggan-pelanggan serta peniaga-peniaga, dan pengalaman bekerja dengan beberapa peniaga serta jenama terkenal di dunia telah banyak mengajar kami semua,” – Ketua Pegawai operasi ShopBack Malaysia, Sharmeen Looi.

UBER X Shopback

Sempena dengan ulang tahun ke-2 ShopBack pada 22 Februari nanti, satu acara jualan murah besar-besaran akan diadakan, di mana para pembeli boleh menikmati tawaran eksklusif daripada lebih 22 peniaga termasuklah Qoo10, Lazada, Hermo, Expedia, Fave, Honestbee dan banyak lagi.

Antara tawaran-tawaran yang utama ialah:

  • Tawaran ShopBack x Uber flash: Pengguna perkhidmatan Uber akan menerim Pulangan Tunai berjumlah sehingga RM22 melalui aplikasi mudah alih ShopBack pada 22 Februari
  • Promosi Beli 1 Percuma 1
  • Kod baucar eksklusif potongan berjumlah sehingga RM50
  • Tawaran flash RM2 & bawah RM22
  • Pulangan ‘Super’ Tunai sehingga 100% dan Pulangan Tunai Berganda sehingga 22%
  • Buat sebarang tempahan pada 22 Februari dan dapatkan percutian 2 hari 1 malam percuma di Hotel First World Genting (untuk ahli baharu ‘Genting Rewards’ sahaja.

Tawaran dan promosi Pulangan “Super? Tunai hanya boleh didapati pada tempoh yang terhad iaitu pada 22 Februari.

Maklumat lanjut berkenaan jualan murah sempena ulang tahun ke-2 ShopBack, sila layari www.shopback.my/anniversary.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *