You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Sekuel Surga Yang Tak Dirindukan 2 di Pawagam Malaysia Mulai 16 Feb 2017

17,683,306 total views, 4,433 views today

Sekuel Surga Yang Tak Dirindukan 2 di Pawagam Malaysia Mulai 16 Feb 2017

Surga Yang Tak Dirindukan 2
Mesti ada diantara anda ternanti-nantikan sekuel untuk filem box office Indonesia tahun 2015, Surga Yang Tak Dirindukan yang bru disiarkan beberapa hari sudah?

Jangan gusar atau kuatir, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (#STYD2) kini bakal ditayangkan serentak di seluruh pawagam Malaysia bermula 16 Februari 2017!

Filem ini diangkat dari novel popular, SYTD2 hasil karya novalis Asma Nadia.

Bukan sahaja memaparkan jalan cerita penuh perasaan, namun turut didukung dengan watak-watak yang dibintangi oleh pelakon blockbuster Indonesia seperti Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian serta pelakon Malaysia, Nora Danish dan ramai lagi.

Nora Danish - Surga Yang Tak Dirindukan 2Yup, Nora Danish.

Dengar cerita, Nora Danish akan berkahwin tahun ini dengan kekasihnya, Nedim Nazri (Rasanya awal tahun lepas pun keluar statement yang sama juga)

Di bawah produksi hebat dari Indonesia iaitu MD Pictures, filem ini telah mendapat sentuhan oleh pengarah Hanung Bramantyo.

Manakala Manoj Punjabi bertanggungjawab selaku Produser dan skripnya ditulis oleh Alim Sudio, Manoj Punjabi dan Hanung Bramantyo sendiri.

Apa yang lebih menarik, filem ini adalah di bawah satu bumbung dengan produksi filem hit Ayat-Ayat Cinta, Rudy Habibie, Habibie & Ainun dan Di Bawah Lindungan Kaabah.

Selain itu, filem ini turut disempurnakan dengan garapan muzik dan lirik puitis yang dihasilkan oleh komposer terkenal Melly Goeslaw dan Anto Hoed.

Bagi OST berjudul “Dalam Kenangan” dinyanyikan oleh diva Indonesia, Krisdayanti. Sementara itu, untuk lagu kedua bertajuk “Surga Yang Kurindukan” dinyanyikan oleh pelakon utamanya sendiri, Laudya Cynthia Bella dan berduet dengan penyanyi muda berbakat besar, Wafda.

Sinopsis Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2

Ia mengisahkan tentang sepasang suami isteri Pras (Fedi) dan Arini (Bella) kembali meneruskan kehidupan bersama puteri mereka, Nadia (Sandrina) setelah isteri kedua Meirose (Raline) membawa diri.

Arini mendapat undangan ke Budapest, Hungaria untuk mempromosikan bukunya. Tanpa diduga, takdir menemukan mereka sekeluarga bersama Meirose dan anaknya Akhbar (Keefe).

Pemergian Meirose bersama Akhbar dahulu adalah untuk mula hidup baru demi melupakan masa lampau yang hampir menghancurkan rumahtangga Arini. Meskipun Meirose masih menyanjung dan menyintai Pras, tetapi dia tekad untuk diceraikan.

Namun, pertemuan semula dengan Arini membuatkan dia berbelah bahagi kerana wanita mulia itu mengharapkan Meirose kembali ke pangkuan Pras. Malah, kehadiran Doktor Syarief (Reza) dalam hidup Meirose turut menimbulkan tanda tanya.

Apakah kesudahan kisah mereka? Sejuta pertanyaan dan kejutan akan mewarnai SYTD2.

Tonton Surga Yang Tak Dirindukan Sebelum Surga Yang Tak Dirindukan 2

Untuk pasaran di Malaysia, filem ini bakal diedarkan oleh Antenna Entertainments manakala Astro akan melakukan pemasaran.

Bagi menjiwai kisah SYTD2, filem pertama iaitu Surga Yang Tak Dirindukan telah ditayangkan di saluran Astro Ria, Prima, Citra, Mustika, Maya dan Oasis serta di platform Astro Gempak sejak awal Februari lalu.

Filem SYTD2 akan menemui para penonton Malaysia bermula pada 16 Februari 2017 nanti.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Sekuel Surga Yang Tak Dirindukan 2 di Pawagam Malaysia Mulai 16 Feb 2017

    1. Kebanyakan lelaki mampu bawa isterinya ke syurga, tetapi berapa ramai isteri yang mampu menarik suaminya dari masuk ke neraka.

      Sebab yang mampu buat si suami masuk neraka, bukan takat isterinya, bahkan anaknya, termasuk anak perempuan, adik beradiknya etc….

      Banyak kan….

Leave a Reply

Top