PropSocial Bantu Anda Membuat Keputusan Sebelum Membeli / Menyewa Hartanah

16,895,003 total views, 2,397 views today

PropSocial Bantu Anda Membuat Keputusan Sebelum Membeli / Menyewa Hartanah

PropSocial Buy Rent Sale
Bila sebut tentang hartanah, banyak perkara dan faktor perlu difikirkan sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Sedangkan kita nak menyewa pun, kadangkala pening juga kepala, inikan pula untuk membelinya. Ini kerana, keputusan yang kita buat bakal memberi kesan untuk tempoh masa yang panjang walaupun ketika itu, loan dengan bank dah selesai.

Boleh dikatakan,

Ramai yang untung besar bila berjaya memiliki hartanah yang sentiasa meningkat ‘market value’nya.

Begitu juga dengan mereka yang mengalami kerugian bila hartanah yang mereka beli jatuh nilainya, bahkan ada juga hartanah yang dibeli terbengkalai tanpa khabar berita.

Maka, apakah solusi yang boleh diguna pakai sebagai sumber rujukan yang boleh dipercayai sebelum kita membuat sebarang keputusan untuk menyewa atau membeli satu hartanah itu?

Mungkin PropSocial jawapan kepada persoalan anda tadi.

PropSocial – Rujukan Buat Pembeli, Pelabur, Penjual dan Penyewa Hartanah

PropSocial - Laman Rujukan Hartanah

Untuk pengetahuan anda, PropSocial merupakan laman web sosial hartanah interaktif untuk pembeli, pelabur, penjual dan penyewa hartanah di Malaysia.

Laman web ini membolehkan pengguna berinteraksi untuk:

  • Menyelesaikan masalah tentang pencarian hartanah di Malaysia
  • Bertanya tentang kebimbangan berkenaan hartanah
  • Mendapatkan nasihat dari pakar-pakar hartanah di Malaysia
  • Mencari lokasi pelaburan hartanah terbaik
  • Dan lain-lain

PropSocial juga merupakan laman web pertama di Malaysia yang menggunakan khidmat komuniti sebagai tunjang untuk para pengguna mendapatkan pandangan & pendapat melalui pengalaman penduduk sebenar tentang kawasan hartanah pilihan mereka.

Kalau ikutkan, banyak faktor yang perlu anda titik beratkan tetapi perkara ini yang selalu kita abaikan / terlepas pandang.

Dari pengalaman, Bro dapati kita sentiasa terlupa tentang isu ini :

  • Market value / sewa mengikut pandangan penduduk disana dan bukan melalui ejen.
  • Tahap keselamatan untuk diduduki (bencana alam atau jenayah)
  • Keselesaan
  • Permintaan semasa
  • Liputan (internet, talian komunikasi, astro etc)
  • Fasiliti (Stesen minyak, klinik, sekolah etc)
  • Dan lain-lain.

Bro sebelum ini pernah menyewa berdekatan dengan rumah yang Bro diami sekarang ini. Waktu itu, ada kesilapan dan boleh dianggap sebagai kecuaian (Biasalah, baru kahwin dan nak cari rumah membina keluarga).

PropSocial - Bantu Anda Membuat Keputusan Sebelum Membeli / Menyewa HartanahHarga sewanya sedikit mahal berbanding dengan sewa rumah sekarang ini.

Bila dah duduk sana, baru Bro perasan bahawa jiran hanya nampak pada hujung minggu sahaja. Tengah malam, ada kereta polis buat rondaan, nak sembang dengan jiran tetangga, sorang pun tak nampak batang hidungnya.

Dapat pula tuan rumah yang kekwat.

Belum lagi isu line tepon macam wujud tak wujud, nak ‘terminate’ masih terikat dengan contract. Tak berbaloi tukar telco lain untuk memenuhi kekurangan bila duduk disana.

Liputan Internet jangan cakap la,

Hanya beberapa pembekal sahaja yang punyai liputan disana. Tapi yang paling pantas adalah streamyx, malangnya bila buat permohonan, pihak TM bagitau tiada port kosong di kawasan yang Bro duduki.

Bertambah stress dibuatnya.

Setelah 2 setengah bulan duduk, Kami sekeluarga buat keputusan untuk berpindah ke rumah lain tetapi tidak jauh dari rumah yang disewa tempoh hari. Duit deposit kira burn sebab keluar awal sangat.

Dan rumah Bro yang Bro duduki sekarang pun amik masa juga untuk survey (kalau ikutkan sebelum kahwin lagi, cuma x dapat no contact pemilik rumah sahaja)

Agak besar dan lebih luas dari rumah terdahulu, sewa juga lebih murah. Jiran pula ‘friendly’ dan liputan telco dan internet juga lebih meluas.

Bila dah pindah, baru tahu area rumah sewa lama itu selalu berlaku kes pecah rumah.

Alhamdulillah, tiada perkara buruk terjadi sewaktu kami duduk disana.

Setelah 3 tahun menetap disini, baru ada stesen minyak dibuka (Sedangkan kawasan ini telah dibangunkan & didiami sejak tahun 2002). Jika tidak, hampir 10 Km juga untuk ke stesen minyak yang terdekat.

Kenapa Anda Perlu Guna PropSocial Untuk Buat Keputusan?

Guna PropSocial Untuk Buat Keputusan
Untuk mencari hartanah yang sesuai bukannya sesuatu yang mudah, dimana ia boleh menjadi satu proses yang panjang dan membosankan.

Cabaran utama bagi pembeli hartanah adalah bahawa mereka tidak mendapat / diberi bimbingan yang betul seperti mana mereka perlukan.

Terutamanya, semasa di peringkat kajian awal sebelum memutuskan hartanah mana yang sesuai untuk dibeli.

Antara cabaran yang biasa seperti:

  • Senarai rawak oleh portal hartanah
  • Data yang diberikan tidak mencukupi tentang hartanah
  • Tiada maklumat tentang kejiranan sekitar
  • Ejen hartanah tidak bertauliah
  • Proses pembelian yang lambat

Ciri Pada PropSocial
Dari senarai cabaran ini, maka beberapa ciri-ciri diterapkan pada PropSocial yang dibina untuk membantu pembeli serta memudahkan urusan jual beli hartanah.

Dengan memasukan kata kunci berkenaan kawasan / lokasi hartanah pilihan anda,

PropSocial akan memaparkan /menyediakan maklumat yang tepat dan menyeluruh mengenai kawasan kejiranan atau hartanah.

PropSocial Infografik

Maklumat ini akan dipaparkan dalam gaya infografik yang menarik untuk memudahkan pengguna menghadam ia dengan lebih mudah. Maklumat yang dipaparkan termasuk:

  • Kejiranan berdekatan
  • Fasiliti (stesen minyak, bank, klinik, pasaraya etc)
  • Jaringan pengangkutan awam
  • Kadar jenayah
  • dan banyak lagi.

Dari maklumat yang dipaparkan ini, dapat membantu anda membuat keputusan sama ada untuk membeli / menyewa hartanah dalam masa yang sama tidak akan membuat anda menyesal di kemudian hari.

Peta lokasi PropSocial

Pening nak buat keputusan?

Tiada masalah, PropSocial menyediakan peta interaktif yang terletak pada setiap halaman hartanah, bagi membolehkan anda mendapatkan idea tentang hartanah sekitar.

Dari peta ini, anda boleh dapat gambaran nilai hartanah dikawasan sekitar lokasi pilihan anda, semuanya telah diplotkan dalam peta.

Atau anda hanya perlu isi maklumat dan angaran bajet anda, kemudian klik “Call Me” untuk dapatkan bantuan dan khidmat nasihat dari pakar.

Kumpul Maklumat dari Sistem Penilaian Kumuniti Kejiranan

Maklumat dari Sistem Penilaian Kumuniti KejirananSetelah anda mengenal pasti lokasi hartanah pilihan anda,

Anda perlu menyelidik dan mendapatkan serba sedikit maklumat penting dari komuniti kejiranan untuk mengukuhkan lagi keinginan anda mendapatkan hartanah tersebut.

Bukan kita tidak percaya pada kata-kata ejen hartanah,

Cuma perlu dapatkan lebih pandangan dan pendapat dari komuniti kejiranan kerana mereka sendiri telah duduk dan tinggal di lokasi berkenaan.

Oleh itu, PropSocial turut menyediakan ciri ‘Rating & Review’ yang seumpama ‘Tripadvisor’ untuk pasaran hartanah.

Ciri ini membolehkan penilaian terbuka dan jujur berkenaan hartanah, kawasan-kawasan perumahan dan ejen dari komuniti kejiranan.

Ciri ini telah dibina untuk membantu pembeli, yakni anda mendapatkan data seperti:

  • Pendapat jujur dan komen mengenai harta atau kejiranan oleh komuniti disana
  • Kadar jenayah yang dilaporkan
  • Samada kawasan itu berhantu!
  • Masalah sesama jiran

Nampak macam perkara remeh temeh pada anda, tetapi perkara seperti ini perlu anda tahu sebelum membeli hartanah di lokasi berkenaan.

Risau anda beli dengan niat untuk sewakan, tetapi tiada sesiapa ingin menyewa sebab dengar cerita lokasi itu berhantu.

(Bro pernah menyewa satu rumah, dan terkejut bila tahu rumah sebelah hampir 4 tahun tiada orang duduk / menyewa. Rupanya ada kes orang bunuh diri.

Lebih malang sekali, pernah ada 2 penyewa hanya bertahan selama satu malam keesokan harinya terus keluar sebab kena gangguan)

So, ada baiknya anda mula menyelidik lokasi hartanah pilihan anda sekarang.

PropSocial Bantu Anda Membuat Keputusan Sebelum Membeli - Menyewa Hartanah

Diharapkan maklumat yang Bro kongsikan dan PropSocial membantu anda membuat keputusan yang tepat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :

Laman Web : www.PropSocial.my
Facebook : www.facebook.com/propsocial

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *