You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Pergerakan Puteri UMNO Anjurkan Misi Bantuan Gelandangan di Ibu Kota

Pergerakan Puteri UMNO Anjurkan Misi Bantuan Gelandangan di Ibu Kota

Pergerakan Puteri UMNO Anjurkan Misi Bantuan GelandanganPergerakan Puteri UMNO Malaysia memandang serius isu gelandangan yang semakin meningkat lebih-lebih lagi di ibu kota Kuala Lumpur.

Usaha-usaha kerajaan untuk menangani isu ini seolah-olah telah menemui jalan buntu. Lebih merisaukan apabila lebih ramai gelandangan ini terdiri dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

Di atas keprihatinan ini, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan kerjasama SWINAS dan ADINDA terpanggil untuk memberi bantuan kepada golongan ini melalui Misi Bantuan Gelandangan, Denyutan Kota Raya yang bertemakan WE CARE WE SHARE.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Haji Samsudin merangkap Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta Ahli Parlimen Masjid Tanah akan turut serta bersama dengan sukarelawan belia yang berumur 21 tahun keatas mengedarkan sumbangan.

Turut bersama wakil-wakil EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Sukarelawan yang terlibat akan berkumpul dan berada di hadapan Bank Muamalat, Jalan TAR dan kawasan sekitar seawal jam 9.00 malam dan diteruskan dengan pemberian makanan dan minuman kepada gelandangan.

Inisiatif ini diharap dapat membantu meringankan beban gelandangan. Walaupun misi bantuan ini dilihati sebagai ‘low cost’ tetapo ‘high impact’. Kesannya amatlah besar dan bermakna kepada golongan ini.

Selain itu, misi ini juga dapat mengubah persepsi belia dan masyarakat terhadap golongan gelandangan selain mengeratkan ukhuwah sesame sukarelawan melalui aktiviti kesukarelawanan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top