April 25, 2024

Kahwin Dengan Rakan Sekolah Rendah Gara Group Whatsapp?

Selamat Pengantin Baru - Rakan Sekolah Rendah
Selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai yang merupakan rakan sekelas sewaktu kami berada di sekolah rendah.

Dalam reramai yang mendoakan Bro akhiri zaman bujang dengan rakan sekelas sewaktu sekolah rendah. Malangnya, jodoh tiada selepas beberapa kali percubaan digagalkan.

Rupanya,

Doa rakan-rakan selama ini dimakbulkan, tetapi bukan pada Bro he…23x

Temui Jodoh Dari Group Whatsapp?

Tak sangka kedua-dua pasangan ini selamat bergelar suami isteri. Tak pasti bila masa dorang bercinta, sebab memasing ini agak pendiam sedikit bila dikhalayak awam.

Dear Future WifeMungkin ada kaitan dengan group Whatsapp yang ditubuhkan khas buat rakan sekelas sewaktu kami bersekolah di SK Dato’ Kamaruddin, Behrang Stesyen, Perak.

Kalau di check pada perbualan lampau, kedua-dua mempelai agak slow sikit dalam group itu. So kurang pasti, macam mana dorang boleh bercinta.

Dari perbualan dengan adik si pengantin perempuan.

Dia tiba-tiba beritahu kepada keluarga, bahawa lepas raya tahun lepas akan ada orang nak datang merisik.

Dan si adik pengantin juga terkejut bila tahu siapa yang nak masuk line dengan akak dia He…23x

Kalau ikutkan, satu group whatsapp terkejut bila dia upload gambar kad jemputan kahwin dorang. Lagi-lagi bila nampak nama pasangan pengantin macam kenal je.

Rakan Sekolah Rendah Yang Turut Hadir

Rakan sekolah rendah

Rakan sekolah rendah
Sembang dalam group whatsapp, ramai yang cakap nak datang.

Last-last beberapa kerat je munculkan diri. Yang lain, senyap membisu dalam group.

At least dapat juga berjumpa dengan beberapa orang.

Rasanya, kalau bukan time kenduri kahwin, entah bila dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Memasing dah ada keluarga memasing.

Tapi ada juga yang belum kahwin, dan bro sendiri pun tak cam itu kawan Bro masa sekolah rendah. Jauh berbeza he…23x

Bicara Bro : Bro dulu, hampir berkahwin dengan rakan sekelas sewaktu berada di Form 6. Cuma jodoh tak berpanjangan. Begitu juga dengan rakan sekolah rendah.

Nak harapkan kahwin dengan rakan sewaktu sekolah menengah? Semua JANTAN

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Kahwin Dengan Rakan Sekolah Rendah Gara Group Whatsapp?

  1. Rakan sekelas sekolah rendah. Wow, mcm ni dah lama berkenal satu sama lain. Hubungan blh kukuh sampai skrg bukan satu perkara yg senang. Perlu menghargai.

Leave a Reply to reezluv Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *