March 29, 2024

Hidup Dengan Ego Punca Utama Penceraian di Malaysia

Gambar Kahwin Lagi Bersama Memorable Photography Services
Tidak dinafikan setiap orang mempunyai egonya yang tersendiri.

Ada yang jelas kelihatan, ada juga yang disampai secara halus tetapi cukup mendedahkan sisi ego mereka.

Dengan orang seperti ini, elok jangan cabar keegoan mereka dengan ego anda. Nescaya tiada kebaikan mahupun penyelesaian yang baik akan diperolehi.

Lebih teruk,

Jika memasing tidak mahu mengalah dan sentiasa meninggikan ego sendiri.
Punca Sebenar Dalam Diri Kita
Selalunya terjadi macam ini bila salah seorang asik nak menang dan sedikit pun tidak mahu mengalah atau mengaku kesalahan sendiri.

Jangan kata dari segi pergaulan kawan-kawan, adik beradik bahkan melibatkan pasangan yang telah berkahwin mahupun yang dah bercerai. Yang mengeruhkan keadaan bila memasing tidak mahu merendahkan ego walaupun benda ini dah bertahun berlalu.

Erm….

Kredit Gambar : Pengalaman Kahwin Lagi.

Ego Punca Penceraian

Ego Punca Penceraian di MalaysiaLately, ada beberapa kenalan yang dulunya Bro rasa paling sweet dan secocok bersama pasangan, kini memasing membawa haluan masing-masing disebabkan masing-masing ego dan tidak mahu mengalah.

Pernah juga tanya mereka, “Kenapa tak nak berbaik semula?” Macam sian je tengok anak mereka yang masih kecil.

Masing-masing kata, dah tiada jodoh dan rasa tiada hati untuk kembali bersama pasangan mereka.

Bila diselidik,

Tak sangka, benda kecil dibesar-besarkan dengan ego sehinggakan membawa kepada penceraian. What the heyyy!!!

Bro sendiri pun pernah juga berhadapan dengan situasi ini. Cuma bukan melibatkan perkahwinan, lebih kepada persahabatan.

Bro kenkadang tak suka dengan orang yang tinggi egonya, bajet macam bagus (tak kisah pun sebenarnya) dan suka memperlekehkan orang lain (ini yang Bro kisahkan).

Cara terbaik, Bro rendahkan ego sendiri dan blah dari hidup orang seperti itu.

Risau kalau dilayan, makin melarat dan kita sendiri tidak tahu apa cerita yang akan dia canangkan pada orang lain sewaktu memperlekehkan kita.

Bro anggap orang macam ini, beraura negatif dan jika habiskan masa dengan dia kita juga turut akan jadi negatif dan kurang produktif.

Eh, terasa ek?

Maaf, Bro taip dan ceritakan secara umum dan bukannya dituju kepada sesiapa. Cuma diselitkan sikit pengalaman pahit di situ.

Anyway,

Tak salah jika ada perasaan ego dalam diri, just kawal dan jangan disebabkan ego itu, kita hilang kawan, keluarga mahupun kehormatan diri.

Pengalaman Berkahwin Lagi

Bicara Bro : Dulu ramai yang ingat Bro ini seorang yang tinggi egonya, tak nak dengar pendapat orang lain dan rasa diri sahaja betul.

Alhamdulillah, anak 2 dan isteri sorang.

Hahaha kelakar kan!

Jadikan penceraian sebagai JALAN PALING TERAKHIR. Selagi boleh tak bercerai, ELAKKAN bercerai. Waktu korang dah berkahwin ni, iblis tak goda sangat untuk kau buat maksiat. Tapi nak tahu apa Iblis goda?

Iblis goda supaya korang bercerai. Kemudian berseronok buat maksiat semula.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Hidup Dengan Ego Punca Utama Penceraian di Malaysia

  1. Makin lama makin meningkat kes penceraian..hurmmm..hidup rumah tangga ni mmg byk pancaroba..suami ibarat nakhoda..sampai di tepian atau karam di lautan..

  2. Bab kawin ni tak pernah la lalu lagi hahha so no komen. Tapi bab ego yes! If you ego tak boleh bertolak ansur everything susah even in workplace pun the leader tak boleh ego. Sometime idea anak buah pun kena dengar.

  3. Dalam perkahwinan, ego tolak tepi. Sama-sama merendah diri. Nasihat sesama pasangan. Selalu lakukan aktiviti bersama untuk kenal kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kelemahan itu yang perlu diperbaiki. Baru rumahtangga aman bahagia.

    Tapi itulah, sifat manusia. Tak pernah puas dengan nikmat yang ada. Bila dah terjatuh, baru sedar. huhu

Leave a Reply to Huda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *