April 19, 2024

Origina Jus & Chocojoy Minuman Berkhasiat Buat Kanak-Kanak

Origina Jus & Chocojoy Review
Ketika ini, waktu petang agak panas membahang sebelum hujan lebat turun membasahi bumi.

Waktu itu, memang sesuatu yang nikmat sekiranya dapat membasahkan tekak dengan minuman yang sedap dan menyegarkan, yakni Origina Jus.

Memang tidak dapat dinafikan minuman Origina Jus yang enak dinikmati ketika sejuk, mampu memberi kesegaran kepada anda.

Lebih menarik, ianya sesuai dinikmati oleh anak anda.

Dengan reka bentuknya berbentuk minuman mobile, maka sesuai dibawa kemana-mana oleh anak anda, terutamanya ketika berada disekolah. Tanpa anda perlu risau khasiat, zat dan vitamin dihadam sepenuhi oleh anak anda.

Origina Jus & Chocojoy Review

Origina Jus hadir dalam beberapa jenis perisa, antaranya ialah Origina Jus Epal, Origina Jus Blackcurrent, Origina Jus Lemon dan Origina Jus Black Tea.

Untuk minuman Jus Origina, peknya didatangkan dalam dua variasi iaitu pek kecil 100 ml dan pek besar pada harga RM1 dan RM2.49.

Chocojoy Chocolate Milk 0% Kolesterol

Origina Jus & Chocojoy Review

Selain minum jus, terdapat juga minuman bercoklat yakni Chocojoy Chocolate Milk.

Rasanya sedap, pekat dan semestinya menjadi pilihan bukan sahaja anak-anak malahan seisi keluarga. Yang menariknya, ia hanya mempunyai 0% kolesterol, rendah lemak dan tinggi dengan kalsium.

Ia hanya didatangkan dengan pek besar pada harga RM2.69.

Chocojoy Chocolate Milk

Produk Origina Jus dan minuman Chocojoy Chocolate Milk ini diusahakan oleh syarikat tempatan iaitu PS Food & Beverage.

Kebanyakan produk mereka dihantar ke kebanyakan koperasi sekolah di sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Terengganu. Malah produk ini juga boleh didapati di Pasaraya Matahari yang terletak di USJ City Mall dan di kebanyakan pasaraya AEON di seluruh negara (stor terpilih sahaja).

Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar atau stokis Origina Jus dan Chocojoy, anda boleh hubungi talian 03 5519 5700 atau emel ke info@psfood.com.my.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web http://origina2u.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Origina Jus & Chocojoy Minuman Berkhasiat Buat Kanak-Kanak

Leave a Reply to Suria Amanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *