April 18, 2024

[Review] OPPO R9s Tampil Pengecasan Pantas VOOC Pada RM1,798 di Malaysia

OPPO R9s
OPPO R9s telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada awal tahun 2017 pada harga RM1,798.

Ramai yang menantikan telefon pintar ini sewaktu khabar angin mengatakan OPPO melamar Lee Min-ho sebagai duta terbaru mereka bagi OPPO R9s.

Perkara ini, terjawab bila terdapat beberapa gambar Lee Min-ho sewaktu pengambaran iklan “OPPO R9s” tersebar.


Pelantikan Lee Min-ho sebagai duta OPPO R9s membuatkan pihak OPPO mendapat respon mengalakkan dari peminat mereka.

Bro juga tidak melepaskan peluang ini.

OPPO R9s Review

Spesifikasi OPPO R9s

  • Processor : Qualcomm OCTA-core
  • Cip Grafik : Adreno 506
  • OS : Android Marshmallow
  • RAM : 4GB | ROM : 64GB (kad SD Mikro 128GB)
  • Paparan Skrin : 5.5-inci 1920p × 1080p
  • Kamera : 16MP (Depan & Belakang)
  • Warna : Gold & Rose Gold
  • Harga : RM1,798

OPPO R9s menyokong pengecasan pantas VOOC, dimana pengecasan selama 5 minit dapat memberikan tempoh operasi selama 2 jam.

Ia juga boleh bertahan selama 15 jam 25 minit pada pengecasan penuh.

[Unboxing] Pandangan Pertama OPPO R9s

Review OPPO R9s Malaysia
OPPO R9s berbeza dengan peranti OPPO terdahulu dimana ia menekankan kepada fungsi selfie.

Pihak Oppo dilihat menekankan kepada fungsi kamera belakangnya, dimana OPPO R9s menggunakan kamera 16-megapixel F/1.7 dengan sokongan PDAF.
Review OPPO R9s Malaysia

Review OPPO R9s Malaysia
Promosi : Beli OPPo R9s di Lazada Sekarang!

Kamera R9s menggunakan teknologi Dwi-PDAF.

Generasi pertama PDAF hanya mempunyai setengah pixel untuk memfokus, sebaliknya Dwi-PDAF meningkatkan sehingga 100% pelbagai kawasan piksel sensor yang dilengkapi dengan fotodiod khas yang diperlukan untuk fasa pengesanan autofokus, membolehkan pemfokusan sepantas kilat, walaupun dalam cahaya rendah dan menghasilkan imej yang sangat jelas.

Review OPPO R9s Malaysia
Mempunyai ketebalan 6.58mm dengan berat 147g (bersama bateri).

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 625 2GHz lapan-teras dengan cip grafik Adreno 506 dan RAM sebesar 4GB dengan kapasiti storan 64GB

Manakala paparan skrinnya bersaiz 5.5-inci 1920 x 1080p dengan kaca Gorilla Glass 5.
Review OPPO R9s Malaysia
Oppo R9s juga mempunyai pengimbas cap jari yang diletakkan pada butang Home memberikan pengguna akses sentuhan 0.2s yang sangat pantas, dan bijak menapis imej cap jari pengguna dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.oppo.com/my/smartphone-r9s

#VlogRetis #Projek2017 – Pandang Pertama OPPO R9s

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “[Review] OPPO R9s Tampil Pengecasan Pantas VOOC Pada RM1,798 di Malaysia

  1. uiii..dah banyak baca pasal Oppo R9S ni. harap bateri dia tak cepat panas dan cepat habis sudahlah..hehehe. tapi bab gambar memang hebat. kan? payung 1 gambar bro guna R9S ni..hehehee

    1. OPPO R9s lambat juga habis bateri, dah pakai sejak 5 hari lepas, baru tadi bro charge hahahah Lagipun jarang guna, just main game dan ambil gambar/video sahaja.

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *