Y.B Datuk Mas Ermieyati Rasmikan Majlis Pelancaran GT Dollar Di Malaysia

16,893,529 total views, 923 views today

Y.B Datuk Mas Ermieyati Rasmikan Majlis Pelancaran GT Dollar Di Malaysia

Majlis Pelancaran GT DollarMajlis Pelancaran GT Dollar Malaysia telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis itu disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang terkenal serta 3,000 pemimpin industri IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan ekosistem FinTech dinamik, membuka jalan untuk inovasi SMART seperti GT Dollar, menjadikan Malaysia satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.

Pada majlis ini, GT Dollar turut melancarkan produk terbaru mereka iaitu Aplikasi GT Dollar dan juga GT Robot. Sekaligus membawa kelainan kepada dunia teknologi di Malaysia sebagai permulaan tahun 2017.
GT Wonder Boy
Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan GT Dollar dilihat dapat membantu mempermudahkan gaya hidup rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar.

Ia merupakan “one-stop mobile e-commerce platform” yang bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang padu untuk pengguna dan peniaga dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasarannya.

GT Robot – Robot Humanoid

GT Robot - Robot HumanoidBagi melengkapkan usaha sama ini, GT Robot berteknologi tinggi dan inovatif di bawah GT Group, pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid.

Ia lebih dikenali sebagai GT Wonder Boy, yang mampu berinteraksi sebagai pembantu manusia.

Sebagai mengiktiraf usaha kemajuan, kerajaan Malaysia sedang merancang untuk memperuntukkan pelaburan di suatu kawasan sepanjang sempadan Negeri Sembilan – Melaka untuk pembuatan dan pemasangan sendiri kilang GT Robot, yang bernilai lebih kurang RM300 juta.

Pertumbuhan ini dianggarkan dapat menjana pendapatan untuk syarikat sebanyak lebih kurang USD 20 Billon (yang sama dengan 10 Juta Mobile Robot).

Ini dapat mewujudkan lebih 10,000 peluang kerja bagi penduduk tempatan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Kilang GT Robot akan menjadi yang pertama di Asia dengan pembuatan yang mesra alam dengan peralatan teknologi tinggi selepas China.

GT Dollar – Cara Bijak Untuk Berbelanja

Aplikasi GT DollarManakala GT Dollar menawarkan penyelesaian untuk gaya hidup anda yang sibuk dan kos sara hidup yang tinggi dengan e-wallet.

Ianya membolehkan para peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan memperolehi pelanggan baru.

Ianya juga membantu pengguna untuk meneroka dan mendapat manfaat daripada tawaran, diskaun dan promosi di peringkat global.

Ia juga dilihat dapat menghubungkan mereka dengan pengguna baru atau sedia ada dan mengekalkan program kesetiaan melalui pengagihan kredit maya (GTD).

Komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lokasi GPS- lancar dan platform tempahan mesra pengguna.

Anda juga boleh menikmati perkhidmatan yang lain dari membeli-belah dalam talian seperti pemindahan dana, pembayaran bil utiliti, masa siaran prabayar top-up, Rangkaian Chat Sosial (sehingga 20 orang dalam setiap kumpulan) dan lain-lain.

Aplikasi GT Dollar ini, boleh dimuat turun untuk pengguna Android & juga iOS.

Muat turun sekarang ke telefon pintar anda, dan anda akan dapat kredit percuma RM300 terus dalam akaun anda (Jangan jeles tengok jumlah kredit yang dikumpul oleh Bro)

Antara produk lain, keluaran Syarikat GT Group Of Companies  :-

GT Mobile
GT Mobile – Telefon pintar yang kini banyak digunakan oleh warga Singapura.

GT Wonder Boy - Robot Pintar

GT Wonder Boy – Robot sosial dengan fungsi seperti manusia, ditambah pula dengan kecerdasan emosi dan kebijaksanaan. Berfungsi sebagai pembantu manusia.

GT Watch
GT Smart Watch – Berfungsi untuk mengesan seseorang melalui aplikasi GPS dengan menggunakan jam tangan yang dipakaikan terutamanya untuk memantau anak-anak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gt Dollar, anda boleh layari www.gtdollar.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *