You are here
Home > Ucapan > Channel Les’ Copaque Cecah 1 Juta Pengikut, Terima Pengiktirafan Dari Youtube

Channel Les’ Copaque Cecah 1 Juta Pengikut, Terima Pengiktirafan Dari Youtube

Les' Copaque Terima Pengiktirafan Dari Pihak Youtube
Syarikat penerbitan animasi Upin & Ipin, Les’ Copaque Production menerima pengiktirafan dari YouTube bagi meraikan kejayaan Channel Les’ Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut di Youtube.

Pengiktirafan yang dikirim sebagai kejutan, yakni “Gold Play Button” dari YouTube ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les’ Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.

Pada pagi hari yang sama “Silver Play Button” juga diterima sebagai tanda penghargaan mencecah 100, 000 pengikut.

Channel Youtube Les’ Copaque


Dengan 1, 000, 000 pengikut itu sekaligus menjadikannya “Most Subscribed YouTube Channel” di Malaysia.

Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk “New Toys” telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini.

Video ini telah dimuat naik di saluran YouTube Les’ Copaque Production dan mendapat lebih 27 juta tontonan.

Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan dalam video “Top 16: Les’ Copaque Highlight Moments of 2016” yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017.

YouTube Channel Les’ Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat. Les’ Copaque telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012.

Ia mula bergiat aktif dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo yang hanya ditayangkan di platform Youtube.


Kini, Les’ Copaque Production mensasarkan “Diamond Play Button” yang memerlukan 10 juta pengikut.

Dengan kerjasama daripada peminat hasil karya syarikat ini seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri, DaDuDiDo dan banyak lagi, adalah tidak mustahil satu hari nanti ia akan dapat dikecapi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., anda boleh layari www.lescopaque.com

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top