March 29, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part – 48] Keluar Duit Sendiri Untuk Jadi Blogger Berjaya

Berapa ramai antara anda, sanggup keluarkan duit sendiri untuk menjadi blogger yang berjaya atau dikenali?

Artikle ini, merupakan Luahan Hati Seorang Blogger – Part 48 yang di ilhamkan oleh oleh saudara Afzal Sukasuki di laman facebook beliau. Agak tertarik dengan apa yang beliau sampaikan.

Dan apa yang beliau cuba sampaikan, ada benarnya.

Lebih-lebih lagi sepanjang Bro berblog dari tahun 2016 hingga kini, cukup untuk menyokong kenyataan beliau. Cuma, blogger dedulu tak sama macam blogger sekarang.

Buat blog hari ini, esok dah nganga tunggu orang suapkan (You know what i meant).

Dari beberapa point yang disampaikan oleh saudara Afzal Sukasuki, Bro akan kembangkan dan cerita dengan lebih terperinci. Harap ianya mudah dihadam oleh anda semua ;)

Nak Jadi Blogger Makanan (Food Blogger) Yang Berjaya?

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Nak jadi blogger makanan (food blogger), bukan takat perlu mempunyai perut yang besar, bahkan perlu tahu membezakan setiap rasa yang dihasilkan melalui cara penyediaan / masakan yang berbeza.

Tak dinafikan, ramai blogger nak jadi food blogger sebab dapat makan free. Itu kelebihannya selain lemak berlebihan yang bakal muncul pada diri anda.

Untuk jadi food blogger yang berjaya, anda perlu nutural dan boleh menerima apa jua jenis masakan yang disajikan. Kalau korang kenal seseorang yang kaki makan, semua benda yang ada depan mata dia akan bedal (tolak batu dengan kayu sahaja). Itu sifat nutural yang perlu ada.

Jika tiada, terimalah seadaannya.

Tetapi bila tak kena dengan tekak sendiri, elakkan dari mengomel dan bagi pandangan berbau negatif seperti anda ini seorang hakim dalam rancangan Masterchef (Dah banyak blogger yang Bro nampak bajet macam ini bila bercakap dengan Chef yang menyajikan hidangan itu).

Kena ingat, tekak kita tak sama dengan tekak orang lain.

Sedap pada orang lain, belum tentu sedap pada diri kita, dan sedap pada diri kita, belum tentu sedap pada orang lain. Be Natural.

Untuk permulaan, keluar duit sendiri, pilih mana-mana tempat yang anda teringin nak makan / kongsikan dalam blog anda. Datang makan, dan pilih mana satu hidangan yang berkenan di hati anda.

Kena ingat, setiap kedai ada hidangan istimewanya sendiri (signature dish).

Selalunya hidangan istimewa ini yang akan ditekankan dalam blogpost anda (Bro buat macam ini). Jika ada hidangan lain yang kurang ‘kick’ anda boleh undershadow ia dengan hidangan istimewa ini atau cara yang lebih baik, jangan diceritakan dalam blog.

Nampak macam menipu?

Siapa cakap menipu, jika anda hanya tekankan hidangan yang sememangnya sedap di kedai/restaurant/cafe itu dalam blog anda. Sekiranya ada pembaca blog anda komen cakap hidangan yang dia order tak sedap dan hidangan itu anda tidak nyatakan dalam blogpost anda. Anda boleh anggap dorang ini sekadar “lalat yang sedang melalat” di blog anda.

Kenapa?

Mereka kadangkala tak boleh nak gunakan akal fikiran yang waras untuk mempertimbangkan beberapa perkara, yakni :-

  • Perbezaan – ‘Hidangan dengan nama yang sama’ tak semestinya 100% sama dengan hidangan di kedai yang lain. Contoh, Nasi Ayam.
  • Darjat – Hidangan bernilai RM4.50, boleh jadi RM9.90 bergantung pada darjat sesebuah kedai makan itu.
  • Taraf Pendidikan – Hidangan yang disediakan dari orang yang dah lama memasak mungkin berbeza banyak dengan orang yang habis berpuluh ribu untuk belajar diploma/ijazah sehingga bergelar Chef.
  • Bahan yang digunakan – Rasa dan nilai bahan yang segar berbeza dengan bahan yang kurang segar.
  • Korang fikirlah sendiri.

Kalau korang lulus dengan perkara basic ini, anda dah boleh iktirafkan diri anda sebagai food blogger. Jika anda tidak berani nak review masakan orang lain, anda boleh mulakan dengan masakan anda sendiri he…23x

Selamat mencuba.

BACA : Murah & Halal di Pak John Steamboat & BBQ Serendah RM29.90.

Nak Jadi Travel Blogger Yang Berjaya?

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia

Ini juga merupakan kategori yang ramai sangat orang nak jadi – Travel Blogger.

Tapi ramai juga yang berharap dapat tajaan untuk travel secara percuma. Lagi-lagi jika keluar negara. Siapa tak nak kan, Bro sendiri pun nak walaupun risau dengan tindakan PTPTN yang mem’blacklist secara harian’ (Apa-apa boleh terjadi dalam tempoh 7 hari sebelum anda berlepas).

Untuk permulaan,

Anda belajar buat review percutian / pelancongan anda sendiri. Yup, keluar bajet sendiri. Tak perlu pergi jejauh, dekat-dekat pun boleh. Tak de salahnya.

Nak malu kenapa?

Kena ingat, pembaca blog anda bukan sekadar makcik kepoh duduk sebelah rumah. Bahkan pembacaan anda mungkin dari seluruh dunia. Siapa tahu, anda boleh jadi “Duta Kecil Pelancongan” di tempat anda sendiri.

Kadangkala kita terlalu teruja promosikan tempat orang lain (kadangkala luar negara), sedangkan benda depan mata kita, tak pernah kita perkenalkan pada dunia luar.

Maka dekat situ, anda kekurangan satu ciri yang sepatutnya ada dalam diri seorang Travel Blogger.

Sekiranya anda ketempat orang lain, belajar dan cuba fahami kehidupan mereka disana. Tak semua tempat yang orang kata best/menarik adalah tempat yang terbaik. Kadangkala ianya hanya 10% dari realiti sebenar.

Ada rakan-rakan blogger pernah jadi mangsa ragut, pencopet, penipuan, gangguan seks / agama ketika berada di negara yang terkenal dengan sektor perlancongan bertaraf tinggi.

Betul kan…..

Berkenaan dengan travel menggunakan bajet sendiri.

Ada beberapa orang blogger yang Bro kenali, boleh dikatakan kandungan blognya berkaitan 90% melancong menggunakan duit dia sendiri. Selebihnya tajaan syarikat dia kerja ataupun 3rd party.

Dan blog mereka memang seronok dibaca. Sebab apa?

Sebab apa yang mereka tulis berdasarkan pengalaman sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pihak yang inginkan service atau produk mereka ditekankan dalam artikle blog itu.

Senang cerita, penulisan yang mempunyai jiwa.

Begitu juga dengan jiwa mereka yang kentai sanggup bersengkang mata mendapatkan tiket flight yang murah ditawarkan oleh syarikat penerbangan he…23x

Tidak lupa juga mereka yang membawa jiwa lara bercuti sambil mencari ketenangan dalam hidup yang berserabut.

Bro akui, salah satu penulisan Bro pada tahun 2013 masih mendapat bacaan tertinggi setiap bulan di blog Bro. Yang menariknya, menjadi rujukan pada mereka yang ingin datang ke sana (bro perasan dari jumlah komen / email yang diterima).

Sebagai Travel Blogger, anda perlu terapkan perkara seperti ini dalam diri anda :-

  • Pengurusan Cuti – Part ini, anda kena selalu rajin check kalender Kuda (u know what i meant?)
  • Nilai Ringgit – Bersiap sedia dengan keadaan mata wang yang tidak menentu. Elakkan buat pertukaran mata wang last minute dan kenal pasti lokasi petukaran mata wang dengan nilai rendah (Kalau dekat airport, lebih mahal dari tempat lain)
  • Elak Bawa Masalah – Bawa kerja / tinggalkan kerja yang tak siap. Off handphone, tiada orang tahu anda bercuti dimana, buat maksiat, terlupa bawa sijil nikah dan sebagainya.
  • Study Sebelum Bertolak – Pastikan lokasi untuk dapatkan makanan halal, bekalan makanan yang perlu dibawa, plug soket (setiap negara menggunakan soket yang berbeza) dan lokasi yang wajib dilawati mengikut arah perjalanan anda (supaya anda tidak berpusing di tempat yang sama)
  • Semak (Checking) – Buat semakan sebelum bertolak, pastikan tiada dadah terselit dalam bagasi anda, tarikh mati passport (seeloknya 6 bulan sebelum mati, dah kena renew), masa dan tarikh pada tiket pergi balik (Ada member terlepas sebab salah tengok masa dan tarikh)
  • Korang fikirlah sendiri.

Kalau korang lulus dengan perkara basic ini, anda dah boleh iktirafkan diri anda sebagai travel blogger.

Selamat mencuba.

Nak Jadi Blogger Teknologi (Tech Blogger) Yang Berjaya?

Honor 8 with Bro Framestone

Ini juga, part yang amat disukai oleh sesetengah blogger – Tech Blogger lebih-lebih lagi bila dapat gajet percuma.

Alhamdulillah, rezeki Bro sepanjang berblog, ada menerima gajet sebagai pertukaran dengan artikle di blog, ada juga sebab menang contest yang dianjurkan.

Untuk permulaan, Bro memang tulis review gajet yang Bro beli sendiri, hingga kini masih Bro amalkan, cuma Bro selitkan dengan iklan dari Lazada.

Untung sambut timbul, untung bila ada sale melekat.

Part Tech Blogger ini, Bro tak pandai nak berbicara panjang lebar seperti topik yang dinyatakan diatas.

Lagipun bukan sesuatu yang mudah untuk menulis artikle mengenai teknologi berkaitan dengan gajet terutamnya jika melibatkan penggunaan tatabahasa yang betul.

Sebab itu kandungan dalam Portal Teknologi Amanz.my terjaga dan dipantau dengan menggunakan khidmat nasihat wakil dari Dewan Pustaka & Bahasa.

Kalau setakat nak tulis dalam bahasa English, mungkin tiada masalah.

Oleh itu, sebagai Tech Blogger, anda perlu terapkan perkara seperti ini dalam diri anda :-

  • Up To Date – Selalu mengikuti perkembangan semasa. Perkembangan teknologi begitu pantas, hampir setiap bulan ada sahaja benda yang baru ditawarkan dipasaran.
  • Bersifat Nutural – Penulisan tidak terlalu bias (kecuali post dibayar), sebab kita mungkin akan cenderung pada jenama atau menimbulkan perbalahan dikalangan peminat jenama tertentu.
  • Bijak Mencadang – Tau bagaimana membahagikan cadangan atas permintaan pembaca berdasarkan harga, spesifikasi, jenama dan kelebihan.
  • Korang fikirlah sendiri.

Kalau korang lulus dengan perkara basic ini, anda dah boleh iktirafkan diri anda sebagai tech blogger. Jika tiada gajet untuk anda review, try review gajet kenkawan, apa salahnya.

Nak Jadi Lifestyle Blogger (Blogger Gaya Hidup) Yang Berjaya?

Part ini, paling kurang gemar Bro nak terangkan.

Lifestyle Blogger selalu dikaitkan dengan blog personal (blog peribadi) yang membicarakan tentang kehidupan si penulis. Malangnya, banyak blog yang melebelkan ianya blog personal menceritakan tentang artis, kehidupan viral orang lain dan hal-hal semasa sebiji macam baca surat khabar.

Sorry to say, bukan Bro sorang je rasa macam tue.

Maka, sejauh mana korang boleh labelkan bahawa blog korang itu adalah Lifestyle Blog? Ke blog carca marba, dok tulis pasal sipnosis drama dekat tv, then tayang trafik blog berjuta-juta?

Bro ada kenali beberapa blogger yang boleh dianggap sebagai Lifestyle Blogger. Artikle dalam blog dia, semua pasal kehidupan dia – family, hobby, aktiviti.

Yang menariknya, artikle blog dia mendapat beratus ribu view dan menjadi inspirasi kepada pembaca blognya. Sedikit pun tak de cerita pasal dia ditawarkan produk review, atau dibayar untuk hadiri mana-mana event.

Semuanya berbentuk nutural, seperti apa yang dia buat adalah benda rutin dan pembaca selesa denganya.

Untuk permulaan,

Perlu juga keluarkan duit walaupun tiada kaitan dengan blog, sebab ianya termaktub dalam gaya hidup anda. Cuma anda optimumkan pengeluarkan duit untuk diri anda dalam masa yang sama dijadikan bahan cerita untuk dalam blog.

Bro sendiri mencuba cara ini, alhamdulillah berkesan. Cuma nak kekalkan momentum agak sukar, bila penulisan asik diselang seli dengan iklan berbayar he…23x

Sebagai Lifestyle Blogger, anda perlu terapkan perkara seperti ini dalam penulisan blog anda :-

  • Personal Touch – Penulisan anda perlu ada sentuhan yang tersendiri untuk memukau pembaca blog anda sehingga mereka ingin dan ingin membaca blog anda lagi.
  • Berinspirasi – Artikle yang ditaip bukannya cakap-cakap kosong atau syok sendiri, tetapi lebih kepada perkongsikan berinspirasi dari gaya hidup kita sendiri.
  • Roll Model – Kebarangkalian untuk menjadi roll model lebih tinggi terhadap pembaca blog kita. Sebab itu ramai yang menjadikan beberapa orang lifestyle blogger sebagai idola mereka.
  • Kandungan Tulen – Apa yang dikongsikan adalah tulen dan lebih jitu, melalui perkongsian dari hati nurani. Bukan di copy paste atau diada-adakan.
  • Be Like Angle – Elakkan menulis sesuatu yang negatif pasal diri sendiri atau orang lain.
  • Korang fikirlah sendiri.

Kalau korang lulus dengan perkara basic ini, anda dah boleh iktirafkan diri anda sebagai Lifestyle Blogger. Kalau terasa malu nak tulis pasal diri sendiri, korang tulis pasal kucing korang. Yup, pastikan kucing korang.

Nanti dia popular, korang boleh tumpang sekali, macam si Jepp.

Nak Jadi Parenting Blogger Yang Berjaya?

Keluarga Bro Framestone

Bercakap pasal parenting blogger ini, ramai sebenarnya yang ingin menjadi parent, tak kisah secara halal atau tidak he…23x (U know what i meant)

Tapi kalau ikutkan, lebih besar risiko yang perlu dihadapi dan dipertimbangkan jika ingin menjadi parenting blogger.

Sebab tak semua benda yang kita kongsikan sesuai untuk diadaptasi oleh parent yang lain. Setiap keluarga, yakni anak punyai cara yang berbeza untuk membesarkan mereka.

Elakkan membandingkan anak kita dengan anak orang lain.

Maklumat yang dikongsikan pula tidak boleh terlalu detail sehingga mendatangkan ancaman kepada anak anda. Sebab sekarang, penculik dan pendofil (si gila seks terhadap kanak-kanak), semakin berluasa.

Gambar anak yang dikongsikan juga perlu melalui beberapa tapisan / pertimbangan.

Risau silap hari bulan, dapat menantu dari pembaca Blog (Bro pernah hampir-hampir jadi menantu pada rakan blogger sendiri, jangan tanya siapa).

Dan nak jadi parenting blogger, memerlukan anda keluarkan kos lebih tinggi berbanding yang lain. Jangan kata jadi parenting blogger, jadi parent pun perlukan anda keluarkan kos – untuk lampin, susu etc.

Nak jadi parenting blogger juga memerlukan anda mempunyai anak.

Nak dapatkan anak, anda tetap perlu keluarkan dan laburkan ‘duit’. Bergantung pada rezeki, kalau mengena, bercambah la dia, jika tidak, usahalah lagi, jangan mengalah ;)

Penafian : Duit = Money (sebutannya berbunyi macam mani) <~ sekiranya anda tidak faham apa yang ingin Bro sampaikan.

Tetapi ramai yang mengaku mereka Parenting Blogger, tapi dalam blog tak pernah cerita pasal keluarga dia, anak dia etc. Anda berkahwin, punyai anak belum tentu anda layak digelar sebagai Parenting Blogger jika blog sendiri menafikan hak anda.

Sebagai Parenting Blogger, anda perlu terapkan perkara seperti ini dalam penulisan blog anda :-

  • Bertanggungjawab – Apa yang ada tulis atau kongsikan, risikonya adalah dibawah tanggungjawab anda.
  • Jaga Maruah – Jaga maruah keluarga sama ada melalui tulisan atau gambar yang ingin dikongsikan. Risau nanti memberi kesan kurang baik kepada perkembangan si anak. Kalau jadi retis or roll model, tak pe juga, ada can jadi duta produk.
  • Jaga Pengaruh – Pengaruh sebagai parenting blogger lagi kuat berbanding travel / lifestyle blogger. Kata-kata anda, akan dijadikan rujukan / dipandang secara serius oleh setengah ibu bapa yang inginkan yang terbaik buat anak mereka. Ingat tu..!!
  • Jangan Over – Elakkan sifat terlalu show off keluarga anda dalam blog. Bukan takat anak anda berhadapan dengan penculik atau pendofil. Silap hari bulan, anda bermadukan pembaca blog anda sendiri (U know what i meant)
  • Korang fikirlah sendiri.

Kalau korang lulus dengan perkara basic ini, anda dah boleh iktirafkan diri anda sebagai Parenting Blogger.

Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai suami/isteri atau anak. Anda boleh mulakan dengan menulis tentang keluarga anda dan pinjam anak sedara jadi bahan ujikaji. Nanti dah ada anak sendiri, xde la kekok sangat.

Jangan pula anda pinjam suami/isteri orang lain untuk dijadikan bahan ujikaji.

Selamat mencuba.

Bicara Bro : Jangan kata jadi Blogger, nak jadi apa-apa pun kita tetap kena keluarkan duit. Tak pernah orang buat duit juta-juta, tapi tak pernah keluarkan duit langsung.

Sekurang-kurangnya secawan teh tarik sewaktu lepak Mamak, sambil menyakinkan prospek MLM anda he…23x (U know what i meant).

Jika, anda punyai duit, laburkan.

Jika anda seorang blogger dan inginkan lebih income dari blog atau social media yang anda ada. Laburkan…!! Pulangannya anda akan dapat pada kemudian hari.

Jika anda rasa ingin tingkatkan pengaruh di Instagram Korang? PM Bro di Facebook.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

28 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part – 48] Keluar Duit Sendiri Untuk Jadi Blogger Berjaya

  1. Wah panjangnya. Tapi terima kasih sebab perincikan lagi. Betul macam bro katakan. Food @ travel blogger lagi susah kalau nak dibanding dengan niche lain. Kena ada perincian dan details. Kalau makanan, kena tau asal usul, bahan masakan, sedap atau tak. Macam tu gak travel blogger, kena bagitau travel cost, tempat menarik dan chalet termurah sebagai contoh sebagai rujukan pembaca

  2. Seronok pula baca entri panjang-panjang macam ni…tak sedar dah baca sampai habis…ada sambungan lagi ni…akan menunggu…

    Semua niche ni saya pernah tulis dalam blog masa aktif dulu…sekarang macam nak aktif semula…betul la macam bro katakan…bukan sehari buat blog, esok dah nganga tunggu orang suapkan…(I know exactly what you mean)…perlukan masa dan mungkin kena melabur guna duit sendiri pada awalnya…baru akan berjaya…hehe

  3. Wahhhh gigih baca sampai habis. tapi betul tu semua. blog dulu lain dgn skrg. apa pun info ni sangat berguna… bukan hr ni buat blog trus nganga. tapi ye la ada rezeki masing2. yang penting rajin dan kreatif.. ermmm semangat plak nk buat. mohon share ye.

  4. ok..nak tanya..macam ada kekeliruan dekat situ.

    i) sepanjang Bro berblog dari tahun 2016
    ii) Bro akui, salah satu penulisan Bro pada tahun 2013

    aaa..Bro start menulis bila ya? hehehe.

  5. Alamak tak sangka boleh habis baca entri panjang begini.
    Apa yang bro kongsikan ada kebenarannya.
    Cari identiti yang ingin diketengahkan di blog masing-masing kemudian berusaha merealisasikan ia dengan sedikit pelaburan demi mendapat keuntungan di kemudian hari.

  6. tu belum lagi blog viral.

    jangan jadi mamat sorang tu sudahlah.

    p/s: yeop sentiasa menjadikan blog yeop sebagai blog berbahasa Melayu yang boleh diterjemahkan ke pelbagai bahasa hanya menggunakan Google Translate.

    lagi satu, yeop jadikan blog yeop sebagai petunjuk prestasi (KPI) rakan-rakan yang mahu memohon bantuan berkaitan WordPress dari yeop.

    besar impian kan? huhu

  7. Artikel yang panjang tapi berbaloi untuk baca.. Dapat idea dan rujukan untuk kembali jadi Blogger dengan niche yang lebih fokus…

    Ismiqbal: Parenting, lifestyle Food Blogger tahap 1…

  8. Tak tahu kenapa..pedas tapi sedap di mamah artikel ni hehe..saya sendiri banyak melabur termasuk dalam pelaburan ilmu dan lain-lain..

    walaupun blog saya tu boleh dikatakan blog rojak dan tak pernah dapat sponsor mane-mane lagi, tapi rasa berbaloi dapat belajar sesuatu yang baru..

  9. Memang bukan mudah nak berjaya ni… Sangat setuju paragraph yg mengatakan blogger hari ini nak semuanya disuap. Bila tak bagi, sentap.. Hahaha… Mereka ni berblogging sekarang bukan kerana minat dah..

  10. Kami baca post ni pada 14 Feb 2022. Dari pengalaman sebagai tech blogger kami sendiri akui hal ini. Nak jadi blogger berjaya dalam niche teknologi kena rajin membaca, laju menaip dan kena online selalu untuk keep up to date dengan perkembangan teknologi semasa.

Leave a Reply to Ezad Skytech Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *