You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Kediaman Mewah Dato’ Aliff Syukri Kini Dijual Kepada Pemilik Nur Sajat

Kediaman Mewah Dato’ Aliff Syukri Kini Dijual Kepada Pemilik Nur Sajat

Kediaman Dato' Aliff Syukri Dijual
Banglo mewah milik Dato’ Aliff Syukri kini telah dijual kepada pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd.

Dato’ Aliff Syukri turut mengumumkan berkenaan pembelian tersebut oleh Nur Sajat tanpa menyatakan nilai tunai dalam laman Instagram miliknya hari ini.

5 tahun kediaman ini didiami dan mempunyai banyak kenangan bagi beliau sekeluarga, kini telah berpindah tangan.

Korang rasa, berapa Dato’ Aliff Syukri jual kepada Nur Sajat?

Siapa Sebenarnya Pemilik Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd?

Pengasas Produk Let's Cantik by Nur Sajat
Kehidupan gadis ini tidak bermula dengan emas permata. Membesar dalam didikan sempurna oleh kedua ibu bapanya yang hanya merupakan peniaga di tapak pasar malam, Nur Sajat bertekad ingin mengubah nasib keluarganya ketika itu.

Fizikal Nur Sajat menjadi bahan tawa, namun dorongan ibunya menjadi sumber kekuatan untuk gadis ini terus bertahan dan mencapai impiannya.

Menerusi laman Instagram miliknya @nursajat02, beliau turut berkongsi suka duka kehidupannya yang rumit berbanding orang lain.

Dihentam dengan tohmahan sehingga hari ini, Nur Sajat bangkit menerima qada & qadar Tuhan selepas terlantar dalam kemalangan. Berbekalkan modal cuma RM500 di ibu kota Kuala Lumpur, gadis ini mula membina empayar jenamanya sendiri tanpa menoleh ke belakang.
Produk Let's Cantik by NURSAJAT
Jenama kosmetik Let’s Cantik by Nur Sajat merupakan langkah pertama beliau berkecimpung dalam industri perniagaan bermula pada 2015. Penat lelah selama 2 tahun akhirnya menjadikan gadis ini antara JUTAWAN MUDA di Malaysia hari ini.

Nyata strategi pemasaran viral berbekalkan modal wang saku RM500 membuahkan hasil.

Nur Sajat kini turut memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam.

Seminar Bicara Usahawan Bersama Nursajat

Seminar Bicara Usahawan Bersama Nur Sajat
Berbekalkan pengalaman perniagaan sukses, Nur Sajat hari ini mengumumkan penganjuran SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT di seluruh negara bermula Mac 2017.

Seminar dengan yuran terendah hanya RM50 ini bertujuan membentuk usahawan baharu dan berkongsi tips pemasaran efektif untuk yang mahu menjana sumber pendapatan menerusi cabang perniagaan.

Jadual Seminar :-

  1. Hotel Tropicana Inn, Johor Bahru (Sabtu) 04 Mac 2017 10 pagi – 2 petang
  2. Melaka / Negeri Sembilan (Seremban) (Sabtu) 25 Mac 2017 10 pagi – 2 petang
  3. Kuantan / Terengganu (Sabtu) 08 April 2017 10 pagi – 2 petang
  4. Kelantan (Sabtu) 29 April 2017 10 pagi – 2 petang
  5. Perak (Sabtu) 06 Mei 2017 10 pagi – 2 petang
  6. Kedah / Pulau Pinang (Sabtu) 20 Mei 2017 10 pagi – 2 petang
  7. Kuala Lumpur / Selangor (Sabtu) 29 Jun 2017 10 pagi – 2 petang
  8. Sabah (Sabtu) 08 Julai 2017 10 pagi – 2 petang
  9. Sarawak (Ahad) 09 Julai 2017 10 pagi – 2 petang

Terhad kepada 50 peserta terawal, mereka yang berminat hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM50.00 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD: 2122-73000- 5272-1 dan mendaftar nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon ke Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217.

Ikuti laman Instagram @nursajat02 untuk maklumat lanjut serta perkembangan semasa mengenai lokasi terkini seminar di setiap negeri.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

2 thoughts on “Kediaman Mewah Dato’ Aliff Syukri Kini Dijual Kepada Pemilik Nur Sajat

  1. hebat jugak sajat ni kan. memang banyak cerita pasal dia. tak usah pandang yang negatif tu la. tengok pada yang positif. dah berjaya dalam perniagaan dan berjaya beli rumah dato aliff. mahal tu..adeh..

    di kocok kocok.. di kocok kocok..

    hahaha

Leave a Reply

Top