March 29, 2024

GT-888 Peranti Terkini GT Mobile Kini Boleh Didapati di Malaysia

GT Mobile
GT Mobile, salah satu syarikat milik GT Group Of Companies telah memperkenalkan telefon pintar mereka sewaktu Majlis Pelancaran GT Dollar (yang juga merupakan salah satu produk mereka) tempoh hari.

Ketika itu mereka memperkenalkan GT-866 dan juga GT-888 dijual pada harga SGD 258 dan SGD 368.

Mesti anda tertanya-tanya dan mungkin tidak pernah dengar atau ketahui tentang telefon pintar berjenama ini.

Untuk pengetahuan anda, jenama ini amatlah terkenal di Singapura kerana ianya dicipta dan dihasilkan di sana. Dengan mengambil kira pelbagai faktor, akhirnya GT Mobile mengambil langkah untuk memasuki pasaran Malaysia ini.

Telefon Pintar GT Mobile GT-888

Telefon Pintar GT Mobile GT-888
GT-888 Peranti terkini dari GT Mobile ini, menggunakan operasi sistem Android Lollipop 5.1.

Ia dikuasakan oleh pemprosesan 64bit Quad core 1.0GHz, hadir dengan 2GB RAM & 16GB ROM dengan paparan skrin 5.5 inchi.

Kamera hadapan 5MP, manakala kamera belakang pula 8MP.

GT-888 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Metal Grey dan Silk White.

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar ini, anda boleh layari laman web GT Mobile – www.gtmobile.sg

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “GT-888 Peranti Terkini GT Mobile Kini Boleh Didapati di Malaysia

  1. kena ada selalu kat tv, baru ramai orang akan ingat..ni nanti jadi macam phone yg banyak macam Leagoo ke,apa tah nama brand keluaran Malaysia tu..ilang dah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *