Tukar Kad MyDebit Melalui Maybank2U Secara PERCUMA

16,900,821 total views, 378 views today

Tukar Kad MyDebit Melalui Maybank2U Secara PERCUMA

Tukar Kad MyDebit melalui Maybank2U
Bagi sesiapa yang belum menukar kad debit Maybank kepada kad terbaru, baik tukarnya sebelum 18 Disember 2016 bagi mengelakkan kesulitan.

Anda boleh tukar kad MyDebit Maybank secara atas talian melalui Maybank2U secara PERCUMA.

Bro dah buat beberapa minggu lepas, itupun sebab ada rakan yang sarangkan Bro buat secara atas talian.

Kalau pergi ke bank atau kiosk, akan mengambil masa kecuali jika Bro punyai banyak masa untuk menunggu. Tapi memang idak la, nak keluar rumah kejab pun sukar sekarang nie.

Selamat boleh dibuat secara atas talian (Online)

Anda kini boleh dapatkan kad MyDebit Maybank yang dihantar terus kepada anda tanpa sebarang cas dikenakan melalui Maybank2u dengan hanya mengikuti beberapa langkah mudah :

  • Log masuk ke www,Maybank2u.com.my
  • Klik pada “Card Management”
  • Klik pula pada “ATM/Debit Card”
  • Sahkan alamat anda dan setuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.
  • Ikuti arahan selanjutnya.

Selepas pengesahan berjaya, Kad MyDebit terbaru anda akan dihantar kepada anda secara PERCUMA dalam tempoh 21 hari bekerja.

Cara Untuk Aktifkan Kad MyDebit

Tukar Kad MyDebit melalui Maybank2U

Selepas anda menerima kad MyDebit yang terbaru, anda dikehendaki mengaktifkan kad tersebut sebelum menggunakannya (secara automatik, kad yang lama pula tidak dapat digunakan).

Anda hanya perlu log masuk www,Maybank2u.com.my.

Pilih tab “Card Management”, kemudian pilih kad untuk diaktifkan dengan klik “Aktivate Now”. Mudah bukan?

Atau anda boleh aktifkan melalui ATM dengan cara begini :

Masukkan Kad > Pilih Bahasa > Masukan PIN (guna pin yang terdahulu) > Pilih “Lain-Lain Urusniaga” > “Lain-Lain Perkhidmatan” > “Pengaktifan Kad”.

Tukar Kad MyDebit melalui Maybank2U

Peringatan : Sila aktifkan kad MyDebit anda dalam tempoh masa 90 hari dari tarikh kad dikeluarkan.

Kenapa Perlu Bertukar Kepada Kad MyDebit Terbaru?

Mulai Mac 2016, semua Kad Maybank akan digantikan dengan Kad PIN secara berperingkat.

PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) ialah kod rahsia 6-digit yang diberikan kepada pemegang kad atau dipilih oleh pemegang kad untuk membuktikan bahawa mereka adalah pemilik sah kad pembayaran tersebut.

Ini adalah langkah keselamatan untuk seluruh industri yang akan berkuat kuasa mulai Januari 2017. PIN adalah lebih selamat kerana ia boleh mengelakkan penipuan atas kehilangan atau kecurian kad.

Penggunaan PIN dapat memastikan lapisan keselamatan tambahan untuk pengesahan serta perlindungan ke atas pelanggan terjamin.

Apa anda tunggu lagi. Tukarlah sekarang bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada tahun hadapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *