Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya #Projek2017 yang Bro jalankan sehingga diperkatakan di kalangan blogger?

Sebenarnya #Projek2017 terbahagi kepada beberapa fasa. Untuk permulaan ini, Bro tengah mencari mereka yang berani untuk bercakap di depan kamera.

Kenapa?

Sebab Bro nak create komuniti vlogger dari kalangan blogger.

Market sekarang ini, sanggup spend lebih duit untuk kandungan dalam bentuk video berbanding dalam bentuk bertulis. Perkara ini, Bro tidak dapat dinafikan bila beberapa kali ditawarkan untuk buat projek dalam bentuk video atas permintaan klient.

Dan bayaran yang Bro terima, lebih kurang sama dengan nilai dengan artikle yang Bro karang sebagai advertorial.

Perkasa Industri Penulisan Digital Melalui Forum Bloggers Sempena Ekspo Buku Malaysia 2016

Baru-baru ini, sewaktu Forum Blogger sempena Ekspo Buku Malaysia 2016.

Ada panel yang menekankan bahawa kita sebagai blogger perlu berkembang. Bukannya hanya berada ditaraf yang sama sepanjang masa.

Bro sendiri akui kebenarannya setelah sedekad berblog.

Ramai yang nak jadi vlogger, tetapi tak berani. Yup, tak berani. Tak berani nak tunjuk muka. Tak berani nak bercakap depan kamera.

Sebenarnya, tak pasti sebab tak berani atau malu.

Ketahuilah mereka yang kurang malu ketika bercakap di depan kamera sehingga menjadi viral (video yang elok-elok sahaja). Kini mampu menjana pendapatan hingga 5 angka sebulan.

Ada juga yang ditawarkan berlakon atau terlibat dalam iklan komersial.

So sampai bila korang nak berada di taraf yang sama sebagai seorang blogger. Bro tak cakap korang kena berhenti berblog / tutup blog. Tetapi memperkayakan kualiti yang sedia ada pada korang sebagai seorang blogger.

Mana tahu, sampai masanya untuk anda digelar sebagai retis. Baru Blog Retis ada banyak cerita pasal korang.

Sampai bila kita perlu berada ditahap yang sama?

****

Video taken using Huawei P9 Lite (kamera hadapan)