You are here
Home > Travel Blog > Ekspedisi Jelajah Tasik Banding Dengan Menaiki Bot

17,411,846 total views, 241 views today

Ekspedisi Jelajah Tasik Banding Dengan Menaiki Bot


Sewaktu menginap di Belum Rainforest Resort, Bro berkesempatan menyertai ekspedisi menjelajah Tasik Banding dengan menaiki bot.

Terdapat pakej untuk full day trip atau half day trip (Bro pilih half day, itu pun dah terlentang kepenatan).

Tasik Banding / Tasik Temenggor iaitu Empangan Temenggor terletak di Lebuh Raya Timur Barat yang menghubungkan antara negeri Perak dengan Jeli di Kelantan.

Jarak perjalanan ke sini lebih kurang 4 jam dari Ibu Kota Kuala Lumpur.

Full day trip merangkumi pakej memasuki kawasan Royal Belum (Perlukan permit untuk masuk ke sini, dan ia perlu di apply 2 minggu sebelum trip berlangsung). Sekiranya anda teringin untuk menjejak kaki dalam kawasan Royal Belum, pastikan anda telah membuat tempahan awal.

Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort

Tasik Banding (atau lebih dikenali sebagai Tasik Temenggor) mempunyai keluasan 152 km persegi merupakan tasik buatan melalui pembinaan empangan pada tahun 1970 dan siap 1974. .

Secara tidak langsung menjadi kediaman ikan yang bernilai tinggi seperti ikan Kelah, Temoleh, Baung, Kelabau, Tengas, Loma, Tengalan, Sebarau dan Lampam.

Belum Rainforest Resort
Terdapat beberapa perhentian sepanjang perjalanan ini.

Anda mungkin berpeluang melihat bunga terbesar di dunia, yakni Rafflesia. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat menyaksikan ianya berkembang (tempoh jangka masanya berkembang ; 5-7 hari).

Nasib Bro kurang baik, hanya dapat melihat putiknya sahaja. Dijangka akan berkembang dalam temph 3-5 bulan lagi.

Selain bunga Rafflesia, ramai pengunjung teringin menyaksikan haiwan liar seperti gajah yang turut hidup dihutan ini. Sekiranya anda bernasib baik, pasti akan bertembung dengan sekumpulan gajah.

Jika tidak, sekadar tahi gajah pun jadi la.

Selalunya, gajah tidak akan berada di lokasi yang sama. Mereka akan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, kemudian akan kembali ke lokasi yang sebelumnya.

Belum Rainforest Resort
Untuk pengetahuan anda,

Di sini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus, antaranya seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau.

Kebanyakan berusia ratusan tahun.

Kami telah mengelilingi Tasik sehingga sampai ke pintu empangan dan juga melihat beberapa perkampungan orang asli. Teruja kami dengan keindahakan sepanjang perjalananan kami.

Sekiranya anda berminat untuk bercuti ataupun membawa diri jauh kesesakan ibu kota / dekati diri dengan flora & fauna, anda boleh datang ke :-

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding, 33200 Gerik, Perak, Malaysia

Phone: +60 5-791 6800
Fax : +60 5-791 7600

Email : info@belumresort.com
Website : www.belumrainforestresort.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Ekspedisi Jelajah Tasik Banding Dengan Menaiki Bot

Leave a Reply

Top