Melayu Perlu Sama-Sama Naik Untuk Berjaya.
Barisan Panel Jemputan bagi Forum Bloggers – Cabaran Online & Pembangunan Buku yang berlangsung semalam.

Forum ini diadakan bersempena Ekspo Buku Malaysia 2016 yang sedang berlangsung di PWTC sepanjang minggu ini anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Bro tak sangka dapat duduk bersama seorang blogger yang telah 2x keluarkan buku sendiri dalam Bahasa Inggeris dan dijual di MPH, seorang blogger yang persis Nora Danish dan juga blogger berpengaruh yang banyak melahirkan usahawan melalui penulisan beliau.

Nanti, Bro ceritakan dengan lebih detail tentang apa yang kami bualkan sewaktu forum ini.

Forum Blogger - Yayasan Pembangunan Buku Negara

Buat masa ini, Bro ingin mengucapkan tahniah pada rakan blogger, Khir Khalid yang cuba mengetengahkan Blogger ke hadapan dengan mengadakan program seperti ini.

Beliau sendiri ada matlamat untuk membantu rakan blogger dengan memberi peluang dan ruang untuk perkembangankan kebolehan seseorang blogger untuk meletak diri mereka lebih kehadapan.

Bukan senang nak tengok bangsa melayu, nak membantu bangsa sendiri berjaya dan lebih berjaya.

Nak tengok bangsa melayu berjaya, senang je.

Kita naik sama-sama.

Itu je ..

Tapi benda senang inilah yang paling susah nak dibuat. Kenapa susah?” – Bro Framestone ~ Dis 2016

Bicara Bro : Tinggal beberapa hari lagi 2016 bakal melabuhkan tirai. Sudah bersediakah anda untuk 2017?