April 20, 2024

Berjaya Tarik 3.7 Juta Pengunjung Datang ke MAHA 2016


Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) edisi kali ini telah berjaya menarik 3.7 juta pengunjung untuk datang ke sini.

Ini satu perkembangan positif dan boleh dijadikan penanda aras supaya lebih banyak aktiviti / kempen seperti ini boleh diadakan dimasa hadapan.

Angka ini melepasi sasaran awal yakni tiga juta seperti pada tahun 2014, menjadikan ia yang terbesar dalam sejarah penganjurannya.

MAHA 2016 - Berjaya Tarik 3.7 Juta Pengunjung

Manakala nilai jualan juga memberangsangkan apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung.

Tahniah diucapkan.

Tidak dapat dinafikan kewujudan Kampung Mok Cun, Kampung Durian Runtuh Upin Ipin serta festival muzik memberikan impak positif pada golongan yang sebelum ini tidak tahu mengenai MAHA.

Akan datang, boleh letak sasaran 5 juta pengunjung pula.

Rasa bertuah sangat, bila kami sekeluarga antara yang bertuah dan dapat luangkan masa di MAHA 2016.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Berjaya Tarik 3.7 Juta Pengunjung Datang ke MAHA 2016

  1. Penganjuran MAHA 2016 yang berjaya kerana berjaya memikat semua peringkat umur dan lapisan masyarakat. Mungkin konsep ini akan dikekalkan pada penganjuran pada masa hadapan.

Leave a Reply to Adam Roslan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *