Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) edisi kali ini telah berjaya menarik 3.7 juta pengunjung untuk datang ke sini.

Ini satu perkembangan positif dan boleh dijadikan penanda aras supaya lebih banyak aktiviti / kempen seperti ini boleh diadakan dimasa hadapan.

Angka ini melepasi sasaran awal yakni tiga juta seperti pada tahun 2014, menjadikan ia yang terbesar dalam sejarah penganjurannya.

MAHA 2016 - Berjaya Tarik 3.7 Juta Pengunjung

Manakala nilai jualan juga memberangsangkan apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung.

Tahniah diucapkan.

Tidak dapat dinafikan kewujudan Kampung Mok Cun, Kampung Durian Runtuh Upin Ipin serta festival muzik memberikan impak positif pada golongan yang sebelum ini tidak tahu mengenai MAHA.

Akan datang, boleh letak sasaran 5 juta pengunjung pula.

Rasa bertuah sangat, bila kami sekeluarga antara yang bertuah dan dapat luangkan masa di MAHA 2016.