Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng Di Pawagam Bermula 24 November 2016

16,894,017 total views, 1,411 views today

Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng Di Pawagam Bermula 24 November 2016

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng yang amat dinantikan oleh kanak-kanak sempena cuti sekolah tidak lama lagi bakal ditayangkan di pawagam bermula 24 November 2016.

Ianya merupakan filem usahasama antara 2 syarikat gergasi Malaysia iaitu Les’ Copaque dan KRU Studios.

Ianya menampilkan watak Upin & Ipin melalui pelakon suara, Asyiela Putri bersama pelakon terkenal tanah air seperti Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.

Filem arahan bersama Hajah Ainon dan Erma Fatima ini akan ditayangkan serentak di Malaysia, Singapura & Brunei pada 24 November ini. (Bagi pasaran Indonesia, tidak dinyatakan tarikh spesifik).

Filem ini telah dirasmikan sendiri oleh YAB Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bertempat di MM Cineplexes, eCurve Mutiara Damansara.

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng

Review Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng

“Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis @ Aqish (Puteri Balqish) yang amat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman (Gambit Saifullah) telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis.

Review Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng

Melalui perbualan Zaman dengan Noreen (Sara Ali), Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.

Balqis mula risau tentang nasib mereka lalu berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut.

Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya.
Malangnya, kawan-kawannya tidak dapat melihat kelibat Upin & Ipin itu.

Review Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng

Pada masa yang sama, Awie (Awie sendiri) penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular serta pokai.

Dengan peluang untuk menghasilkan album terbarunya terlalu tipis, menyebabkan dia dan pembantunya Bo (Remy Ishak) hidup merempat.

Ketika itu, mereka terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.

Upin & Ipin mendapat idea untuk menyelamatkan rumah anak yatim dengan memujuk Awie untuk melakukan konsert amal. Awie bersetuju untuk membuat konsert amal, Balqis kerana terlalu teruja telah membuat pengumuman bahawa Upin & Ipin akan turut membuat penampilan bersama dalam konsert tersebut.

Ini mendatangkan panik kepada Awie dan Bo yang tahu bahawa Upin & Ipin hanyalah watak animasi yang hanya wujud dalam imaginasi Balqis.

Apakah nasib rumah anak yatim tersebut? Berjayakah Awie & Bro menyelamatkan rumah anak terbut? Adakah Balqis gila?

Paling penting, betul ke Upin & Ipin akan muncul sewaktu konsert amal tersebut?

Sama-sama kita nantikan dipawagam pada 24 November 2016.

Trailer Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng

Review Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng by Bro Framestone

Tahniah buat Les Copaque yang hadir dengan filem keduanya selepas kejayaan Filem Upin & Ipin Geng Pengembaraan Bermula pada tahun 2009.

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

Anak-anak semua teruja sewaktu menonton filem ini, terutama anak Bro yang paling muda – Nur ELfyna (1 tahun 4 bulan) yang sanggup menahan mata semata-mata untuk menonton cerita ini sehingga habis.

Bagaimanapun kekuatan Upin & Ipin tidak ditekan sangat dalam cerita ini jika dibandingkan dengan watak Balqis yang menghidupkan jalan cerita dari awal hingga ke akhir.

Bagi Bro, konflik dan klimak dalam cerita ini terlalu ringan dan mudah dihadam oleh kanak-kanak.

Maka, tak salah jika anda membawa seisi keluarga menonton Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng yang akan mula ditayangkan pada 24 November 2016 yakni sewaktu cuti sekolah bermula.

Next Filem Upin Ipin pula pada tahun hadapan (Bro dah tengok teaser 10 minit untuk filem ini, menarik)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *