You are here
Home > Iklan > “Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan” di Astro First Mulai 1 Disember 2016

17,430,834 total views, 4,678 views today

“Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan” di Astro First Mulai 1 Disember 2016

Astro Perkenalkan Saluran Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan di Astro First
Astro berkolaborasi bersama syarikat animasi terhebat di Malaysia, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. memperkenalkan sebuah saluran inovatif baru, ‘Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan’ yang akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 mulai 1 Disember 2016 ini.

Ini merupakan jalinan kerjasama yang buat julung-julung kalinya diadakan di antara Astro dan Les’ Copaque bagi melancarkan saluran animasi tempatan pertama yang bakal bersiaran khas untuk musim cuti sekolah yang akan datang ini.

Saluran iniakan bersiaran selama 24 jam sehari untuk satu tempoh yang ditetapkan.

“Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan” di Astro First

‘Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan’ akan menampilkan beberapa kategori animasi menarik, dengan didahului oleh siri popular ‘Upin & Ipin’ sebagai kandungan utama di saluran ini.

Siri Upin & Ipin akan dibahagikan kepada tiga segmen iaitu "Jejak Upin & Ipin”, “Upin & Ipin Sahabat Selamanya” dan “Upin & Ipin Pejuang Hebat" yang memuatkan koleksi episod-episod kegemaran ramai.

Pada masa yang sama, siri animasi ‘Pada Zaman Dahulu’ akan turut diperkenalkan yang mana ia menampilkan kisah-kisah tauladan “Sang Kancil Yang Bijak” yang sarat dengan mesej-mesej positif agar ia boleh dijadikan iktibar kepada adik-adik yang menontonnya.

Di samping itu, ‘DaDuDiDo’; sebuah siri animasi tanpa dialog berdurasi pendek akan turut diperkenalkan sebagai salah satu pilihan di saluran ini.

Siri ‘DaDuDiDo’ sebelum ini boleh dinikmati di platform Youtube Les' Copaque Production, namun begitu ini merupakan kali pertama ianya diangkat ke kaca televisyen.

Selain dari itu, ‘Kembara Warisan Detektif Upin & Ipin’, sebuah siri berbentuk “game show” yang belum pernah disiarkan di disiarkan di mana-mana stesen TV tempatan, kini boleh ditonton secara eksklusif di saluran ini.

Saluran ‘Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan’ akan mula bersiaran secara eksklusif di Astro First (saluran 480) mulai 1 Disember 2016.

Dengan hanya RM15.90 (termasuk GST), pelanggan boleh mendapatkan akses untuk menonton saluran istimewa ini secara berterusan selama tiga hari atau 72 jam dari waktu pembelian.

Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng Di Pawagam Bermula 24 November 2016

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

Untuk pengetahuan korang, Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng yang amat dinantikan oleh kanak-kanak sempena cuti sekolah ini telah ditayangkan di pawagam bermula 24 November 2016.

Ianya merupakan filem usahasama antara 2 syarikat gergasi Malaysia iaitu Les’ Copaque dan KRU Studios.

Ianya menampilkan watak Upin & Ipin melalui pelakon suara, Asyiela Putri bersama pelakon terkenal tanah air seperti Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.

Filem arahan bersama Hajah Ainon dan Erma Fatima ini akan ditayangkan serentak di Malaysia, Singapura & Brunei pada 24 November ini.

Boleh Baca Review Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

3 thoughts on ““Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan” di Astro First Mulai 1 Disember 2016

Leave a Reply

Top