[Giveaway] PLAY-DOH Shape & Learn Letters & Language Untuk Anak Anda

16,901,832 total views, 1,389 views today

[Giveaway] PLAY-DOH Shape & Learn Letters & Language Untuk Anak Anda

PLAY-DOH by Hasbro Toy Malaysia
Adakah anda mempunyai anak kecil berusia 2 tahun dan keatas?

Dalam masa yang sama tercari alat pemainan yang sesuai dalam membantu perkembangan pemikiran dan kreativiti mereka sewaktu dalam tempoh membesar ini?

Bro ingin memperkenalkan set PLAY-DOH Shape & Learn Letters & Language.

Ianya mampu membantu memberikan inspirasi kepada minda kanak-kanak untuk berkembang melalui set mainan yang bertekstur. Ia bertindak sebagai alat untuk memperkenalkan huruf dan perkataan kepada anak anda.

Ia secara tidak langsung menggalakkan anak anda dalam membina asas dalam diri mereka untuk membantu mereka bergerak setapak demi setapak dalam meneroka keajaipan dalam hidup mereka.

Keajaiban ini berlaku melalui penerokaan deria mereka melalui aktiviti yang diperbagaikan selaras dengan perkembangan minda dan kreativiti mereka.

Anda boleh baca Pengalaman Kak Long Fisha bermain PLAY-DOH Shape & Learn.

[Giveaway] PLAY-DOH Shape & Learn Letters & Language

Di sini, Bro ingin mengadakan giveaway dimana anda boleh memenangi sesuatu yang berbaloi untuk anda berikan kepada anak anda.

Apa yang anda perlu buat?

  1. Komen pada artikle ini dengan menyatakan usia anak anda, dan nyatakan kenapa anda inginkan yang terbaik buat anak anda dengan adanya PLAY-DOH Shape & Learn Letters & Language (Lebih kurang 50 patah perkataan).
  2. Kongsikan artikle ini di laman facebook anda dengan hashtag #playdoh60my #contestbro (Pastikan post anda adalah public).
  3. Giveaway akan berlangsung hingga 11 November 2016, 11.59 PM
  4. Hanya seorang pemenang akan dipilih.
  5. Pemenang akan dihubungi melalui FB atau email yang anda gunakan sewaktu meninggalkan komen pada artikle ini.
  6. Sekiranya tiada respon dalam tempoh 48 jam. Kemenangan anda akan dibatalkan dan hadiah akan ditawarkan kepada peserta yang lain.
  7. Hadiah boleh dituntut bermula 14 November 2016 dengan hadirkan diri ke lokasi yang akan dinyatakan dalam email pemenang.(Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor)

Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

  1. my son is 5 years old he loves playdoh and this is good motor skill for him and same time learn of shapes and making artwork with it. Letters are important too as sometimes he forgot them, will be great to play with him and teach him at same time.

  2. Anak saya berumur 3 dan 4 tahun. Permainan Play Doh ini adalah satu permainan yang seronok yang dapat meningkatkan IQ dan tahap pemikiran and kreativity kanak-kanak. Anak-anak gembira dengan permainan ini, malahan saya lagi gembira kalau dapat memberi permainan ini kepada mereka. 🙂

  3. saya ingin dapatkan PLAY-DOH Shape & Learn untuk anak saya yang berumur 2 tahun untuk melatih deria motornya dengan lebih baik melalui gerakan genggaman dan membentuk melalui Play-Doh.. dan dua lagi anak saya yang berumur 5 dan 6 tahun bagi membantu mereka mengembangkan kreativiti mereka melalui penggunaan Play-Doh.

    email : rozitaabdrahman@yahoo.com

  4. Saya inginkan PLAY-DOH Shape & Learn Letter & Language untuk Nawal Insyirah yang berusia empat tahun bagi membolehkannya meneroka deria melalui pendekatan aktiviti bermain sambil belajar menggunakan PLAY-DOH yang boleh menghiburkan secara langsung dan meransang perkembangan minda dan kreativitinya secara tidak langsung!

  5. saya mahu hadiahkan PLAY DOH Shape & Learn Letter & Language kepada anakanda Nayli Az Zahraa (5tahun) :
    belajar dan bermain bergabung sekali,
    asah motor skill dan juga kreativiti,
    minda berkembang gembira berimaginasi,
    tekun beraktiviti bentuk jatidiri,
    hiburan bersama 1 famili,
    abang dan adik sama berkongsi,
    mama dan papa pun join sekali 😀

  6. Anak saya berusia 2 tahun 9 bulan. Sangat aktif. Saya dah lama impikan untuk membelikan anak2 saya PLAY-DOH Shape & Learn Letters & Language untuk membantu perkembangan otak dan pemikiran kreatif mereka. dengan play-doh ini nanti, Saya juga rasa lebih lega kerana saya tahu anak saya bukanlah bermain kosong semata2, tetapi bermain sambil belajar.

    berseronok sambil meningkatkan perkembangan otak, bukankah ia impian semua ibubapa untuk anak2nya ?

  7. Anak lelaki saya berumur 3 tahun. Saya sangat inginkan yang terbaik buat anak saya dengan adanya PLAY-DOH Shape & Learn Letter & Language untuk anak saya. Ini adalah kerana apabila anak saya bermain dengan PLAY-DOH Shape & Learn Letter & Language ini, anak saya akan memicit, menggentel dan mencucuk tanah liat. Aktiviti-aktiviti inilah yang akan membantu menguatkan otot dan meningkatkan koordinasi tangan-mata, dan seterusnya menjana minda dan kreativiti anak saya.

  8. Anak sy berumur 3 tahun. Dengan adanya Play doh shape & learn letter & language dapat merangsang otak untuk berfikir di luar kotak serta ia dapat mengembangkan sesi pembelajaran di rumah. Ia juga mengalakan ank utk lebih fokus dan positif. Selain itu ia membuatkan anak2 seronok utk belajar sambil mereka cipta sesuatu dgn play doh.

  9. Salam,saya belum ada anak tapi ada sepupu perempuan yang comel sangat akan cukup umur 2 tahun hujung bulan 11 ni! Nak boleh ! Serius Dia comel sangat.Mesti dia melonjak-lonjak kegembiraan kalau dapat hadiah ni.Dah la sekarang masa puncak dia teroka semua.Apa yang disebut dan dibuat semua dia ikut.Kalau dapat PLAY-DOH Shape & Learn Lettes & Language ni bertambah pintar la budak nie.Haha..btw tak ada FB. ish..ish..ish..ok bye!

  10. Anak CN Irfan berumur 4 tahun. Irfan perlu Play Doh ni sebab dah lama dia bodek CN nak main set permainan macam ni. Tapi harganya mahal sangat, CN cuma mampu belikan Irfan plastesin dekat kedai RM2 yang bila main habis melekat 1 rumah. Semoga murah rezeki Irfan menang set Play Doh shape&learning ni ?

  11. Anak saya berumur 10 bulan dan 4 tahun. Play doh ni memang perlu ada dekat rumah sebab ianya dapat memperkembangkan otak anak anak selain menjadikan anak anak ni kreatif menghasilkan seni dengan Play Doh NI. Lagi pun bukan anak anak sahaja suka play doh mak ayah dia pun suka.

    Selain tu, bila ada play doh ni anak anak akan leka menghasilkan kreativiti mereka dan Parents boleh buat kerja tanpa ada gangguan.

    Play doh boleh lah kurangkan kebosanan anak anak dan mak bapa boleh layan movie dengan aman.

    Hahahha. #truestory

  12. Anak saya berumur 4 tahun. Dengan adanya PLAYDOH Shape and Learn Letters and Language, anak saya boleh belajar dengan seronok. Dia boleh main dan apabila dia gembira, daya ingatannya adalah lebih baik. Walaupun dia belum bersekolah lagi, saya boleh mengajar dia huruf A-Z melalui PLAYDOH.

  13. Assalamualaikum bro,

    Anak saya lelaki. Umur dia 2 tahun 3 bulan harini. Saya memang dah lama teringin nak belikan dia Play Doh Shape & Learn Letters & Language. Sebelum ni belikan dia yang jenama XYZ tu. Tapi jenis yang tu melekat dekat lantai. Walaupun dah di bagi alas untuk lapik mende tu, tapi seronok je dia lempar jauh-jauh. Sedih hati si ibu. Bertambah sedih bila si ibu kena mop rumah hari-hari. Sampai satu tahap saya buang terus mende tu. Tapi bila tengok muka sedih si anak, hati ibu mana yang tak tersentuh kan. Jadi besarlah harapan saya supaya saya dapat memenangi set Play Doh ni. Bukan saja anak saya yang melompat-lompat gembira, maknya pun rasa nak berguling-guling jugak. Hehehe…

    Sekian, Terima kasih.

  14. Anak saya berumur 3 tahun 10 bulan. Dia suspected autism cuma belum dapat diagnosis rasmi dari doktor memandangkan tempoh menunggu appoinment yang masih lama di hospital kerajaan.
    Perkembangan kognitifnya saperti budak yang baru 1 tahun. Buat masa ini, dia menjalani sesi early intervention therapy mingguan. Anak saya ada masalah sensitiviti, jadi dia mudah geli dengan benda-benda lembik. Tapi lepas dia discover PLAYDOH satu ketika dahulu, dia sangat seronok walaupun pada mulanya dia taknak pegang. Therapist dia pun galakkan dia untuk atasi masalah sensitiviti dia tu dengan memperkenalkan objek2 bertekstur lembik dan squishy pada dia. Sekarang saya bagi dia main kinetic sand je setiap hari utk tujuan tersebut.

    PLAYDOH Shape and Learn Letters ni nampaknya sangat sesuai untuk anak saya, tambahan pula anak saya baru nak kenal nombor dan huruf. Dia baru boleh sebut sikit je, itupun saya improvement yg cukup membahagiakan saya memandangkan panggilan “mama” pun dia tak pernah sebut lagi sampai sekarang ni. Selalunya saya ajar dia huruf guna board book. Rasanya kalau ajar dia guna PLAYDOH ni, mesti dia lagi excited dan lebih efektif, sebab dia akan belajar sambil bermain. Sangat efektif untuk anak-anak seperti dia.

  15. Anak saya berumur 3 tahun..dengan memenangi Play Doh ini ia akan merangsangkan aktiviti latihan tangan anak saya dan minda supaya boleh berfikir secara luas dan mendalam.

  16. Saya ada 2 orang anak yang berusia lebih 2 tahun. Yang sulung 4 tahun dan kedua 3 tahun. Anak-anak saya memang paling suka main play doh ni. Sampai satu tahap mereka buka bakeri sendiri dengan acuan yang ada. Bayangkan imaginasi tanpa batasan mereka mampu membuat mak dia ni terkejut gak la. Jadinya adalah impian besar kiranya saya dapatkan play doh yang mahal (kalau beli 2 kotak) secara percuma untuk anak saya ni,

  17. Umur anak saya 3 thn dan 1 thn. Saya nk menang giveaway Play – doh shape n learning supaya mainan ini dpt membantu saya dlm meningkat motors skill n communication skill ank2 saya. Terutama anak saya yg berumur 3 thn, die ada speech delay. Selain itu dpt mengeratkn hubungan antara kami sekeluarga.

  18. Assalam. Umur anak saya 3 tahun. Saya nak berikan play doh ini kepada anak saya kerana, Play doh merupakan satu aktiviti permainan yang baik terhadap otak kanak kanak dimana mereka akan berfikir secara kreatif. Play doh juga menyediakan pelbagai warna dan terdapat pelbagai bentuk acuan. Jadi mereka akn lebih fokus untuk menghasilkan sesuatu yang unik. Perkara yang paling penting kenapa saya nak hadiahkan play doh kepada anak saya ialah saya nak anak saya kurang bermain gajet dan menonton kartun. Sebagai ibu bapa kita nak yang terbaik untuk anak anak.

    Terima kasih =) Harap ada rezeki Jasmeen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *