Karnival Fiesta Magica di IJM Land Seremban 2

16,900,839 total views, 396 views today

Karnival Fiesta Magica di IJM Land Seremban 2

IJM Land Seremban 2 Magica Carnival
Baru-baru ini, IJM Land Berhad ( IJM Land) Seremban 2 telah menganjurkan Karnival Keluarga Tahunan mereka di perkarangan Pejabat Jualan IJM Land.

Karnival kali ini bertemakan “Fiesta Magica, A Journey Through Fairy Tales and Trails Happy” berjaya mendapat sambutan orang ramai.

Ia diadakan bertujuan demi meraikan penduduk serta pengunjung sekitar komuniti Seremban 2.

IJM Land Seremban 2 Magica Carnival

Pengunjung yang berkunjung ke karnival ini dapat menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak IJM Land antaranya “Perhimpunan cosplayers dan Pertandingan Kostum Cosplay” di Seremban 2.

Pengunjung berpeluang menyaksikan watak- watak ‘aksara’ kegemaran mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan Cosplay dan pertandingan.Sememangnya aktiviti ini sangat mendapat tempat di hati pengunjung dan telah berjaya menarik perhatian serta mendapat banyak penyertaan.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan menarik ahli silap mata terkemuka Malaysia, Mahdi Moudini yang memukau pengunjung.

Pengisian aktiviti terbaik disediakan sepanjang karnival ini berlangsung memandangkan ramaai yang teruja dengan cerita fantasi dan dongeng. Sambutan berunsurkan tema ini ternyata mencipta kejayaan buat IJM Land Seremban 2.

IJM Land Seremban 2 Magica Carnival

Pejabat Jualan IJM Land Seremban 2 turut menyediakan pengunjung dengan ‘fairy tale’ yang akan dipamerkan sehingga hujung tahun ini.

Antara yang dipamerkan adalah ‘Tunnel Of Love’ yang romantis dengan beribu LED, Kereta Kuda Labu Cinderella, Cendawan Gergasi dan pelbagai sehingga menjelang sambutan Krismas nanti.

Acara kemuncak karnival dimeriahkan lagi dengan sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah bernilai RM20,000 terutama buat penduduk Seremban 2 dan Seremban 2 Height yang menyertai dengan iPhone 7 sebagai hadiah utama.

Sememangnya ia merupakan acara dalam komuniti yang amat meriah sebagai menghargai penduduk dan juga pengunjung Seremban 2 ke arah membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Untuk maklumat lanjur mengenai IJM Land dan pembangunan di Seremban 2, anda boleh layari www.seremban2.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *