You are here
Home > Travel Blog > Mudahnya Book Tiket Penerbangan dan Hotel dengan Traveloka!

17,430,847 total views, 4,691 views today

Mudahnya Book Tiket Penerbangan dan Hotel dengan Traveloka!

Travel Jakarta bersama TravelokaSebelum ini, Bro pernah ke Jakarta. Itu pun pergi seorang diri, sekitar tahun 2012 (Zaman bujang lagi).

Kali ini, Bro macam nak pergi ke sana bersama keluarga. Selamat bab-bab book tiket flight dan tempat penginapan Bro serah bulat-bulat pada Puan Isteri.

Melancong sorang-sorang tak sama seperti melancong beramai-ramai, terutamanya bersama keluarga dan mempunyai anak kecil.

Maka, bukan boleh main redah sahaja book tiket flight dan tempat penginapan. Keselesaan dorang, patut diambil kira.

Begitu juga dengan keselesaan duit dalam poket, risau rabak sebelum sempat menikmati percutian di negara orang.

Kalau sehari dua bercuti dekat sana, tak terasa sangat.

Tapi mana berbaloi jika sehari dua sahaja. Mahu 3-4 hari, baru puas. Dah namanya bercuti.

Matahari Terbenam Pantai Ancol

Baca : Lihat Matahari Terbenam Di Pantai Ancol, Jakarta.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tempat penginapan nie. Macam Bro, jenis tak kisah, cuma Puan Isteri agak cerewet orangnya.

Perlukan bilik yang luas, persekitaran yang bersih dan selamat. Paling penting tidak jauh dari shopping mall atau lokasi tarikan pelancong yang lain.

Tidak lupa juga dengan tempat makan yang sedap dan selesa untuk anak-anak. dan yang paling penting, dekat dengan tempat makan.

Sekarang, tak susah. Semuanya dihujung jari.

Sebab itu Bro terjumpa satu laman web yang memudahkan anda membuat keputusan sewaktu mencari hotel & flight untuk percutian anda sekeluarga.

Korang pernah dengar pasal Traveloka?

Ia merupakan sebuah laman carian (searching site) untuk cari tiket online bagi penerbangan dan hotel yang terdapat di seluruh dunia.

Syarikat ini memberi tumpuan terhadap menyelesaikan isu tempahan dalam talian untuk traveler generasi baru, menyediakan pengguna dengan proses tempahan cepat, telus dengan proses yang sangat mudah.

Kalau tak salah Bro, mereka sebelum ini merupakan sebuah platform yang hanya beroperasi di Indonesia. Walaupun masih baru di negara kita, website ini dah berjaya menambat hati ramai pengguna.

Tema biru muda dan susun atur widget yang kemas, menarik dan comel serta tulisannya yang mudah dibaca membuatkan kita rasa sejuk je bila melawati laman ni. Terdapat juga pautan-pautan ke laman sesawang lain bagi memudahkan urusan pencarian buat para penggunanya.

Traveloka.com covers wide range of hotel dan syarikat penerbangan di serata dunia.

Antara hotel yang bekerjasama ialah Berjaya Hotels and Resort, Dorsett, Sunway Hotels and Resort, Concorde Hotel, Holiday Villa, Hard Rock dan banyak lagi manakala affiliate bagi airline pula antaranya seperti Air Asia, Firefly, Malindo dan Malaysia airline bagi syarikat tempatan.

Traveloka juga bekerjasama dengan airline antarabangsa terkenal lain seperti Jetstar, Tiger Air, Garuda Indonesia, Air France, Etihad Airways, Cathay Pacific, Lufthansa, KLM dan lain-lain lagi.

Book Tiket Penerbangan dan Hotel dengan Traveloka!

Untuk mencari hotel, anda hanya perlu ikuti 3 langkah mudah :-

  1. Masukkan detail bagi destinasi atau nama hotel.
  2. Kemudian masukkan detail duration of stay seperti tarikh check in, tempoh penginapan, serta tarikh check out.
  3. Akhir sekali, terus tekan button search hotel. Mudah bukan?

Sesudah selesai, hasil carian akan dipaparkan. Ianya akan menyenarai pendek hasil carian mengikut tetapan anda, sama ada mengikut skor review daripada pengunjung-pengujung sebelum ni, mengikut harga bilik atau mengikut rating yang diberikan.

Jadi, korang tidak perlu tengok satu persatu. Dekat sini, dah dapat jimatkan banyak masa 😉

Traveloka Hotel and Flight Discounts

Selain tu, terdapat juga pelbagai promosi hotel dan flight tiket promo yang ditawarkan. Antaranya seperti weekend promo ‘Thank God its Friday’ yang memberikan diskaun sehingga 30% untuk hotel yang ditempah di Kuala Lumpur, Bali dan Jakarta.

Korang juga boleh menikmati penjimatan lebih banyak sekiranya korang book bilik pada Ahad ini!

Nak yang lagi best? Sekiranya korang belum mempunyai sebarang plan untuk ke mana-mana hotel, korang boleh terus pilih hotel yang sememangnya tengah menawarkan diskaun.

Contoh, seperti hotel di bawah ni.

Traveloka menikmati penjimatan lebih banyak

Sekiranya korang tidak punyai kad kredit, korang tak perlu risau sebab Traveloka menyediakan kemudahan untuk pengguna membuat pembayaran dengan menggunakan online banking seperti Cimbcliks, Maybank2u, RHB now, Bank Islam, Hong Leong Connect dan lain-lain lagi.

Sebelum proceed dengan pembayaran, korang boleh masukkan coupun code untuk dapat lebih diskaun lagi (Haish..!! Berapa banyak diskaun laa dorang nak bagi nie).

Aplikasi Traveloka di Telefon Pintar

Tip terakhir untuk dapatkan lebih dan lebih lagi penjimatan – Korang boleh nikmati lebih dan lebih penjimatan sekiranya korang book melalui mobile apps berbanding di website.

Fuh, panjang pula Bro tulis kali ini. Apa macam? Membantu tak artikle kali ini?

Jika ianya membantu, harap korang sudi meninggalkan komen dibawah ataupun kongsikan ia di laman sosial anda. Selamat merancang percutian anda dengan lebih penjimatan..!!

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “Mudahnya Book Tiket Penerbangan dan Hotel dengan Traveloka!

Leave a Reply

Top