You are here
Home > Bersama BroFramestone > Bersama Khir Khalid – Blogger Bandar Tasik Puteri, Rawang

17,411,901 total views, 296 views today

Bersama Khir Khalid – Blogger Bandar Tasik Puteri, Rawang

Khir Khalid - Blogger Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Beberapa minggu sudah, Bro lepak bersama saudara Khir Khalid, yakni rakan blogger yang duduk setaman dengan Bro.

Untuk pengetahuan anda, kami merupakan Blogger Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Kalau ikutkan, ada beberapa blogger yang dapat Bro jejaki duduk berdekatan dengan area kami. Cuma masa, keadaan, lokasi dan fahaman buat kami sukar untuk berjumpa berdekatan.

Lain la kalau ada agenda di Kuala Lumpur, itu cerita lain.

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Reopen

Alhamdulillah,

Walaupun memasing busy lately, dapat juga spend masa sekejab untuk lepak mengeteh (walaupun Bro order bali suam).

Beliau sebelum ini aktif dengan Yayasan Belia Malaysia, kini beralih arah ke Yayasan Pembangunan Buku Negara tengah memberi tumpuan sepenuhnya pada Ekspo Buku Malaysia @ PWTC yang bakal berlangsung pada 14 – 18 Disember 2016.

Bro akan dijemput sebagai panel jemputan untuk salah satu forum yang bakal dianjurkan sewaktu Ekspo Buku Malaysia tersebut.

Terima kasih kepada Khir Khalid, kerana memanjangkan nama Bro kepada pihak pengurusan untuk diberi kepercayaan sebagai panel jemputan.

Sekiranya anda mempunyai peniagaan ataupun perkhidmatan yang ingin gunakan Blogger Bandar Tasik Puteri atau sekitarnya, boleh hubungi Bro atau Khir Khalid di laman blognya www.khirkhalid.com.

Insya’lah selepas tamatkan Ekspo Buku Malaysia ini, Bro dan Khir akan beri tumpuan untuk adakah beberapa bengkel ataupun event bersama rakan blogger. Stay tune…!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Bersama Khir Khalid – Blogger Bandar Tasik Puteri, Rawang

Leave a Reply

Top