Terima Kasih COMICS HOUSE Untuk Kenangan Sewaktu Kami Membesar

16,900,300 total views, 2,288 views today

Terima Kasih COMICS HOUSE Untuk Kenangan Sewaktu Kami Membesar

RIP Comics House
Rupanya penantian selama ini tidak kesampaian.

One Piece (Budak Getah) edisi 81 merupakan manga terakhir terjemahan Comics House apabila syarikat tersebut telah berhenti beroperasi.

One Piece merupakan salah satu manga terjemahan Comics House yang Bro masih kumpul hingga kini selepas Dragon Ball (Mutiara Naga), Dragon Quest (Misteri Naga), Penyiasat Remaja, Dr. Slump etc.

Bak kata Puan Isteri, Bro selalu beli manga dorang tetapi tak pernah baca.

He…23x Bro juga merupakan salah seorang pembaca manga atas talian (salah satu punca mereka berhenti beroperasi), tetapi sentiasa menyokong dengan membeli manga terjemahan Comics House untuk dijadikan koleksi.

20130731-095237.jpg

Antara koleksi Dragon Ball (Mutiara Naga) yang masih Bro kumpul (edisi kedua, edisi pertama ada budak curi).

Nampaknya,

Jika nak baca One Piece dalam bahasa melayu, kena beli Kreko (Komik Remaja). Malangnya Bro dah stop membelinya sejak awal tahun 2015 atas faktor ekonomi (walaupun Bro pernah mengumpulnya dari awal penerbitan mereka).

Harap Kreko tidak menghadapi situasi yang sama. Lebih-lebih lagi terbitan mereka 3x sebulan, cuma harga dia agak …. Lambat beli, habis la pulak.

RIP Comics House (1995 – 2016)

RIP Comics House

Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, ramai anak-anak muda yang lebih gemar membaca komik secara online dan ini nyata memberi kesan kepada syarikat-syarikat terjemahan tempatan dan semestinya COMICS HOUSE terkesan dengan perubahan cara anak muda membaca ketika ini.

Sudah tidak ramai yang membeli komik keluaran COMICS HOUSE dan disebabkan kos operasi yang semakin meningkat, COMICS HOUSE mengambil keputusan untuk menghentikan operasi.

Tamatlah sudah legasi COMICS HOUSE kini.” – The Vocket.

Terima kasih untuk kenangan yang diberikan sepanjang kami membesar.

Melalui manga terjemahan anda, membuatkan kami mengenali budaya Jepun dalam Bahasa Melayu, membesar dengan impian nak jadi Super Saiya, atau menjadi Raja Lanun seperti Monkey D Luffy.

Tidak pula juga pengalaman seludup buku ke sekolah, kena rampas sewaktu di asrama, terpaksa tunggu turn jika pinjam dengan rakan-rakan, turun ke Novel Hut Ipoh semata-mata nak cari manga 2nd hand (ke cari manga yang hilang kena curi) dan bertemu jodoh monyet yang punyai minat yang sama.

RIP Comics House Sdn Bhd (1995 – 2016)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

  1. Mutiara Naga memang legend.
    Teringat masa kecik-kecik dulu selalu beli, tapi last2 hilang sebab ramai yang pinjam pastu tak pulangkan balik.

    Kalau diikutkan, boleh dibuat koleksi kot >.<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *