March 29, 2024

Islamic Executive Suite di De Palma Hotel, Ampang

De Palma, Ampang
Tak sangka, hujung minggu menemani puan isteri penuh dengan kejutan.

Dimana bilik yang beliau tempah di De Palma Hotel, Ampang dinaik taraf kepada Islamic Executive Suite yang berharga RM4++ semalam.

Tidak padan dengan status hotel yang bertaraf 3 bintang.



Bagi Bro, suite yang kami terima boleh dikategorikan bertaraf 4 bintang dan ianya selesa bagi seisi keluarga Bro.

Terima kasih Puan Isteri kerana telah merancang percutian keluarga di sini bersama keluarga rakan-rakan sekerja beliau.

Islamic Executive Suite, De Palma Hotel, Ampang

Bilik yang kami diami disediakan kain pelekat / batik beserta telekung dan sejadah untuk memudahkan kami menunaikan solat.

Menurut laman web mereka, dari bilik kami dapat mendengar suara azan dari Masjid berdekatan (Ok, memang dengar).

Islamic Executive Suite, De Palma Hotel, Ampang
Al-quran juga turut disediakan.

Di pantry pula, turut disediakan kurma dan juga kismis untuk tetamu nikmati (Lupa nak amik gambar, dah ada orang rasmikan dulu).

Islamic Executive Suite di De Palma Hotel, Ampang

De Palma, Ampang

De Palma, Ampang

De Palma, Ampang
Ruang tamu untuk seisi keluarga beristirehat sambil menonton TV.

Barang-barang atas meja terpaksa dialihkan, sebab ada anak kecil. Nanti tak pasal-pasal kena menganti benda yang pecah pula.

Cuma, Bro lebih galakkan anak bermain di bilik tidur. Sebab ruangnya agak luas dan sesuai kalau nak berlari-lari.

De Palma, Ampang

Kerusi malas turut disediakan.

Malangnya Bro hanya gunakan sewaktu melihat pemandangan di luar jendela.

De Palma, Ampang
Pemandangan dari bilik Bro.

Melihat matahari terbenam disebalik bangunan pencakar langit Kuala Lumpur. Lokasi hotel ini tidak beberapa jauh dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Sekiranya anda teringin nak menginap di Islamic Executive Suite ini, anda boleh rujuk maklumat dibawah.

De Palma Hotel Ampang
Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang,
68000 Ampang Jaya, Malaysia

Phone: +60 3-4270 7070
Website : http://www.depalmahotelonline.com/



Booking.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Islamic Executive Suite di De Palma Hotel, Ampang

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *