You are here
Home > Iklan > Advertorial > Cetaphil Baby Experience Workshop Terap Ilmu Penjagaan Kulit Bayi

17,411,924 total views, 319 views today

Cetaphil Baby Experience Workshop Terap Ilmu Penjagaan Kulit Bayi

Cetaphil Baby Experience Workshop
Baru-baru ini, Bro dan keluarga berpeluang untuk menghadiri Cetaphil Baby Experience Workshop anjuran Cetaphil Malaysia.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, banyak perkara dapat Bro pelajari.

Walaupun Bro bergelar HouseHusband, banyak benda yang Bro terlepas pandang dan tidak tahu tentang penjagaan bayi terutama tentang penjagaan kulit bayi yang sensitif.

Rupanya kulit setiap bayi adalah berbeza.

So, kita sebagai ibubapa perlu tahu dan menitik beratkan tentang penjagaan dan penggunaan produk yang bersesuaian sekiranya terdapat gejala kurang normal pada kulit bayi anda.

Cetaphil Baby Experience Workshop

Cetaphil Baby Experience Workshop

Cetaphil Baby Experience Workshop diterajui oleh beberapa orang pakar yang berkongsikan beberapa tip dan panduan terutama pada ibubapa yang baru / akan mendapat cahaya mata.

Antara pakar yang terlibat adalah :

  • Dr. Mazlin bt Mohd Baseri, Dermatologist di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital,
  • Jururawat Corina Lau dari Zurich Insurance Malaysia
  • Jururawat Lim Li Li, Roche Diagnostics.

Cetaphil Baby Experience Workshop

Pakar-pakar yang terlibat dalam Cetaphil Baby Experience Workshop bersama dengan Janice Ong, Pengurus Produk Cetaphil Malaysia.

Dr. Mazlin bt Mohd Baseri banyak berkongsikan tentang penyakit kulit yang biasa dihadapi oleh bayi.

Diantara penyakit kulit tersebut adalah milia, heat rash, milaria, neonatal acne, etn rashes, diaper dermatitis, atopic eczema, cradle cap, birth marks, port wine stain, mongolian spots dan nevus ota. (Nama dah macam ilmu sihir Harry Potter la pulak)

Ada sesetengahnya Bro pernah tengok dah pernah hadapinya. Ada juga yang tidak pernah Bro tahu.

Kemudian, kami diajar cara yang betul untuk memandikan bayi bersama Jururawat Lim Li Li.

Manakala Jururawat Corina Lau pula, mengajar cara membuat urutan pada bayi supaya perjalanan darah mereka lebih lancar dan bayi berada dalam keadaan selesa.

Cetaphil Baby Experience Workshop

Untuk sesi mandikan bayi, setiap peserta diberikan patung bayi untuk tujuan demotrasi.

Kami diajar satu persatu cara dan panduan sebenar untuk mandikan bayi. Dari suhu air hingga kepada cara memegang bayi sewaktu memandikan mereka.

Cetaphil Baby Experience Workshop

Cetaphil Baby Experience Workshop

Rupanya, mudah je caranya untuk mandikan bayi.

Selama ini, Bro tak berani nak mandikan bayi yang masih berusia sebulan dua. Rasanya lepas ini, tiada masalah untuk Bro mandikan bayi (sekiranya ada rezeki lagi).

Lagipun, semua anak Bro memang mandi dengan Bro (cuma mereka kini dah besar).

Cetaphil Baby Experience Workshop

Untuk sesi urutan bayi pula, kami buat terus pada Baby Fyna.

Seronok dia kena urut mengikut cara urutan yang diajar oleh Jururawat Corina Lau sambil menyusu. Tak lama kemudian, dia pun tidur.

Jika betul cara urutan yang kita lakukan pada bayi, mereka akan berasa selesa dan mudah untuk tidur.

Cetaphil Baby Experience Workshop

Diakhir sesi, Bro dan beberapa rakan berpeluang untuk bertanya soalan kepada Dr. Mazlin bt Mohd Baseri dan sesi soal jawab ini dirakam.

Dah lama tak bercakap dihadapan kamera he…23x

Cetaphil Baby Skincare

Cetaphil Baby Experience Workshop

Dari jenama yang anda percayai bagi penjagaan kulit.

Selain daripada rangkaian untuk dewasa, Cetaphil juga mempunyai produk khas untuk kulit bayi yang dikenali sebagai Cetaphil Baby Skincare.

Rumusan dari bahan-bahan yang lembut melengkapkan sentuhan kasih sayang seorang ibu (dalam kes Bro, adalah bapa) dan membantu pembentukan semula jadi kulit di peringkat awal dimana kulit bayi masih lemah dan sensitif.

Boleh digunakan bersama-sama, barisan produk terbaru Cetaphil Baby mampu memberikan lapisan asas untuk memastikan kulit sihat sepanjang hayat.

  • Cetaphil Gentle Wash & Shampoo 230ML RM 40.17 (RRP) – Tidak memedihkan mata dan sangat lembut. Melindungi kulit bayi anda dan rambut dengan haruman yang lembut serta segar.
  • Cetaphil Ultra Moisturising Bath & Wash 230ML RM 36.99 (RRP) Mengandungi 1/3 losyen bayi yang direka bentuk untuk memberikan kulit bayi anda lembut dan licin. Ia dirumus khas dengan Aloe Vera dan Almond Oil
  • Cetaphil Daily Lotion 400ML RM 76.21 (RRP) Losyen lembut bayi direka untuk menenangkan, menyuburkan, melembapkan dan melindungi kulit bayi anda daripada kekeringan. Ia dirumus khas dengan Shea Butter
  • Cetaphil Baby Shampoo 200ML RM 36.99 (RRP) Tidak memedihkan mata dan iritasi sabun, syampu ini melegakan kulit kepala. Mengandungi chamomile yang menenangkan dan memastikan kulit kepala sensitif tidak rasa kekeringan.

Untuk malumat lanjut mengenai Cetaphil Malaysia, anda boleh layari :-

Website: http://bit.ly/CetaphilMYWeb
Facebook: http://bit.ly/CetaphilMYFB ! Instagram: http://bit.ly/CetaphilMYIG
Twitter: http://bit.ly/CetaphilMYTW ! YouTube: http://bit.ly/CetaphilMYYT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “Cetaphil Baby Experience Workshop Terap Ilmu Penjagaan Kulit Bayi

Leave a Reply

Top