Dekati Flora & Fauna Sambil Bercuti di Belum Rainforest Resort

16,901,578 total views, 1,135 views today

Dekati Flora & Fauna Sambil Bercuti di Belum Rainforest Resort

Bercuti di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding.
Agak tertekan kebelakangan ini, menyebabkan Bro rasa perlu bercuti dan merehatkan diri bersama keluarga.

Lokasi pilihan kami sekeluarga kali ini adalah di Belum Rainforest Resort yang terletak di Pulau Banding, Perak.

Pulau Banding terletak di Tasik Banding / Tasik Temenggor iaitu Empangan Temenggor di Lebuh raya Timur Barat yang menghubungkan antara negeri Perak dengan Jeli di Kelantan dengan keluasan pulau 240 hektar.

Jarak perjalanan ke sini lebih kurang 4 jam dari Ibu Kota Kuala Lumpur.

Memang agak memenatkan.

Setibanya kami di sini, kepenatan tadi hilang dan teras teruja untuk bercuti disini (Kami sekeluarga bercadangan mengambil penginapan 3 hari 2 malam).

Keterujaan semakin ketara bila melihat bilik yang kami diami.

Bercuti di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding.

Bercuti di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding.

Bercuti di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding.

Bercuti di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding.

Bercuti di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding.

Menarik bukan, bilik kami?

Memang selesa dan luas untuk seisi keluarga. Buka tingkap sahaja dah nampak kehijauan alam. Selak daun sikit-sikit dah nampak pemandangan Tasik Banding.

Bercuti di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding.

Bercuti di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding.
Nak lagi best,

Lepak dekat balkoni bilik (Bilik Bro terletak di tingkat 2).

Ok, maka bermulalah sesi mengajar anak haiwan-haiwan yang dia nampak didepan mata.

“Daddy, burung apa?”

“Burung Murai”

“Burung apa?”

“Burung Murai, sayang”

“Burung apa?”

“……………………………… eh gajah… Tue, nampak tak? nampak tak?” hahahhahaha

Bercuti di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding.
Port pilihan anak-anak Bro.

Bukan setakat boleh baring, bahkan boleh menghayati keindahan alam.

Paling menarik tentang port ini? Disini kekuatan signal Wi-Fi agak kuat berbanding dibahagian lain dalam bilik kami. Yup, Wi-Fi disediakan disetiap bilik.

Cuma, ianya sekadar cukup starat untuk anda melayan whatsaap, facebook etc.

Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort

Untuk dapatkan Wi-Fi dengan signal yang kuat, anda boleh duduk di lobby atau di restaurant.

Restaurant juga agak luas dan selesa untuk anda lepak atau menikmati hidangan yang disajikan di sini. Sarapan pagi, makan tengahari dan malam kami sekeluarga di sini.

Kalau nak makan diluar, perlu turun ke Grik (lebih kurang 40Km dari lokasi resort, pergi balik dah 80KM).

Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort
Port terbaik buat seisi keluarga.

Semestinya Swimming Pool. Berendam sambil menikmati pemandangan Tasik Banding. Rasa tenang sahaja duduk disini.

Tidak dinafikan, ramai yang suka berendam dihujung kolam sambil menikmati pemandangan tasik. Rasa macam nak sambung berenang dalam tasik pun ada juga.

Ini merupakan kali ke-2 Bro datang ke sini.

Sebelum ini, sekitar tahun 2012. Itupun sewaktu membuat liputan Royal Belum World Drum Festival 2012.

Banyak perubahan dan penambahan boleh Bro temui disini.

Yang pasti, menjadikan ianya satu lokasi yang berbaloi untuk dimasukan dalam list percutian yang perlu anda cuba sekiranya ingin mendekati flora & fauna.

Sekiranya anda bertuah, mungkin anda akan terserempak dengan spesis yang flora & fauna jarang dijumpai di dunia ketika berada di sini.

Aktiviti Di Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort
Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh sertai ketika menginap di Belum Rainforest Resort. Salah satu daripanya adalah menjelajah Tasik Banding dengan menaiki bot.

Anda ditawarkan sama ada untuk sertai full day trip atau half day trip (Bro pilih half day, itu pun dah terlentang kepenatan).

Full day trip merangkumi pakej memasuki kawasan Royal Belum (Perlukan permit untuk masuk ke sini, dan ia perlu di apply 2 minggu sebelum trip berlangsung). Sekiranya anda teringin untuk menjejak kaki dalam kawasan Royal Belum, pastikan anda telah membuat tempahan awal.

Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort

Tasik Banding (atau lebih dikenali sebagai Tasik Temenggor) mempunyai keluasan 152 km persegi merupakan tasik buatan melalui pembinaan empangan pada tahun 1970 dan siap 1974. .

Secara tidak langsung menjadi kediaman ikan yang bernilai tinggi seperti ikan Kelah, Temoleh, Baung, Kelabau, Tengas, Loma, Tengalan, Sebarau dan Lampam.

Belum Rainforest Resort
Terdapat beberapa perhentian sepanjang perjalanan ini.

Anda mungkin berpeluang melihat bunga terbesar di dunia, yakni Rafflesia. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat menyaksikan ianya berkembang (tempoh jangka masanya berkembang ; 5-7 hari).

Nasib Bro kurang baik, hanya dapat melihat putiknya sahaja. Dijangka akan berkembang dalam temph 3-5 bulan lagi.

Selain bunga Rafflesia, ramai pengunjung teringin menyaksikan haiwan liar seperti gajah yang turut hidup dihutan ini. Sekiranya anda bernasib baik, pasti akan bertembung dengan sekumpulan gajah.

Jika tidak, sekadar tahi gajah pun jadi la.

Selalunya, gajah tidak akan berada di lokasi yang sama. Mereka akan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, kemudian akan kembali ke lokasi yang sebelumnya.

Belum Rainforest Resort
Untuk pengetahuan anda,

Di sini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus, antaranya seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau.

Kebanyakan berusia ratusan tahun.

Kami telah mengelilingi Tasik sehingga sampai ke pintu empangan dan juga melihat beberapa perkampungan orang asli. Teruja kami dengan keindahakan sepanjang perjalananan kami.

Belum Rainforest Resort

Pulang ke hotel, Bro terus ajak anak dan isteri untuk berendam dalam kolam renang.

Rasa hilang penat sewaktu mengeliling tasik pada sebelah paginya. Anak-anak, jangan cakap la. Mereka antara yang paling teruja bila ajak pergi mandi kolam.

Belum Rainforest Resort

Mesti korang tertanya-tanya, apa mereka lakukan sewaktu Bro sertai trip mengeliling tasik tadi.

Belum Rainforest Resort turut menyediakan bilik permainan untuk mereka yang mempunyai anak untuk bermain. Ada banyak permainan disediakan disini dan sesuai untuk anak-anak anda.

Belum Rainforest Resort

Ini antara kenangan kami sekeluarga sewaktu bercuti di Belum Rainforest Resort. Bagaimana pula dengan anda?

Sekiranya anda berminat untuk bercuti ataupun membawa diri jauh kesesakan ibu kota / dekati diri dengan flora & fauna, anda boleh datang ke :-

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding, 33200 Gerik, Perak, Malaysia

Phone: +60 5-791 6800
Fax : +60 5-791 7600

Email : info@belumresort.com
Website : www.belumrainforestresort.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *