April 25, 2024

Adidas Climacool Beri Kesegaran Jalani Gaya Hidup Mencabar

Adidas Climacool
Anda seorang yang suka aktiviti mencabar dan aktif, tetapi kurang selesa dengan bau badan ketika menjalani gaya hidup seperti itu?

adidas Body Care ada jawapan bagi masalah anda.

Anda tidak perlu risau lagi menjalani gaya hidup yang anda impikan tanpa bau badan yang kurang selesa.

adidas Body Care kini tampil dengan adidas Climacool Shower Gel yang didatangkan dengan move-activated technology yang akan memastikan anda kekal segar ketika anda aktif bergerak.

Lagi aktif anda bergerak, lebih kesegaran boleh anda rasai.

Adidas Climacool

Antara produk adidas Climacool yang kini berada di pasaran.

Anda tidak perlu risau untuk luangkan masa bersama kawan atau rakan ketika keluar bersama atau makan selepas melakukan aktiviti riadah anda.

Bukan itu sahaja, anda tidak lagi perlu mempunyai menyimpan banyak botol dan produk dalam bilik mandi anda. Setiap gel mandian Climacool sebenarnya tiga produk – mencuci badan, syampu rambut dan pembersih muka.

Dengan ertikata lain, ianya merangkumi penjagaan kebersihan dari hujung rambut hingga hujung kaki anda dan ianya melindungi pH kulit anda. Buihnya mudah udibilas menjadikan kulit lembut apabila disentuh.

Adidas Climacool Beri Kesegaran Jalani Gaya Hidup Mencabar

Direka untuk mereka yang dambakan cabaran setiap masa.

Gel mandian versi lelaki dan wanita dihasilkan secara khusus bersesuaian bagi setiap jantina.

Gabungan lemon, pudina dan lavender menjadikan gel mandian lelaki lebih bertenaga dan berani. Manakala wangian untuk wanita adalah campuran jus zesty sitrus dan bunga berwarna cerah untuk tarikan aura keremajaan dan kewanitaan.

adidas Climacool Body Care

Adidas Climacool

Adidas Climacool

Pek adidas climacool shower gel direka bagi mengelak ia tergelincir licin di dalam bilik air.

Bagi versi lelaki, terdapat bahagian yang memudahkan anda mendapatkan genggaman yang selesa pada kedua-dua belah, manakala baki versi wanita pula terdapat lengkuk bagi menghalang botol daripada tergelincir daripada tangan yang basah.

Kini anda akan kekal segar walaupun keadaan situasi anda semakin mencabar sepanjang hari dengan adanya adidas climacool shower gel!

Ianya didatangkan dengan 2 saiz bagi lelaki dan perempuan.

  • Botol 250ml – RM10.90,
  • Botol 400ml – RM14.90

Adidas Climacool

Adidas Climacool
Bagi melengkapkan lagi pengalaman climacool, anda boleh mencuba semburan deodoran Climacool anti-perspirant atau roll-on selepas mandi untuk perlindungan dan wangian berkekalan.

Harga bagi semburan badan RM19.90 bagi lelaki, RM15.90 bagi wanita, dan RM8.90 untuk roll bagi lelaki dan wanita.

Anda kini boleh dapatkan adidas Climacool Body Care di farmasi dan pasaraya di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai adidas Climacool, anda boleh layari https://www.coty.com/brands/adidas

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Adidas Climacool Beri Kesegaran Jalani Gaya Hidup Mencabar

  1. dah pernah pakai semua tuh, tapi aku berubah kepada Uberman..Adidas jual jenama je…mahal kemain nak beli deodorant pun dekat RM20.00 sebotol..ciss..belum satu set tu lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *