17,158,955 total views, 4,495 views today

Filem Seram Volkswagen Kuning Taruhan Shadan Hashim

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Filem Volkswagen Kuning
Volkswagen Kuning merupakan filem ke-115 terbitan MIG, diinspirasikan dari kisah benar yang pernah atau mungkin sedang berlaku.

Sejak dari dahulu, kisah Volkswagen Kuning seakan menjadi misteri dan tiada jawapan dari mana wujudnya kisah ini.



Melalui filem ini, pengarah iaitu Shadan Hashim menggambarkan ianya menjadi sebuah cerita yang menggabungkan kisah benar serta eleman olahan yang ditambah untuk mencantikkan lagi plot penceritaannya.

Filem Volkswagen Kuning

Tidak dinafikan ada juga kisah benar diadun ke dalam filem ini bagi memberi impak yang sebenar kepada penonton.

Walaupun ianya sebuah filem seram namun turut diselitkan elemen pengajaran, kekeluargaan serta percintaan di dalam cerita ini.

Pekin Ibrahim Peneraju Utama Volkswagen Kuning

Filem Volkswagen Kuning
Volkswagen Kuning menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik – FFM28 iaitu Pekin Ibrahim digandingkan bersama Atikah Suhaime sebagai peneraju utama.

Memegang watak sebagai pasangan kekasih, pasangan pelakon ini buat pertama kalinya digandingkan bersama di layar perak.

Disamping itu, pelakon hebat lain yang turut sama membintangi filem ini seperti Amai Kamarudin, Fatin Afeefa serta menampilkan Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda.

Turut sama menjayakan filem yang akan ditayangkan pada 22 September ini adalah pelakon berpengalaman seperti Shahronizam, Azman Hasan dan juga Mak Jah.

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning

Pekin Ibrahim Peneraju Volkswagen Kuning
Ianya mengisahkan tentang sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad (Pekin Ibrahim) dan Sarah (Atikah Suhaime), yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad.

Sewaktu dalam perjalan, Fuad ingin membuat kejutan buat Sarah dengan membawa dia pergi makan malam di lokasi yang istimewa akibat tertarik dengan satu artikle blog yang beliau temui.

Malangnya, Waze tidak berfungsi dengan baik menyebabkan mereka tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan tersebut (Waze Bro pun macam haram juga, tak boleh berfungsi dengan normal).

Ketika itu, mereka mengalami gangguan yang menyebabkan mereka terlibat dalam kemalangan dan perangai Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen Kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah mengalami kecederaan ringan.

Raudhah (Aida Othman), kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Pak Ayob (Azman Hasan), bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang ganguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad (Ada gaya CSI & Detektif Conan). Hasil penyiasatannya membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di kampung itu.

Filem Volkswagen Kuning

Rupanya, kehadiran Sarah ke kampung itu tempoh hari telah membangkitkan kemarahan hantu Volkswagen Kuning.

Dia mengikut Sarah pulang ke bandar dan menggunakan gadis malang itu untuk membalas dendam. Apakah dendam Volkswagen Kuning akan terbalas?

Jawapannya ada di dalam filem Volkswagen Kuning pada 22 September ini.

Trailer Filem Volkswagen Kuning

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “Filem Seram Volkswagen Kuning Taruhan Shadan Hashim

  1. dh nk tgh mlm..kuar entry wolkwagen kuning…td blk kj nmpk kete color kuning tp bkn wolkswagen la hehe

  2. Macam best jer cerita ni… Kena bawa satu family tengon ni… Baru best… 😉

  3. Dendam kesumat . Ahaa, miral of story : #jangancurang kuakuakua

  4. Member ada tanya Volkswagen kuning itu apa? Saya cakap ia adalah mambang kuning. 🙂

  5. Kombinasi jalan cerita kekeluargaan yg terkait dgn kisah volkswagen kuning ni mmg sgt menarik ‘blending’nya… best. Thanks Bro ajak saya menonton filem ni… 🙂 🙂

Leave a Comment