Anda Kini Boleh Terbang ke Luang Prabang Dengan AirAsia

16,901,821 total views, 1,378 views today

Anda Kini Boleh Terbang ke Luang Prabang Dengan AirAsia

With AirAsia, now everyone can fly direct to Luang Prabang
AirAsia, mengumumkan laluan baru yang menghubungkan Kuala Lumpur ke sebuah lagi bandar Warisan UNESCO; Luang Prabang di Laos dengan penerbangan empat kali seminggu bermula 21 Disember 2016.

Menjadikan mereka, syarikat penerbangan pertama yang menawarkan penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Luang Prabang.

Ini merupakan laluan intra-Asean ke 70 bagi kumpulan syarikat penerbangan tersebut yang menghubungkan sepuluh negara-negara Asean menjadikan laluan keempat syarikat penerbangan itu ke Laos.

Untuk meraikan laluan baru ini, AirAsia menawarkan Tempat Duduk Percuma* untuk tempoh masa yang terhad, yang sedia ditempah secara online di www.airasia.com mulai sekarang sehingga 25 September 2016.

Tempoh perjalanan untuk promosi ini adalah dari 21 November 2016 hingga 28 Oktober 2017.

Bandar Warisan Dunia UNESCO, Luang Prabang

Sebuah Bandar Warisan Dunia UNESCO, Luang Prabang adalah salah satu lokasi di Asia Tenggara yang dikenali dengan kuil beratapkan emas (Golden-roofed Wats), sami berpakaian saffron, vila-vila Indo-Cina lama dan sajian masakan Gallic.

Bekas ibu negeri ini terletak di Utara pusat bandar Laos, kira-kira 300km ke utara Vientiane di kuala Sungai Mekong dan Sungai Khan Nam.

Tetamu boleh menikmati pemandangan menakjubkan mozek ‘Tree of Life’ di Wat Xieng Thong, mengambil bahagian dalam tradisi memberi sedekah kepada penduduk tempatan, berenang di kawasan air terjun Kuang Si dan menikmati Khao Soi – hidangan mi sup tempatan popular yang boleh didapati di gerai-gerai makanan di sepanjang jalan di Luang Prabang.

With AirAsia, Now Everyone Can Fly to Luang Prabang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *