17,152,474 total views, 3,778 views today

Dokumentari Khas Perjuangan Pasukan Harimau Malaya 1980

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

dokumentari-khas-pasukan-harimau-malaya-1980
Astro telah menlancarkan sebuah dokumentari khas bertajuk, ‘Harimau Malaya 1980’ bagi meraikan detik-detik bersejarah pasukan bola sepak Malaysia dan juga wira-wira dalam pasukan Harimau Malaya 1980 itu sendiri.

Tayangan perdana ‘Harimau Malaya 1980’ adalah pada 16 September 2016, jam 9.00 malam menerusi dua saluran serentak, Astro Arena (Saluran 801 / Saluran HD 802), Astro Supersport HD (Saluran 831) dan juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro on the Go.

Dokumentari Khas Perjuangan Pasukan Harimau Malaya 1980
‘Harimau Malaya 1980’ merupakan inisiatif Astro untuk memaparkan kisah pasukan bolasepak kita pada tahun 1980 (atau lebih dikenali sebagai pasukan impian / dream team) yang telah melalui pelbagai cabaran untuk mara ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Buat julung-julung kalinya, selepas 36 tahun, skuad ini kembali disatukan dengan tujuan untuk menjayakan penerbitan dokumentari ini.
Dokumentari Khas Perjuangan Pasukan Harimau Malaya 1980
Ia turut menyaksikan beberapa sesi temuramah istimewa bersama legenda bola sepak tanah air seperti Dato’ Soh Chin Aun, Hassan Sani, James Wong, Datuk Santokh Singh; jurulatih, Karl-Heinz Weigang; bekas pengulas sukan veteran; Tuan Haji Zulkarnain Hassan; ahli keluarga para pemain yang tidak lagi bersama dengan kita, dan bekas Menteri Luar Negeri, Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail.

Dokumentari ini turut menyorot kembali detik- detik indah pemain, saat-saat suka dan duka, pengorbanan, pencapaian dan kejayaan sehingga melayakkan pasukan mereka untuk bertanding di Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980.
Dokumentari Khas Perjuangan Pasukan Harimau Malaya 1980
CIMB dan MILO® merupakan rakan penaja bagi ‘Harimau Malaya 1980’. Semua sumbangan dan tajaan yang dijana menerusi dokumentari ini akan disalurkan kepada barisan pemain bola sepak veteran dan ahli keluarga masing-masing.

Jangan lupa saksikan tayangan perdana dokumentari ‘Harimau Malaya 1980’ pada 16 September, jam 9.00 malam di Astro Arena (Saluran 801/ Saluran HD 802) dan Astro SuperSport HD (Saluran 831).

Semua pelanggan Astro dan NJOI boleh juga menyaksikan siaran ulangan ‘Harimau Malaya 1980’ pada keesokan harinya (17 September) di dalam versi Bahasa Malaysia di Astro Prima (Saluran 105) dan Maya HD (Saluran 135), jam 10:00 malam.

Manakala versi Bahasa Mandarin boleh ditonton di Astro AEC (Saluran 301 / HD Saluran 306) pada jam 4:30 petang dan versi Bahasa Tamil di Astro Vaanavil (Saluran 201) pada jam 9:00 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Harimau Malaya 1980’, layari www.astro.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Dokumentari Khas Perjuangan Pasukan Harimau Malaya 1980

  1. Legend… peminat bola tanah air pasti akan menonton siaran ini…

  2. fuhhhh tak sabar nak tunggu tayangan

Leave a Comment