17,145,033 total views, 422 views today

Salah Ke Sara Keluarga Dengan Hidup Sebagai Seorang Blogger

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Theseplay - Gambar Keluarga Bro Framestone & Iera Kan
Entah, apa sebenarnya masalah mamat / minah ini (bukan mamat /minah dalam gambar nie, itu gambar aku sekeluarga).

Sanggup gelar aku sebagai penipu, menipu pembaca blog aku, dengan menyatakan aku gunakan duit haram untuk menyara keluarga melalui pendapatan yang aku dapat dari blog.

Siapa jatuhkan hukum duit dari blog adalah haram?

Memang aku akui, kadangkala duit yang diperolehi dari blog boleh jadi haram. Bergantung dari sumber dan cara kau perolehinya. Kau sendiri boleh tententukan dan fikir sendiri mana yang haram, mana yang tidak.

Tak kan kau jahil sangat sampai tak boleh bezakan?

Memang duit yang aku perolehi cukup-cukup untuk sara keluarga aku. Cukup-cukup, kadangkala tak cukup. So jangan la anggap aku sebagai blogger ini mempunyai duit untuk join skim MLM korang walaupun korang sendiri menafikan ianya MLM.

Aku tipu, atau korang sendiri yang menipu.

Tak perlu rasanya nak mempertikaikan kenapa aku tak de kereta, kenapa aku perlu kerja keras cari duit bayar hutang bank. Nak keluar lepak, pun liat seliat aku nak keluarkan duit (sambil terbayang-bayang pampers & susu anak tengah kritikal di rumah).

Memang korang nampak aku macam kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang.

Sedangkan kenyataannya, aku kais pagi tunggu 2-3 bulan baru dapat makan. Maka, setiap hari aku kais, xkira pagi petang siang malam untuk pastikan 2-3 bulan mendatang, aku dan keluarga dapat makan.

Pernah sekali aku rasa nak menangis bila berkali-kali dihubungi oleh bank yang berbeza bila tunggakan hutang aku berbulan-bulan tidak terbayar. Hampir terduduk aku, menangis sambil melihat anak-anak aku bergembira tersenyum di depan aku.
Hafiz Mansor - Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya. CoolHijab

Tetapi, aku dapat kekuatan bila berkenalan dengan Hafiz Mansor, pengasas produk CoolHijab yang baru-baru ini menang Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo (JDIE).

Melalui perkongsian melalui ebook/book – Bagaimana Bangkrup Menjadikan Aku Kaya banyak memberi motivasi dan kata-kata semangat untuk aku bangkit semula.

Aku Berblog Sejak Tahun 2006

Aku berblog sejak zaman student lagi, dibawa hingga aku berkerja kerajaan dan berhenti untuk mencari sesuatu yang lebih mencabar dan mencari orang yang lebih menghargai kebolehan yang aku miliki.

Waktu itu, pendapatan bulanan membolehkan aku membeli aset satu persatu.

Nak beli rumah, aku tak beberapa nak mampu, dah la tiada sesiapa nak guide aku. Kalau tidak waktu itu aku dah start beli rumah (harga rumah waktu itu lebih murah dari harga sekarang).

Korang, kalau rasa nak beli rumah dalam masa terdekat. Boleh dapatkan Tip Tak Ada Duit, Boleh Beli Rumah.

Bila dah ada rumah, boleh berkira-kira buat duit dari rumah yang sedia ada, kemudian beli rumah lagi, lagi dan lagi.

Kalau korang tak tahu macam mana caranya, korang boleh dapatkan Tip Sewaan Rumah. Secara tidak langsung membantu anda memoptimumkan pendapatan yang anda boleh perolehi dari rumah yang bakal anda sewakan.

Berbalik pada pendapatan yang aku perolehi sekarang dari blog.

Maaf, jika aku jarang up status atau memuat naik gambar di facebook atau instagram mengenai aset yang aku ada sekarang.

Bukan apa, dah ramai rakan-rakan blogger sedang diperhatikan dan perlu menghadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Apa-apa benda yang korang kongsikan boleh dijadikan bahan bukti pada mereka.

Ada seorang blogger sudah berkongsikan pengalaman beliau sendiri dengan LHDN, siap kongsikan beberapa tip melalui ebook Aku Diusha Lembaga yang mampu membantu korang sebelum atau sewaktu dijemput menghadap LHDN.

Nampak je aku tiada kereta.

Tetapi aku memiliki ladang getah yang mampu memberi sedikit hasil sebelum aku memiliki ladang kelapa sawit, tidak lama lagi.

Nada Alam Mantin By Seri Pajam Development

Dalam masa yang sama, aku memiliki beberapa tanah lot di Pulau Pinang, Johor dan juga di Melaka. Ada yang juga yang sudah didirikan rumah diatasnya.

Cuma ada satu tapak di Melaka, bakal aku dirikan hotel tidak lama lagi.

Ok, itu baru aset yang aku miliki. Belum lagi sembang aset yang dimiliki oleh isteri aku. Tapi dia jenis low profile, tak suka tayang-tayang.

Pandai dia uruskan duit, dapat buat itu ini.

Memang aku kenkadang jeles juga dengan dia. Ye la, muda-muda lagi dah kahwin, dah ada anak siap miliki beberapa aset atas nama dia sendiri.

Memang aku jeles, jeles sengat.

Tetapi alhamdulillah, aku tersenyum bila anak aku Nur Elfisha datang berlari-lari atas papan SAIDINA. Habis berterabur rumah dan hotel. Duit, takyah cakaplah, habis berteraburan satu rumah. Mahu tak panas isteri aku bila tengok rumah bersepah.

So, aku sebagai seorang lelaki kutip semua dan masukan dalam kotak. Then simpan dalam bilik stor.

Pengajaran : Jangan korang ada perasaan jeles atau iri hati dengan pasangan hidup korang. Sebab anak korang lagi jeles dan iri hati bila tengok korang bermain sampai abaikan mereka yang masih inginkan perhatian anda.

Penafian : Artikle ini hanya imaginasi nakal penulis semata-mata nak korang baca dari awal hingga akhir. Harap tiada lalat melalat disini.

Sekaligus menjadikan ia sebagai koleksi Luahan Hati Seorang Blogger – Part 47

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 thoughts on “Salah Ke Sara Keluarga Dengan Hidup Sebagai Seorang Blogger

    1. hahahah moga dipermudahkan dhia dan suami untuk memiliki anak. Percayalah jeles dorang lain macam sikit he…23x

    2. hihi tp diorg jeles sampai tahap memfitnah kaw2 siap perli.kahkah..kitorg buat dekk jek.janji glemer.hahahahaha

    3. Untung la dhia makin glamer sekarang… Bro sedu je…

  1. sampai episod 47 luahan hati tu.. hehehe

    anyways.. rejeki Allah ni luas. carilah dimana saja asalkan kita usaha dan ianya halal serta tidak memudaratkan dan menyusahkan diri dan org lain.

    semoga lebih berusaha

    1. Bertahun punya tue kak.. Dah sampai 47 dah….

  2. Yana Halim

    Ok. X de komen. Hahaha…

  3. Alamak..terkono den..sedap je baca dr atas..last2..ummm

  4. Uhh… suspen je baca sampai abis hehee… rezeki pasti ada, cuma cepat atau lambat shj… in shaa Allah, ada pasti 🙂 🙂

  5. Asyikkk luah je, bila lak nak telan?
    Barulah leh guna ayat … luah mati mak, telan mati bapak.
    ..
    ..
    Err dh mcm sinetron lak.

  6. Hampehh.. Main saidina rupanya. Hahaha.

    Blogger pun bekerja. Satu kerjaya. Sama macam pekerjaan-pekerjaan lain jugak. Tak perlu sampai kata duit daripada blog ni haram.

    Mungkin ramai tak tahu atau masih kurang faham dengan jelas cara blogger bekerja untuk cari duit belanja.

  7. gua takda anak bini yang nak di sara tapi gua ada mak dan adik yang perlu di bantu.

  8. Hahahaha jom main monopoli :p

  9. tak salah pun..ok je..tapi sampai satu masa kena ada juga steady income contohnya bisnes..nanti dah tua mana larat nak blogging dah..pegi event bagai sana sini..tak gitu..at least sediakan dulu recurring income untuk future..:D

  10. tak salah pun. asalkan halal

  11. serius! baca dengan penuh emosi! rasa cam nak marah pun ada, mereka yang tahu bercakap je. tapi bila part last! kenapa? kenapa pengakhirannya sebegitu rupa? kenapa? hati aku sudah dipermainkan! hahaha

    http://www.ceritaejoy.com

  12. orang glemer mcm abg memang ramai orang jeles.. hehe…

    jom jenguk sini ya..

    hehe

  13. tak pe..malam nanti kita buka balik papan SAIDINA tu..kena tunggu anak tido dulu la…kita bina semuanya dalam satu malam je..

    1. Susah nak cakap…. Malam-malam xelok dok fikir pasal duit, nanti risau xboleh nak tidur…. sebab stress hahahha

  14. kalo ku tahu ku baca dulu komen di bawah…haoi terjebak gak baca sampai abis. walao apa pun saya doakan en bro dapat seperti apa yang diinginkan diatas tadi….ameeen

    1. Fuhhhh selamat part komen kena scroll sampai ke bawah hahahah kalau tidak….

  15. Haha..adooii bro aku kecewa dgn ending ha3x..

    1. Hahah Ok, habis tue, mu nak bro edit ending jadi apa ek?

  16. Tenang ja bro.. Cabaran hidup sentiasa ada lebih2 lagi disaat kita cuba untuk melangkah lebih jauh lagi….

  17. Dugaan dalam hidup ada macam-macam. Apa yang penting. Hidup kena teruskan. Cari redha Allah SWT kat dunia yang sementara ni kan.

  18. Saya sokong bro sepenuhnya.. Actually sekarang saya masih kerja dengan gomen.. Mungkin suatu hari nanti boleh jadi blogger sepenuh masa spt bro. Financial freedom eh? huhu

  19. tak ada lah yang salah kalau menjadi seorang blogger

  20. Memang bisnis online lagi marak untuk saat ini, jika membutuhkan layananan hosting unlimited, dapat hubungi ane gan di Unmetered Hosting

Leave a Comment